Sunday, January 31, 2010

Bersua kembali.....






Salam ....

Apa khabar,how are you,kaifahaluk,izayyaq??? dah sebulan tak meng up date sesuatu untuk diri ini dan kalian semua,mesti kalian tertunggu post yang terbaru dari ana,ops.... dari saya.

Agak berabuk jugak blog saya ni dek lama tak di sentuh... al maklumlah musim peperiksaan.

Saya mengucapkan selamat berjaya kepada semua yang dah habis imtihan & kepada yang belum habis exam,study betul2.

Saya ucapkan bebanyak terima kasih buat isteri & anakanda tercinta (Insyirah) kerana tidak putus 2 memberi semangat buat diri ini, juga buat ma,ayoh,mok,abah,keluarga,para pensyarah,guru2,kawan2,pak dam mak dam,dan kepada semua kenalan yang sudi memberikan bantuan dan dorongan untuk diri berjaya dengan cemerlang. Segala jasa dan pengorbanan kalian hanya Allah Yang Maha Penyanyang akan membalasnya.

Friday, January 8, 2010

DUNIA

Akhbar Norway siar semula kartun Nabi Muhammad




OSLO - Akhbar Norway, Aftenposten semalam menerbitkan semula kartun Nabi Muhammad S.A.W. yang dilukis oleh Kurt Westergaard (gambar).

Sebelum ini, Westergaard menjadi mangsa percubaan membunuh oleh seorang lelaki di Denmark.

Dalam satu artikel di akhbar itu, ia menyiarkan satu daripada 12 kartun yang dilukis oleh Westergaard iaitu seorang pelukis kartun Denmark.

Kartun itu telah mencetuskan kemarahan penduduk Islam di seluruh dunia apabila akhbar Jyllands-Posten menyiarkannya buat kali pertama pada 2005.

Pada 2 Januari lalu, seorang lelaki Somalia menceroboh rumah pelukis itu dengan menjerit untuk membalas dendam sebelum anggota polis menembak dan menangkapnya.

Menurut editor akhbar itu, Hilde Haugsgjerd, penyiaran kartun itu dianggap wajar kerana ia merupakan punca kejadian tersebut berlaku. - AFP