Sunday, May 31, 2009

Mesir dan Kelebihannya


Salam perjuangan buat semua,semoga pertemuan kita di dalam blog ini memberi seribu makna yang tersurat dan yang tersirat.Alhamdulillah diri ini masih berada di bumi Anbia' yang penuh dengan barakah dan berbagai kebaikan.Padanya terdapat banyak makam Aulia',kesan sejarah terdahulu,Universiti Al-Azhar yang berjaya melahirkan para ulama dan cendekiawan islam. Mungkin ramai yang terlupa bahawa di bumi Mesir inilah pernah berlaku pembunuhan bayi lelaki secara beramai-ramai,dek kerana mencari seorang bayi yang akan menghancurkan segala taghut dan kemungkaran dan menjadi nabi utusan Allah Yang Maha Kuasa.Firaun telah menyuruh bala tenteranya mencari ke semua rumah yang ada terdapat bayi lelaki.Allah Maha Kuasa mampu melakukan segalanya,manusia itu merancang dan Allah itu juga merancang,maka AllahLah yang sebaik-baik perancangan.Akhirnya Nabi Musa Alaihissalam itu sendiri telah dipelihara oleh isterinya Asiah sehingga dewasa dan hidup dalam suasana istana bersama firaun.

Di bumi ini juga terdapatnya banyak makam Aulia'dan mereka yang memperjuangkan agama islam yang tercinta.Diantaranya ialah makam Nabi Harun,Nabi Syuib ,Nabi Danial, Sayyidah Zainab R.A,Rabiatul Adawiyyah,Zunnun Al -Misri,Imam Syafie,Imam Waqi'(guru kepada Imam Syafie),Hassan Al-Banna dan banyak lagi makam orang yang soleh yang terdapat di sekitar negara Mesir ini yang tidak kita ketahui.

Sementara masih lagi berada di bumi bertuah ini,bersamalah kita mencari sebanyak mungkin ilmu,pengalaman, sejarah peninggalan para Nabi terdahulu,dan segala kemanfaatan
yang tidak terdapat di negara kita Malaysia.

No comments:

Post a Comment