Monday, June 29, 2009

Kelebihan Amalan Pemakanan Yang Sihat Lagi Terancang

#-Lebih bertenaga dan tidak letih.

#-Meningkatkan keupayaan membuat tumpuan.

#-Kulit dan rambut yang sihat.

#-Jarang diserang penyakit.

#-Sistem penghadaman yang baik.

#-Menyukai dan menghayati riadah.

#-Berupaya menangani tekanan atau tension.

#-Tiada kesakitan semasa haid.

#-Tidak meminati makanan manis.

***Peringatan untuk semua, bahawa tabiat pemakanan hari ini akan mempengaruhi kesihatan dan umur kita sehingga 10 hingga 20 tahun yang akan datang.
Mungkin kita akan dijangkiti penyakit kronik seperti darah tinggi,kencing manis,gangguan jantung,kanser,dan banyak lagi.

Ketahuilah bahawa budaya makan yang terancang dan berkualiti akan menghasilkan otak yang sihat.

Ukhuwwah Islamiah.

Alhamdulillah,saya masih diberi peluang untuk bersama dengan semua di alam maya ini.Ikatan ukhuwah kita sesama kita amat penting untuk memastikan kelangsungan hidup bersaudara.

Ukhuwwah merupakan nadi berdenyut yang sepatutnya digunakan dengan sebaik mungkin oleh umat islam menyambungkan tali persahabatan dengan sesiapa sahaja,tanpa mengira warna kulit,bahasa, dan kedudukan.


Semoga Allah Taala sentiasa merahmati kehidupan kita yang sentiasa menghubungkan silaturrahim sesama,tidak perlu menunggu timbulnya sesuatu masalah, baru terhegeh-hegeh mencari sahabat untuk menyelesaikan segala kekusutan yang dialami.

Ukhuwwah perlu disemai sentiasa untuk memudahkan umat islam kembali bersatu.Sirah Nabi telah membuktikan kepada kita bahawa islam yang berjaya menakluki 2/3 dunia dengan kekuatan persaudaraan sesama kaum muslimin.

Berukhuwwahlah kita kerana Allah S.A.W semata-mata, kerana ia akan membahagiakan kita semua di dunia dan akhirat.Malaikat akan sentiasa mendoakan kebaikan kepada sesiapa yang saling ziarah menziarahi saudaranya.Di murahkan rezeki dan sebagainya.

Kaum Kuffar Laknatullah sekarang telah melakukan bermacam-macam cara untuk merosakkan hubungan insan bersaudara dengan menyebarkan sentimen perkauman,dan budaya (nafsi-nafsi) kepentingan diri sendiri sahaja tanpa membantu orang lain.

Saturday, June 27, 2009

Serangan Missionary

(Plan Kristianisasi.)

Termasuk puak missionary ialah para penjajah.Oleh itu jangan sekali-kali kita lupa terhadap beberapa noktah-noktah di bawah.


-Menghancurkan pemerintahan khalifah Islamiah.Sejarah telah mencatatkan bahawa berlakunya pengkhianatan oleh Mustafa Kamal Attaturk yang telah melenyapkan sistem khilafah dan telah digantikan dengan Sekular totok,menghapuskan mahkamah syariah,sekolah-sekolah agama,hukum mirath dan bermacam-macam lagi yang tidak kita ketahui. Kita perlu sentiasa berjaga-jaga dengan karenah mereka yang berfahaman sekular.

Antara perbuatan mereka ialah :


1-Menghapus dan menyerang Al-Quran.

2-Menghilangkan fikrah-fikrah islam dengan:
-Memurtadkan umat islam sekalipun terpaksa mendorong mereka ke arah(atheisme)tidak beragama.

-Mengkristiankan mereka dengan cara menghalang kesatuan umat islam,merosakkan wanita muslimah. Mereka juga telah memainkan peranan dengan cara menguasai sistem pendidikan umat islam dari peringkat tadika hingga ke universiti.

Dalam hal ini penglibatan agamawan ke dalam pusat-pusat penjagaan anak kecil sangat diperlukan,paling tidak mengambil upah menjaga anak jiran bagi mereka yang tidak bekerja.

Begitu juga minat dan kecenderungan sebahagian mahasiswa untuk membangun dan membina pusat-pusat asuhan kanak-kanak islam mesti dibantu dan realisasikan. Ini adalah suatu perkara yang penting bagi mengekang pengaruh serta serangan yang di bawa oleh puak-puak missionary yang berselindung disebalik nursery(hadonah).

Wednesday, June 24, 2009

Mati satu kemestian.


Salam perjuangan buat sahabat,sahabiah yang dikenali ataupun tidak,mudah-mudahan pertemuan kita di alam cyber ini memberi suatu kebaikan dan manfaat.

Pada pagi Rejab ini,marilah sama-sama kita merenung sejenak tentang umur kita yang semakin hari semakin dekat dengan kematian.

Pertukaran hari yang bersilih ganti menandakan diri semakin dimamah usia.Dari kanak-kanak menjadi dewasa,dari dewasa menjadi orang tua,dan yang tua akan mati.Namun sahabat dan sahabiah sekelian,mati tidak mengenal tua ataupun muda.

Berapa ramai anak kecil yang sudah meninggal,walaupun usia mereka masih setahun jagung.
Di Palestin boleh kita kita jadikan contoh,berapa ramai yang sudah terkorban syahid dek angkara kafir durjana!

Kalau di Malaysia,berapa ramai yang sudah meninggal dunia akibat dibuang oleh si ibu yang berdosa.Sudahlah berzina adalah satu dosa besar,ditambah pula dosa membuang bayi tak berdosa sehingga ada yang mati di dalam longkang,tong sampah,sungai dan sebagainya. Ke mana perginya si jantan yang sanggup berkelakuan seperti binatang .Ghaib (hilang) tanpa khabar berita,adakah penzina itu sudah mati?pergi meninggalkan si betina yang terkial-kial akibat maksiat yang telah dilakukan bersama.

Oleh itu marilah kita bersama meninggalkan maksiat yang telak kita lakukan samaada yang kita sedari ataupun tidak.Nabi Muhamad S.A.W walaupun baginda seorang yang maksum namun bagin beristigfar lebih 70 kali setiap hari.Inikan kita manusia biasa, yang senantiasa terdedah melakukan maksiat.


Ingatlah wahai diri dan sahabatku,setiap hari malaikat Izrail datang melihat perbuatan kita.Jika kita melakukan kebaikan alhamdulillah tetapi jika sebaliknya bagaimana? Dan alangkah peliknya manusia itu, masih boleh bergelak ketawa berlebihan,berseronok melampau batas seolah-olah mereka akan hidup lama lagi di dunia yang sementara ini.

Dunia ini ibarat tempat persinggahan seorang musafir ketika hujan ,apabila hujan tersebut reda,musafir itu kembali meneruskan perjalanan.

Pintu taubat masih terbuka kepada sesiapapun asalkan sebelum nyawa sampai ke halkum.Dan sekiranya nyawa sudah di kerongkongan sia-sialah segala taubat kita ,seperti si Firaun yang ingin bertaubat, namun taubatnya tidak di terima Tuhan .

Monday, June 22, 2009

Pengususan Masa


Kepentingan Masa

Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya:

"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".

Pembahagian Masa

Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.

Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:

  1. Masa hidup sebelum mati

  2. Masa sihat sebelum sakit

  3. Masa muda sebelum tua

  4. Masa kaya sebelum miskin

  5. Masa senang sebelum susah

Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada mereka yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.

Faktor-Faktor Pengurusan masa.

Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:

  1. keluarga

  2. rakan-rakan

  3. aktiviti yang tidak berfaedah

  4. pengaruh media massa

  5. sikap

Cara mengurus masa

Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:

  1. Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.

  2. Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.

  3. Elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.

  4. Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.

  5. Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.

  6. Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.

  7. Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminggu.

Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti kita dapat menggunakan masa dengan baik.


Saturday, June 20, 2009

Pelik tapi benar

SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu.

SWEDIA :

* Dilarang mengecat rumah tanpa izin dari kerajaan dan harus menggunakan cat yang sudah mendapat sertifikasi dari

mereka.

KOREA SELATAN :

* polis wajib melaporkan jumlah wang rasuah yang mereka terima dari para pemandu yang ditahan.

SINGAPURA :

* Dilarang berjalan (bogel)
* Tidak flusk jamban setelah buang air di toilet, dikenakan denda.

UNITED KINGDOM :

* Dilarang menjual sayuran di hari minggu .
* Wanita dilarang makan coklat di tempat umum.

MEXICO :

* Wanita yang bekerja dilarang mengenakan pakaian seksi yang dapat “memprovokasi” rakan kerja selama jam kerja.
* Dilarang memaki di tempat umum.

AUSTRALIA :

* Dilarang mengangkat telepon pada deringan pertama.
* Dilarang mengenakan spenda Hot Pink di hari minggu.

YUNANI :

* Dilarang mengenakan topi di stadium , kerana dapat mengganggu pandangan orang lain.

KANADA :

* Dilarang menempel plester luka di tempat umum.
* Dilarang menyirami tananam di kebun waktu sedang hujan.
* Dilarang memanjat pokok.

PERANCIS :

* Dilarang berciuman di keretapi bawah tanah.

ISRAEL :

* Dilarang memelihara babi di Israel . Orang yang melakukannya akan ditembak mati.

AMERIKA :-
- ARIZONA :

* Dilarang memandu tanpa kasut.
* Dilarang bermain domino di hari Minggu.
* Dilarang memakai kumis palsu di gereja.
* Hukuman mati dikena bagi sesiapapun yang menaburkan garam di atas rel kereta api.
* Dilarang memandu dengan mata tertutup.

- ALASKA :

* Dilarang mengambil gambar beruang yang sedang tidur.
* Dilarang memberi minum bir pada rusa.
* Dilarang berjalan-jalan sambil membawa busur dan anak panah.

- ARKANSAS :

* suami diizinkan memukul isterinya, tapi tidak boleh lebih dari 1 kali sebulan.
* Dilarang memelihara buaya di dalam bathtub.
* wanita yang saling menggoda di tepi jalan, akan dikenakan 30 hari penjara.
* Dilarang membawa lembu berjalan-jalan di jalan utama di hari Minggu.

- CALIFORNIA :

* Binatang peliharaan dilarang dibiarkan berhubungan seks di sekitar lokasi sekolah, taman, dan tempat ibadah.

- COLORADO :

* Dilarang berdebat dengan polis, kecuali kenderaan Anda ditahan olehnya.

- CONNECTICUT:

* Dilarang mencium isterinya di hari Minggu.

- FLORIDA :

* Dilarang bernyanyi di depan umum sambil mengenakan pakaian renang.
* Dilarang kentut di tempat umum setelah pukul 6 .
* Dilarang memecahkan piring dan gelas lebih dari 3 buah sehari.

- WASHINGTON :

* Dilarang menyusui anak di tempat awam.

MALAYSIA:

* Motosikal wajib memasang lampu pada waktu siang

Friday, June 19, 2009

Untungnya berdampingan Dengan Al-Quran.

Memang seronok bersama Illahi,jika selalu berdampingan dengan Al-Quran,selalu mendengar,membaca,mencari arti di sebalik ayat-ayat yang ada di dalam Al-Quran yang mulia.
Ada banyak faktor yang menyebabkan kenapa orang yang jinak berdamping dengan Al-Quran layak sentiasa terhibur, tenang hati dan rasa gembira.Ini kerana dengan berbuat demikian diri mereka akan selalu dilimpahi rahmat dan nikmat dari Allah Taala.

Antara yang diperolehi oleh mereka yang berdamping dengan Al-Quran ialah:

-Orang mukmin dapat mengetahui rahsia terciptanya alam semesta.
Dalam benak hati manusia akan sentiasa ada bisikan dan pertanyaan(fitrah)meminta penjelasan untuk memadamkan kegelisahan dan memperolehi ketenangan perasaan.
Pertanyaan-pertanyaan itu seperti apakah sebenarnya alam ini dan siapakah manusia itu?Dari manakah asal usul aku dan alam sejagat ini?Siapakah yang menciptakan dan mengatur segala pergerakan keduanya?Ke mana tujuan hidup keduanya,apakah akan berakhir dengan kematian?adakah lagi kehidupan selepas kita dimatikan?

Dengan jawapan yang di berikan Al-Quran,orang mukmin mengetahui rahsia terciptanya seluruh alam ini.Orang mukmin mengetahui bahawa alam ini adalah kerajaan Allah.Segala apa yang ada di dunia ini wujud atas kasih sayang Allah.Manakala manusia adalah khalifah Allah,yang telah diciptakanNya untuk mematuhi segala arahan dan perintahNya.

Kematian tidak perlu ditakuti jika kita selalu berdampingan dengan Al-Quran,bertakwa dan beriman kepada Allah.Yang perlu ditakuti ialah jika kita selalu lupa ,tidak membaca Al-Quran ,tidak melaksanakan segala suruhan dan menjauhi segala laranganNya.

lakukankan apa pekerjaan sekalipun,asalkan segalanya halal dan menepati syariat.Carilah kekayaan sebanyak manapun,salkan diri tidak melupai Allah,bersyukur ,mentaati perintahNya dan menjauhi segala larangannya.

Al-Quran tidak pernah melarang manusia untuk maju,malah dengan menghayati Islam dan mengamalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quran membuatkan manusia itu lebih maju dari orang lain.Nabi Muhamad dan para sahabat telah membuktikan kepada kita dePercaya dan yakinlah dengan janji-janji Allah S.W.T.

Kelebihan Zikir

Hadis Rasulullah S.A.W:

"Perumpamaan orang yang menyebut nama Tuhannya dengan yang tidak ,seperti orang yang hidup dengan orang yang mati".
Riwayat Imam Bukhari

Hadis dari Imam Bukhari juga bermaksud:

"Banyakkanlah zikir setiap masa kerana tiada satu amal yang disukai Allah Taala dan tiada yang sangat melepaskan bencana dunia dan akhirat melainkan zikir".

Diantara fadhilat yang bakal diperolehi bagi sesiapa yang ikhlas mengingati Allah dengan berzikir ialah:

-Suci hati(terang dan tenang).

-Teguh iman para penzikirnya.

-Hindar gangguan syaitan.

-Mulia dan bahagia di dunia dan akhirat.

-Dapat meningkatkan martabat hati kita.

-Mendatangkan pahala.

-Dapat mengelakkan malapetaka dan azab Allah.

-Dikasihi semua makhluk di daratan dan lautan.

-Membahagiakan diri,keluarga,sahabat.

Wednesday, June 17, 2009

Rumah Untuk Dijual...



Cuba teka,berapakah harga rumah ini?adakah harganya sama dengan mahligai RM200juta,milik warga negara malaysia?

Sunday, June 14, 2009

Membaca Al-Quran Sampai Khatam


Bagi seorang mukmin,membaca Al-Quran telah menjadi rutin hariannya,dan telah menjadi kecintaan pada hatinya.Pada waktu membaca Al-Quran,dia merasa seolah-olah jiwanya menghadap ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa,menerima amanah dan hikmat suci,memohon limpah kurnianya,rahmat dan pertolongan daripadaNya.

Membaca Al-Quran telah menjadi wiridnya yang tertentu,baik siang ataupun malam.Dibacanya helaian demi helaian,halaman demi halaman,surah demi surah,akhirnya sampai (khatam)tamat.

Tidak ada kegembiraan di dalam hati seorang mukmin melainkan dia dapat membaca Al-Quran itu sampai tamat.Bila sudah khatam itulah puncak kegembiraan hatinya.

Di dalam kitab Ihya'Ulumuddin,Imam Ghazali mencatat beberapa hadis,dan riwayat mengenai membaca Al-Quran sampai tamat.

Digambarkan bagaiman para sahabat Nabi S.A.W dengan keimanan dan keikhlasan hati berlumba-lumba membaca Al-Quran sampai khatam.Ada yang katab dalam sehari semalam sahaja bahkan ada sahabat yang dapat mengkhatamkan bacaannya dua kali dalam sehari dan sebagainya.

Di dalam sebuah hadis yang sahih,Rasulullah telah menyuruh Abdullah Bin Umar,supaya menghabiskan bacaan Al-Quran sekali dalam seminggu.Begitulah juga Saidina Usman,Zaid Bin Thabit,Ibnu Mas'ud dan Ubai bin Kaab,telah mengkhatamkan Al-Quran setiap hari Jumaat.

Adapun mereka- mereka yang mulai mengkhatamkan Al-quran sekali dalam seminggu,Al-Quran itu di bagi tujuh,mengikut pembahagian yang telah mereka atur.Saidina Usman Bin Affan telah memulakan bacaan pada malam jumaat,memulai membaca dari surah Al Baqarah sampai kepada surah Al Maidah,malam Sabtu dari surah Al An'am sehingga surah Hud,malam Ahad dari surah yusuf sampai ke surah Maryam,malam Isnin pula dari surah Thaha sampai surah طسم,malam selasa dari surah Al Ankabut sampai kepada surah Shaad,malam Rabu dari surah Tanzil sehingga surah Al Rahman,dan mengkhatamkan bacaannya pada malam Khamis.

Berlainan pula dengan Ibnu Mas'ud, beliau membahagikan bacaannya seperti berikut:
Hari yang pertama 3 surah,hari kedua 5 surah,hari ketiga 7 surah,hari keempat 9 surah,hari yang kelima 11 surah,hari keenam13 surah,dan hari yang ke tujuh, adalah surah yang selebihnya sehingga khatam.

Dan ada juga dikalangan para sahabat yang membaca Al-Quran sampai khatam dalam tempoh sebulan,untuk memperdalamkan penyelidikannya mengenai maksud yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.

Saturday, June 13, 2009


Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita semalam 13.6.2009 hari Sabtu(1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

http://najwasuhaimi.blogspot.com/2009/06/kembalinya-syeikh-fathi-yakan-ke.html

Friday, June 12, 2009

Mendengar Al-Quran

Rasulullah S.A.W sangat gemar mendengar bacaan daripada orang lain.Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Abdullah Ibnu Mas'ud mencerita sebagai berikut:

"Rasulullah S.A.W berkata kepadaku : Duhai Ibnu Mas'ud bacakanlah Al-Quran untukku.Lalu akupun menjawab:Apakah aku pula yang membacakan Al-Quran untukmu ya Rasulullah,padahal Al-Quran itu telah diturunkan oleh Allah Taala kepadamu?Rasulullah S.A.W menjawab:aku senang mendengar bacaan Al-Quran itu daripada orang lain."

Kemudian Ibnu Mas'ud membacakan beberapa ayat dari surah An-Nisa'.Maka tatkala bacaan Ibnu Mas'ud itu sampai kepada ayat 41 yang bermaksud:

"Maka bagaimanakah (orang kafir nanti),apabila kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu wahai (Muhamad)sebagai saksi atas mereka itu(umatmu)."

Sedang ayat yang telah dibaca oleh Ibnu Mas'ud itu sangat mengharukan hati Nabi S.A.W,lalu baginda bersabda:
"Cukuplah sekian sajaIbnu Mas'ud".Ibnu Mas'ud melihat Rasulullah menitiskan air mata serta menundukkan pandangannya."

Wednesday, June 10, 2009

Serangan kejam

'

Sumber:Berita Harian


ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjatakan raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.


Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.


Tuesday, June 9, 2009

Membaca Al-Quran

Diriwayatkan pada suatu malam,Rasulullah S.A.W mendengar Abu Musa Asy'ari membaca Al-Quran sampai larut malam.Setelah baginda pulang ke rumah,baginda telah di tanya oleh isteri yang tercinta Aisyah Radiallahuanha kenapa baginda balik lewat.

Rasullullah menjawab bahawa baginda terpikat dengan kemerduan suara Abu Musa Asy'ari membaca Al-Quran seperti merdunya suara Nabi Daud Alaihissalam.

Di dalam riwayat yang lain banyak sekali diceritakan bahawa pengaruh Al-Quran pada masa Rasulullah S.A.W terhadap hati orang-orang kafir setelah mendengar bacaan Al-Quran itu.Tidak sedikit hati -hati yang pada mulanya memusuhi islam dan Rasulullah berbalik menjadi lunak dan mahu mengikut agama islam yang tercinta.

Produk Baru PMRAM

Beg Kecil
Harga : LE 5.00


Beg Kuliah versi 1
Harga : LE 35.00


Stiker Kuliah (ditampal pada buku masing-masing)
Harga : LE 2.00


Beg Kuliah versi 2
Harga : LE 55.00

Beg Pulang Ke Kampung Halaman
Harga : LE 60.00

Kotak pensel kain

Produk baru (PMRAM) ini boleh didapati di Pejabat PMRAM dan Markaz Hewi PMRAM.Semoga dengan pembelian barangan ini dapat memberikan kita sedikit saham untuk membantu gerak kerja,urusan dan mempercepatkan pembelian syaqah(bangunan)PMRAM yang diimpi-impikan.Walaupun sekecil manapun bantuan dan sokongan kita kepada PMRAM,mudah-mudahan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.Teringat saya pada kisah burung ciak yang membantu Nabi Allah Ibrahim Alaihissallam memadamkan api yang marak menyala,walaupun paruhnya kecil namun tetap ia membantu Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Selamat membeli.

Monday, June 8, 2009

Senarai Saff Kepimpinan PAS 2009-2011


Mursyidul Am-Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Mursyidul Am-Prof.Dr Ust. Haron Din
Presiden - Tuan Guru Dato Sri Hj. Abd Hadi bin Hj Awang
Timbalan Presiden - Al-Fadhil Ustaz Nasarudin Bin Mat Isa
Naib Presiden - Al-Fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Al-Fadhil Y.B Hj.Mahfuz bin Omar
Al-Fadhil Y.B HJ. Salehudin Bin Ayub
AJK - Al-Fadhil Y.B I.R. Mohamad Nizar Bin Jamaludin
- Al-Fadhil Ustaz Idris Bin Ahmad
- Al-Fadhil Y.B Dato' Kamarudin Bin Jaafar
- Al-Fadhil Ustaz Y.B Dato' Azizan bin Abd Razak
- Al-Fadhil Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Ali
- Al-Fadhil Y.B. Dr. Hatta bin Ramli
- Al-Fadhil Ustaz Abd Ghani Bin Shamsudin
- Al-Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar bin Chik
- Al-Fadhil Hanipa Bin Maidin
- Al-Fadhil I.R. Amirudin Bin Hamzah
- Al-Fadhilah Y.B. Dr. Lo' Lo' Binti Dato Ghazali
- Al-Fadhil Ustaz Abd Ghani Bin Abd Rahman
- Al-Fadhil Dr. Zulkifli Bin Ahmad
- Al-Fadhil Dr. Syed Azman Bin Syed Nawawi
- Al-Fadhil Ustaz Hashim Bin Jasin
- Al-Fadhil Mazlan Bin Aliman
- Al-Fadhil Ustaz Taib Azamudin
- Al-Fadhil Y.B. Ustaz Mujahid Bin Yusuf Rawa

Sunday, June 7, 2009

Membaca Al-Quran

Di dalam ajaran Islam,bukan membaca Al-Quran saja yang menjadi ibadah dan amal yang mendapat pahala dan rahmat,tetapi mendengar bacaan Al-Quran begitu juga.Sebahagian Ulama menyatakan bahawa mendengar orang yang membaca Al-Quran,pahalanya sama dengan orang yang membaca Al-Quran.

Tentang pahala orang yang mendengar Al-Quran dengan jelas di dalam Surah Al-A'raf ayat ke 204 yang bermaksud:

"Dan apabila dibacakan Al-Quran,maka dengarkanlah( baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang,agar kamu mendapat rahmat."

Mendengar bacaan Al-Quran dengan baik akan dapat menghiburkan hati yang sedih,menenangkan jiwa yang gelisah,melunakkan hati yang keras dan mendatangkan petunjuk.Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah,yang akan diberikan kepada orang yang mendengar bacaan Al-Quran dengan baik.

Demikian besar mukjizat Al-Quran sebagai wahyu Illahi dan tidak bosan-bosan orang membaca dan memperdengarkannya.Malahan semakin asyik orang membacanya maka semakin terpikat hatinya dengan Al-quran.Bila Al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih,suara yang baik dan merdu akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa yang mendengar dan semakin bercambahlah iman seseorang.

Bagaimana keadaan orang yang mukmin tatkala mendengar bacaan Al-Quran itu telah digambarkan oleh Allah di dalam surah Al-Anfal ayat 2.

Saturday, June 6, 2009

Keutamaan Membaca Al-Quran Dan Cara Membacanya (4)

Di dalam hadis yang lain lagi,Rasulallah S.A.W menyatakan tentang memberi cahaya kepada rumahtangga dengan membaca Al-Quran.Dalam hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Daru Quthni dari Anas Bin Malik,Rasulallah S.A.W memerintahkan:

"Perbanyakkanlah membaca Al-Quran di rumahmu,sesungguhnya di dalam rumah yang di dalamnya tiada orang yang membaca Al-Quran,akan sedikit sekali dijumpai kebaikan di rumah itu,dan akan banyak sekali kejahatan serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah.

Mengenai pahala membaca Al-Quran,Saidina Ali Bin Abi Thalib menyatakan bahawa tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran di dalam sembahyang akan mendapat pahala lima puluh kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang telah diucapkan.Membaca Al-Quran di luar sembahyang dengan berwuduk pahalanya dua puluh lima kali kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya,manakala membaca Al-Quran di luar sembahyang tampa berwuduk pula,pahalanya sepuluh kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkannya.

Thursday, June 4, 2009

Keutamaan Membaca Al-Quran Dan Cara Membacanya (3)

Tentang keutamaan dan kelebihan membaca Al-Quran,Rasulallah menyatakan di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim,yang bermaksud:

"Ada dua golongan manusia yang bersungguh-sungguh orang dengki kepadanya, iaitu orang yang diberikan kitab Allah(Al-Quran), dibacanya siang dan malam dan orang yang dianugerahi oleh Allah Taala harta,siang dan malam harta itu digunakannya untuk sesuatu yang diredhai Allah."

Di dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim juga,Rasulallah S.A.W menyatakan kelebihan martabat dan keutamaan orang yang membaca Al-Quran Yang bermaksud:

"Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga Utrujjah,baunya harum dan rasanya lazat,orang mukmin yang tidak suka membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma,baunya tidak berapa harum tetapi manis rasanya,orang munafiq yang membaca Al-Quran adalah ibarat sekuntum bunga,berbau harum,tetapi pahit rasanya,dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran tak ubah seperti buah Hanzalah,tidak berbau tetapi rasanya pahit sekali."

Dalam sebuah hadis,Rasulallah S.A.W juga menerangkan bagaimana besarnya rahmat Allah Taala terhadap orang-orang yang membaca Al-Quran di rumah-rumah ibadat(masjid,surau,musalla dan lain-lain).Hal ini dikuatkan oleh sebuah hadis masyhur lagi sahih yang artinya seperti berikut:

"Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah-rumah ibadah,membaca Al-Quran secara bergiliran dan mengajarkan terhadap sesamanya akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman,akan melimpahlah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat,juga Allah Yang Maha Agung akan selalu ingat mereka".
( diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).

Dalam hadis di atas,nyatalah bahawa membaca Al-Quran,baik yang mengetahui ertinya ataupun tidak,adalah termasuk ibadat,amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya,memberi cahaya ke dalam hati nurani sehingga menjadi terang benderang,memberi cahaya kepada keluarga dan rumahtangga tempat Al-Quran itu dibaca.

Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi oleh Saidina Anas Bin Malik R.A,Rasulallah Sallallahualaihi Wasallam bersabda:

"Hendaklah kamu memberi nur(cahaya) kepada rumahtanggamu dengan solat dan membaca Al-Quran).

Kita Manusia


Bismillahirrahmanirrahim,syukur yang tidak terhingga di tujukan kepada Dia Yang Maha Esa,yang menjadikan kita dari segumpal darah seterusnya kita ditakdirkan untuk hidup sebagai seorang manusia.

Mengimbau kembali sejarah perjuangan Rasulallah,terasa jauhnya diri ini dibandingkan dengan Baginda.Kita dapat saksikan bagaimana ujian demi ujian ditempuh oleh Baginda S.A.W namun dapat dihadapi dengan penuh ketenangan,sabar,dan hati yang redha kepada Allah S.W.T.

Manusia sebenarnya dijadikan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya.Tapi dimanakah kita sekarang?apakah amal perbuatan yang kita kerjakan mencukupi untuk kita bersama-sama menempah Syurga Allah yang seluas langit dan bumi?ataupun adakah kita mampu menahan api neraka Allah yang begitu panas dan menyala-nyala yang mana seringan-ringan azab api neraka yang menggelegak seluruh otak itupun kita tak mampu untuk menerimanya.Semoga dengan umur yang masih berbaki ini,marilah bersama-sama beristigfar memohon keampunan kepadaNya di atas segala kelalaian,kekhalalan,kelemahan yang sering melingkari hidup kita selaku manusia biasa.Mudah-mudahan Allah menutup kekurangan kita di dunia dan akhirat sana.Amin Ya Allah.

Jom Tengok Gambar ajaib..


OXFORDSHIRE - Penemuan rajah ladang berbentuk obor-obor gergasi menyebabkan penduduk tempatan gempar tetapi ia menggembirakan pemerhati fenomena ganjil di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Seorang pakar rajah ladang, Karen Alexander berkata, lukisan dengan panjang lebih 180 meter di sebuah ladang barli itu dipercayai adalah yang pertama seumpamanya di dunia.

"Sebelum ini kami biasa melihat corak haiwan seperti rama-rama dan burung. Ia amat besar iaitu tiga kali ganda lebih besar berbanding kebanyakan rajah ladang lain," katanya.

"Orang ramai gempar melihat obor-obor gergasi itu. Kami tidak tahu bagaimana ia terbentuk," tambahnya.

Setakat ini, pihak yang curiga tentang fenomena tersebut menyatakan ia dilakukan oleh penduduk setempat bagi menarik kehadiran pelancong sekali gus mengaut keuntungan lumayan.

Menurut mereka, fenomena itu yang hanya berlaku pada musim menuai ketika para petani memiliki masa lapang sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa ia adalah hasil kerja manusia.

Kalangan skeptik lain pula mendakwa rajah itu dihasilkan oleh kumpulan pelukis dengan bantuan grafik komputer dan penglibatan sukarelawan. - Agensi

Mukjizat ke atas para Nabi Alaihissalam.

Hakikat yang sudah diketahui ramai bahawa Rasul-Rasul sebelum nabi Muhamad dianugerahkan oleh Allah Taala mukjizat yang berbentuk maddiyyah(harta benda)ataupun perubatan.Nabi Allah Ibrahim contohnya ketika mana Baginda dicampakkan ke dalam api yang marak menyala oleh Namrud Bin kan'an dan musuh-musuhnya tanpa ada sedikit pun kesan hangus pada diri Baginda.Allah Taala telah berfirman yang bermaksud:

"Hai api jadilah enkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim"
Ayat 69.

Nabi Nuh Alaihissalam mukjizatnya adalah kemampuan Baginda membuat bahtera yang mampu melawan terjahan banjir besar.Begitulah juga Nabi Musa Alaihissalam dengan tongkat Baginda mampu membelah laut yang dengannya Baginda bersama pengikutnya menyeberang ke daratan.Dengan kuasa Yang Maha Perkasa,Firaun dan bala tenteranya tenggelam di dalam lautan.

Nabi Isa Alaihissalam pula dianugerahkan oleh Allah Taala mukjizat berbentuk perubatan.Baginda mampu menghidupkan orang yang telah mati,menyembuhkan orang yang sopak,mengembalikan penglihatan orang yang buta dan cacat anggota,dan penyakit bawaan seperti kerasukan dan gila.

Akan tetapi berbeza dengan nabi kita Muhamad S.A.W adalah berbeza dimana Al-Quran dianggap sebagi mukjizat yang paling agung.

Tuesday, June 2, 2009

Puisi Diriku


Tidak selalu orang tidak beriman mendapatkan sesuatu yang terbaik,
orang yang beriman yang mempunyai kegigihan berusaha,
orang itulah akan terus bertahan dan tidak pernah,
menyerah kalahlah akan terus mendapat kejayaan,"

Kejayaan sebenarnya dalam berbagai cara dan bidang,
yang mempunyai kekuatan,bertungkus lumus,
dan memberi kepercayaan kepada diri sendiri."

Jangan meratap kerana sesuatu perkara yang menyedihkan,
kerana semuanya telah berubah,
lebihlah bijaksana dalam mengatur langkah,
dalam meniti hidup yang tidak abadi ini,
dengan Iman dan Takwa,pasti kita berjaya."A