Berzikir adalah suatu amalan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta alam ini.Diri kita akan rasa damai yang tidak dapat ditandingi dengan bermacam-macam perkara yang menyeronokkan di dalam dunia ini contohnya lagu,melihat permandangan sekitar,dan bersuka ria.
Tetapi kelebihan zikir ini melebihi daripada perkara yang telah saya nyatakan tadi.Kenapa zikir ini paling sesuai dengan jiwa umat islam?sama-samalah kita lihat firman ALLAH yang bermaksud:
"Kerana itu ingatlah akan Daku,nescaya Aku pula akan ingat kepada kamu."
(Al-baqarah :152)
Bahkan Allah akan bersama-sama dengan orang mengingatiNya.Ini sebagaiman yang telah di sabdakan sendiri oleh Junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W. yang bermaksud:
"sesungguhnya Allah berfirman:
Aku berserta hambaKu selagi dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak menyebutKu."
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).
Kita akan merasa tenteram,rasa lega dan merasakan bahawa ada yang menolong kita dalam menghadapi segala yang berlaku dan menimpa kita di dunia ini dan di akhirat sana ,yang mana ketika itu tiada bantuan selain daripada Allah dan RasulNya dan para malaikat yang sentiasa mengikut segala suruhan Allah Yang Maha Mulia.
Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Tarmizi:
"Tidaklah segolongan orang itu (berzikir)mengingati Allah melainkan para malaikat menghormati mereka,rahmat menyelubungi mereka ketenangan turun kepada kepada mereka dan Allah Taala mengingati akan mereka bersama-sama orang yang ada di sisiNYa."
No comments:
Post a Comment