Sunday, May 31, 2009

Mesir dan Kelebihannya


Salam perjuangan buat semua,semoga pertemuan kita di dalam blog ini memberi seribu makna yang tersurat dan yang tersirat.Alhamdulillah diri ini masih berada di bumi Anbia' yang penuh dengan barakah dan berbagai kebaikan.Padanya terdapat banyak makam Aulia',kesan sejarah terdahulu,Universiti Al-Azhar yang berjaya melahirkan para ulama dan cendekiawan islam. Mungkin ramai yang terlupa bahawa di bumi Mesir inilah pernah berlaku pembunuhan bayi lelaki secara beramai-ramai,dek kerana mencari seorang bayi yang akan menghancurkan segala taghut dan kemungkaran dan menjadi nabi utusan Allah Yang Maha Kuasa.Firaun telah menyuruh bala tenteranya mencari ke semua rumah yang ada terdapat bayi lelaki.Allah Maha Kuasa mampu melakukan segalanya,manusia itu merancang dan Allah itu juga merancang,maka AllahLah yang sebaik-baik perancangan.Akhirnya Nabi Musa Alaihissalam itu sendiri telah dipelihara oleh isterinya Asiah sehingga dewasa dan hidup dalam suasana istana bersama firaun.

Di bumi ini juga terdapatnya banyak makam Aulia'dan mereka yang memperjuangkan agama islam yang tercinta.Diantaranya ialah makam Nabi Harun,Nabi Syuib ,Nabi Danial, Sayyidah Zainab R.A,Rabiatul Adawiyyah,Zunnun Al -Misri,Imam Syafie,Imam Waqi'(guru kepada Imam Syafie),Hassan Al-Banna dan banyak lagi makam orang yang soleh yang terdapat di sekitar negara Mesir ini yang tidak kita ketahui.

Sementara masih lagi berada di bumi bertuah ini,bersamalah kita mencari sebanyak mungkin ilmu,pengalaman, sejarah peninggalan para Nabi terdahulu,dan segala kemanfaatan
yang tidak terdapat di negara kita Malaysia.

Saturday, May 30, 2009

MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN A S-SUNNAH (4)

Firman Allah S.W.T:( فبمااغويتنى)


Dalam perkataan di atas,menurut tatabahasa Arab,hufuf ba di sini menunjukkan Al-Ba U'lil-qasam iaitu menunjukkan sumpah.Bermaksud bahawa iblis telah bersumpah Di hadapan Allah Taala bahawa ia akan menghalang hamba manusia daripada melakukan kebaikan.

Ada pendapat lain yang mengatakan huruf ba di sini ialah lis-sababiyyah(السببية) dihukumkan menunjukkan sebab.Maksudnya ialah disebabkan syaitan itu telah dilaknat dan kafir oleh Allah S.W.T adalah berpunca daripada Adam,maka Iblis bersumpah akan membalas dendam terhadap diri Adam dan keturunannya supaya mereka semua sesat,terlaknat dan terpesong daripada jalan yang diredhai Allah Taala dan masuk neraka bersama iblis.

لأقعدن لهم صراطك المستقيم )


Dalam ayat ini iblis telah bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke jalan yang di redhai Allah Taala sehingga mereka semua binasa dan sesat seperti dirinya juga.Iblis jarang menyakat perbuatan baik seseorang,namun apabila ia telah tiba ke peringkat akhir atau di penghujung jalan dalam usahanya memperolehi keredaan Allah Taala iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluran-saluran yang membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah Taala.

Iblis bukan sekadar menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk apabila seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang,tetapi iblis akan sentiasa menghalang supaya seseorang itu tidak sembahyang.Jika seseorang itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan merasakan bahawa tidur itu lebih baik baginya.apabila langkah tersebut itu tidak berjaya iblis dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia ketika dia mengambil wuduk.Apabila ia juga tidak berjaya, dan manusia terus bangun bersembahyang ,maka iblis dan kuncu-kuncunya akan mengganggu manusia ketika dia bersembahyang.Dengan hal yang demikian mungkin menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk semasa bersembahyang.Akibatnya sembahyang yang dilakukannya tidak dapat membentuk peribadi yang baik dan tidak berupaya menghindarkan dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan mungkar.

Petikan k.kerja Al-Fadhil Prof.Dr Haron Din.

Friday, May 29, 2009

Keutamaan Membaca Al-Quran Dan Cara Membacanya (2)

Setiap orang mukmin yakin bahawa membaca Al-Quran sahaja,sudah termasuk amal yang sangat mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat ganda kerana apa yang dibacanya adalah kitab Suci Al-Quran.Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi orang mukmin,baik di kala senang ataupun di kala susah,di kala gembira atau di kala sedih.Malahan membaca Al-Quran bukan sahaja menjadi amalan dan ibadah,tetapi menjadi ubat dan penawar bagi mereka yang gelisah jiwanya.

Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulallah yang bernama Ibnu Mas'ud R.A meminta nasihat,katanya:"wahai Ibnu Mas'ud berilah aku nasihat yang dapat dijadikan ubat untuk jiwaku yang sedang gelisah.Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram,jiwaku gelisah,dan fikiranku kusut,makan tak enak,tidurpun tidak nyenyak.

Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya katanya,kalau penyakit itu menimpamu maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ke tempat orang membaca Al-Quran,engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya atau engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah,atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi di sana engkau berkhalwat menyembah Allah,umpama di waktu malam yang buta di saat orang sedang tidur nyenyak engkau bangun mengerjakan solat malam meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa,ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati,seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini,engkau minta kepda Allah agar diberiNya hati yang lain,sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu.

Setelah orang itu kembali ke rumahnya ,diamalkan nasihat Ibnu Mas'ud itu.Dia pergi mengambil wuduk kemudian di ambilnya Al-Quran terus dia baca dengan hati yang khusyuk.Setelah membaca Al-Quran berubah kembali jiwanya menjadi jiwa yang tenang dan tenteram,fikirannya jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.

Tuesday, May 26, 2009

Kejahatan Amerikaلم يكتف الطغيان الأمريكي بإعلانه المتكرر الحرب على الإسلام، بل أصرَّ على أن يواجه الله ذاته بهذا الإعلان، يتحداه أن يستنزل عليه غضبه.

لم يكتف الطغيان الأمريكي بإعلانه المتكرر الحرب على الإسلام، بل أصرَّ على أن يواجه الله ذاته بهذا الإعلان، يتحداه أن يستنزل عليه غضبه.. فأوعز الطغاة إلى زبانيتهم في أحد السجون المحشوة بالمسلمين، اللاجئين إلى الله، المستنصرين بعزته، المستأنسين بقرآنه، أن يمزقوا خطاب الله هذا الموجه إلى سائر عباده في الأرض، وأن يبالغوا في الاستهتار به والكيد بِمُنْزِله، فينثروا مزقه في الأرض ويخلطوه بالأقذار والرغام.

ونفذ الزبانية الأوامر.. وبعث الطغيان الأمريكي من خلال هذه الجريمة القذرة، إعلاناً بالحرب على الله بعد الإعلان الذي تلقاه العالم الإسلامي كله، بالحرب على الإسلام.

إنني لا أشك للحظة واحدة في أن الطغيان الحقير الذي تجرأ فمزق كلام الله، سيتمزق شرّ ممزق على سمع العالم وبصره عما قريب.. إنه اليوم ليس حرباً على دين من الأديان، وإنما هو حرب على سائر المؤمنين بالله، من خلال الحرب على الله ذاته. وقرآن الله آخر كتبه السماوية المنزلة.

إن طوايا الأرض مليئة بالصغار الذين نفخهم الطغيان، فقالوا وهم جهال، واستكبروا وهم صغار، وتطاولوا وهم عبيد، وظنوا (وهم يعلنون الحرب على الله) أنهم مانعتهم حصونهم من الله.. فها هم أولاء يرقدون تحت مواطئ الأقدام. وها هو ذا نكال الله يأخذ منهم بالخناق. وصدق الله القائل: {وَكَذَلِكَ أَخْذُ رَبِّكَ إِذا أَخَذَ الْقُرَى وَهِيَ ظالِمَةٌ إِنَّ أَخْذَهُ أَلِيمٌ شَدِيدٌ} [هود: 11/102] وإن ميقات هذا الأخذ لقريب.

بقي أن يعلم الطغيان الأمريكي أن العالم لم يعد غافلاً عن الإرهاب الذي يعكف هو على صنيعه وطبخه، ثم يصدِّره جاهزاً إلى بقاع العالم الإسلامي، ثم يأخذه بتهمته وجريرته.

أما العالم العربي والإسلامي متمثلاً في أزهره والجامعة العربية وفي ما يسمى بمنظمة المؤتمر الإسلامي، وفي حكامه وقادته، فها هو ذا يعلن عن شيخوخة انتمائه الإسلامي، وعن تقاصره عن رتبة حماية الشرف والانتصار للحق والدفاع عن القيم، إنه اليوم يعاني من (سن اليأس) ويستسلم لمصير (التقاعد).

ومن ثم فلا يلومنَّه لائم على خموده وهموده، وعدم سريان الغيرة الإسلامية في دمائه، أمام هذه الحرب التي أعلنها الطغيان الأمريكي على الله فهو متقاعد، وما على المتقاعدين سبيل .

محمد سعيد رمضان البوطي

إخوتي وأخواتي

لم يكن غيابي عن ((كلمة الشهر)) لتقاعس أو كسل، ولكنه كان انتظاراً لتكامل فريق المترجمين لها، في أسرة هذا الموقع.

ونظراً إلى أن هذا الفريق قد انتظم وتكامل وجوده الآن فيما أظن فأرجو أن لا أغيب عن هذه الزاوية بعد اليوم.

محمد سعيد رمضان البوطي


MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (3)

Masyarakat melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan,iblis,jin dan lain-lain tanpa merujuk kepada malaikat.Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus di rujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat,kecuali pada bahagian tertentu dan penerangan khusus mengenainya.

Dalam Al-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia iaitu iblis,syaitan dan kuncu-kuncunya.Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah Taala telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah iaitu Adam Alaihissalam.Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (Al-A'Raf :11).Oleh sebab itu Allah Taala telah melaknat Iblis dan menghukumkannya kafir.Sujud di sini dinamakan sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian.Sujud kebaktian hanya kepada Allah tidak kepada yang lain.

Berlatar belakangkan peristiwa tersebut iblis telah bersumpah di hadapan Allah yang dia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah Taala.Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah Al-A'Raf ayat 16 dan17 yang bermaksud:

( Iblis berkata kerana Engkau telah menghukum aku sesat,aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalanMu yang lurus.Kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur ).

Monday, May 25, 2009

Keutamaan Membaca Al-Quran Dan Cara Membacanya (1)


1- Membaca Al-Quran:

Al-Quran adalah merupakan mukjizat yang menjadi sumber utama dan relevan sepanjang masa.Kandungannya menjadi petunjuk kepada kehidupan manusia di dalam menghadapi mehnah dan cabaran.Al-Quran telah di turun oleh Allah Taala kepada Nabi Muhamad S.A.W sebagai salah satu rahmat yang tidak ada taranya bagi alam semesta.Di dalamnya terkumpul wahyu Illahi yang menjadi petunjuk,pedoman dan pengajaran bagi sesiapa yang mempercayai serta mengamalkannya.

Al-Quran adalah kitab Allah yang di turunkan selepas penurunan kitab Taurah kepada Nabi Musa Alaihissalam,Zabur kepada Nabi Daud Alaihissalam dan Injil kepada Nabi Isa Alaihissalam.

Isi yang terdapat dari kitab Al-Quran mencakupi seluruh perlembagaan dan pokok-pokok Syariat yang terdapat dari kitab-kitab yang terdahulu.
Setiap orang mempercayai Al-Quran akan bertambah cinta kepadanya,rindu untuk membaca,mempelajari,memahami,beramal,mengajarkannya sehingga bertebaranlah rahmat dan maghfirah daripada Allah Yang Esa ke seluruh ceruk rantau dan benua.

Mahasiswa



Mahasiswa adalah golongan yang menuntut ilmu pengetahuan tidak kira dalam jurusan apa sekalipun.Tetapi yang paling utama ingin melihat masyarakat mereka berada dalam suasana (biah) ilmu.Mereka yang bergelar mahasiswa adalah golongan yang penting kerana merekalah aset negara pada masa akan datang.

Perjuangan mesti diteruskan dengan kehadiran mahasiswa akan membawa kepada masyarakat lebih gemilang.Seluruh makhluk di dalam lautan dan di dataran sentiasa mendoakan kepada mereka yang menuntut ilmu dan Allah S.W.T akan memudahkan mereka jalan ke Syurga.

Selaku mahasiswa kita perlu menjaga kelakuan,peribadi,ilmu,pergaulan dan sebagainya.Kelakuan mereka yang bergelar mahasiswa mestilah berbeza daripada kelakuan mereka yang tidak bergelar mahasiswa lebih-lebih lagi mereka yang mengambil jurusan Islam.

Ada orang telah bertanya kenapa mereka yang tidak solat juga berjaya?dan kenapa orang yang menjaga solat dan peribadi mereka gagal mencapai kejayaan?Jawapan dari saya mudah sahaja.Kejayaan sebenarnya akan diberikan kepada sesiapa yang berusaha dan bekerja keras tidak kiralah dia itu menjaga solat atau tidak,cuma mahasiswa yang berjaya dan menjaga solat itu akan di berikan keberkatan dan faedah atas kejayaan yang di perolehi.

Saturday, May 23, 2009

Allah S.W.T yang menjadikan

Salam ukhuwwah kepada kawan-kawan sekelian.

Saya ingin mengajak semua agar memikirkan kembali kepada perbuatan kita seharian.Saya ingin menfokuskan tentang kejayaan dan kegagalan yang kita alami.Adakah kita terfikir bahawa semuanya dari ALLAH Yang Maha Kuasa.Kejayaan yang kita perolehi semua adalah kurniaan daripadaNya,dan begitu juga dengan kegagalan.Banyak yang saya perhatikan,apabila seseorang itu telah berjaya dengan apa yang dilakukannya, maka segera dia meletakkan segala kejayaan itu adalah daripada hasil usahanya sendiri tanpa mempedulikan langsung bahawa sebenarnya kejayaan itu adalah daripada Tuhannya.

Di dalam Al-Quran Allah berfirman yang bermaksud:
"Dan Kami akan menguji kamu dengan kebaikan dan keburukan sebagai Ujian yang hebat.Dan kepada Kamilah kamu akan di kembalikan." (Al-Anbia':35)

Sebaliknya pula apabila kita dilanda dengan kegagalan,maka dengan melulu kita tudingkan jari kepada Tuhan Yang Maha Pencipta.Ingatlah wahai diri yang hina,dengan firman yang telah dijelaskan di dalam Al-Quran yang bermaksud:

"Sesungguhnya Allah tidak mengubah akan nasib sesuatu kaum sehingga sesuatu kaum itu mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri"
(Ar-Ra'du :11)

Berterima kasih kita kepada ALLAH adalah salah satu daripada amal kebajikan.Dan amalan yang dilakukan dengan ikhlas tidak dapat dimusnahkan oleh Syaitan Laknatullah.

Maka marilah sama-sama kembali kepada Allah S.W.T dalam setiap amal kita dan menyandarkan segala kejayaan atau kecemerlangan yang diperolehi adalah dariNya.Seseorang yang beriman dan beramal soleh adalah mereka yang mendapat nikmat dia bersyukur dan menambahkan kesyukuran kepada Allah,dan jika dia ditimpa ujian dia menyerahkan dirinya kepada Allah.Semoga kita mendapat rahmat dan keberkatan.Ingatlah kita semua kepada Allah di waktu senang mudah-mudahan Allah mengingati kita di waktu susah nanti.Jangan kita asyik mengingati Nya ketika peperiksaan atau sesuatu urusan sahaja,maka apabila selesai imtihan kita seolah-olah melupainya...

Friday, May 22, 2009

Adun Meninggal, Perak Dirampas, Pas tetap tenang dan teruskan berdoa

Pemergian Allahyarham Ismail Yaacob atau Pak Su Weil pada jam 5.55 pagi dan juga keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya yang memutuskan ADUN Pangkor, Dr Zambry Abd Kadir sebagai MB Perak yang sah sedikit pun tidak melemahkan semangat ahli-ahli dan penyokong Pas. Begitu juga para pimpinan yang tanpak tenang walaupun, ramai yang beranggapan bahawa inilah hari yang sukar buat Pas.

Menariknya pemergian Pak Su Weil itu penuh dengan pelbagai ekpresi yang pastinya memberikan tekanan pada Umno-BN yang baru sahaja menolak untuk menyertai Pilihanraya Penanti.

Pastinya kekosongan kerusi DUN Manik Urai akan menguji tahap kebuasan Umno-BN. Beranikah mereka untuk menawarkan diri untuk bertanding dikubu Pas ini.

Ramai yang melihat, Umno-BN akan menjilat ludah mereka dan menawarkan diri bertanding di Manik Urai walaupun tahu itu satu pembaziran dan bakal memalukan mereka jika kalah lagi.

Selain itu, Kemenangan Zambry yang dianggap sebagai satu fenomena Mugabe itu tidak sedikit pun memeranjatkan rakyat kerana sudah diketahui bahawa keputusan berkenaan sudah diatur sedemikian rupa. Keputusan itu sudah dapat dibaca bila mana Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Zambry untuk tangguhkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Namun disebaliknya, Pas dan para penyokong pastinya tersenyum puas kerana masih adalah lagi episod untuk melihat kedurjanaan Umno-BN dibawah kepimpinan Zambry Mugabe.

Rakyat dimana sahaja menuntut agar DUN dibubarkan. Hatta beberapa pemimpin BN dan SUHAKAM pun melihat kepada jalan penyelesaiannya yang sama. Lihatlah undian keputusan NTV7, Berita Harian dan lain-lain media. Semuanya menunjukan rakyat mahukan kuasa dikembalikan pada mereka.

Kini terpulang pada Zambry untuk memikirkan langkah seterusnya. Adakah beliau berani membuang egonya untuk bubarkan DUN atau masih lagi berdegil dengan Kebodohannya untuk jadi MB yang gila kuasa.

Semakin beliau berdegil maka, semakin kuatlah sokongan dan simpati yang bakal diperolehi Pakatan. Bukan sekadar di Perak tapi diseluruh negara. Tak percaya….kita lihat sahaja keputusan di Penanti dan Manik Urai. Kita akan talkin Umno-BN disana. Teruskan berdoa wahai hamba-hamba Allah yang dizalimi Umno-BN.

http://syukran.wordpress.com

Wednesday, May 20, 2009

Cerita seorang kawan

Kenangan bersama...


Assalamualaikum,kepada sahabat-sahabiah yang dikasihi sekelian,insyaallah pada hari ini saya akan menceritakan sedikit pengalaman diri bersama dengan seorang sahabat yang sama-sama tinggal serumah pada tiga tahun yang lepas.Cerita ini bawakan supaya menjadi motivasi kepada diri yang dhoif ini dan semua kawan-kawan yang membaca.

Dia yang saya maksudkan ialah ustaz wahidi.Kami mula-mula kenal di Mesir ketika kami mula-mula sampai dahulu.Diantara ramai sahabat beliau yang datang ke sini dia diantara mahasiswa yang tidak bernasib baik berbanding dengan sahabat beliau yang lain kerana pada masa itu,mereka yang datang dengan Diploma terus ke tahun tiga dan empat pada kebiasaannya.Tetapi berlainan pula yang berlaku kepadanya,kerana beliau beliau diletakkan di tahun 2 Usuluddin.

Walaupun begitu, dia tetap tabah dan redha dengan takdir Illahi.Pengajian tetap diteruskan.Semasa berada di rumah setelah habis waktu kuliah beliau akan menolong memasak makanan kepada sahabat-sahabatnya dan begitulah dengan juga ketika menjelangnya peperiksaan dia akan tolong sahabatnya memasak jika dia sudah selesai peperiksaan.Hubungan dia sesama kawan pun baik dan sering berkawan dengan Ustaz Mat Yaman.

Waktu belajar tidak disia-siakan sehingga dia berjaya didalam peperiksaan yang didudukinya.Dia dapat naik tahun dan seterusnya berjaya menamatkan pengajiannya di tahun Empat Usuluddin ,Tanta dengan mendapat pangat (Baik).

Semoga kita sama-sama dapat mengambil pengajaran dan amalkan dalam kehidupan kita iaitulah sikap redha dengan ketentuan Allah,menolong sahabat ketika susah,bersungguh-sungguh ketika menuntut ilmu dan sebagainya.

Makanan Yang Berkualiti Untuk Mahasiswa Cemerlang(5).

Air adalah suatu elemen yang terpenting dalam kehidupan seseorang mahasiswa.Ia merupakan satu medium utama kepada sel dan semua jenis hidupan di atas alam ini.

Kekurangan air boleh menyebabkan seseorang itu mudah sakit,gangguan sistem penghadaman dan menghadapi gangguan emosi.Bagi mereka yang tinggal di negara-negara beriklim dan perubahan musim contohnya sejuk ke musim panas, perubahan cuaca ini boleh menyebabkan seseorang itu mudah sakit dan kurang daya tahan tubuh sekiranya kekurangan sumber air di dalam tubuh.

Seseorang yang bergelar mahasiswa sebolehnya mendapat seberapa banyak air sehari-hari untuk menjamin kesihatan tubuh dan otak.Berkenaan serangan selsema babi yang melanda negara Mesir,Pegawai kesihatannya menasihatkan kepada semua penduduk negara ini untuk sentiasa meminum air kosong.

Sunday, May 17, 2009

Zikir sebagai pembantu kita dimana-mana

Berzikir adalah suatu amalan yang dapat mendekatkan diri kita kepada Pencipta alam ini.Diri kita akan rasa damai yang tidak dapat ditandingi dengan bermacam-macam perkara yang menyeronokkan di dalam dunia ini contohnya lagu,melihat permandangan sekitar,dan bersuka ria.
Tetapi kelebihan zikir ini melebihi daripada perkara yang telah saya nyatakan tadi.Kenapa zikir ini paling sesuai dengan jiwa umat islam?sama-samalah kita lihat firman ALLAH yang bermaksud:

"Kerana itu ingatlah akan Daku,nescaya Aku pula akan ingat kepada kamu."
(Al-baqarah :152)

Bahkan Allah akan bersama-sama dengan orang mengingatiNya.Ini sebagaiman yang telah di sabdakan sendiri oleh Junjungan mulia Nabi Muhamad S.A.W. yang bermaksud:

"sesungguhnya Allah berfirman:
Aku berserta hambaKu selagi dia mengingatiKu dan kedua-dua bibirnya bergerak menyebutKu."
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah).


Kita akan merasa tenteram,rasa lega dan merasakan bahawa ada yang menolong kita dalam menghadapi segala yang berlaku dan menimpa kita di dunia ini dan di akhirat sana ,yang mana ketika itu tiada bantuan selain daripada Allah dan RasulNya dan para malaikat yang sentiasa mengikut segala suruhan Allah Yang Maha Mulia.

Sepertimana hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dan Tarmizi:
"Tidaklah segolongan orang itu (berzikir)mengingati Allah melainkan para malaikat menghormati mereka,rahmat menyelubungi mereka ketenangan turun kepada kepada mereka dan Allah Taala mengingati akan mereka bersama-sama orang yang ada di sisiNYa."

MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH(2)

Diantara hikmat diciptakan makhluk-makhluk halus ini ialah:

1-Untuk memperkuatkan iman kita kepada ALLAH Yang Maha Kuasa,menyakinkan tentang kebesaran dan keagungan Illahi.Disamping kejadian manusia yang dapat dilihat dengan mata kasar,Allah S.W.T berkuasa menciptakan makhluk-makhluk halus yang asal kejadiannya serta hakikat hidupnya begitu berbeza dengan manusia.Semua ini merupakan tanda-tanda keagungan Allah Taala.

2- Agar manusia sentiasa berwaspada tentang musuh-musuh yang tidak nampak,yang sentiasa berazam dan berusaha untuk menyesatkan manusia.

3- Untuk menguji keimanan manusia,setakat mana manusia dapat menggunakan akal fikiran dan anggota tubuh badan dengan kebijasanaan dan tidak terpesona dengan tipu helah pujukan syaitan.

4- Hanya dengan adanya dugaan,kekuatan iman seseorang itu akan di ketahui.

5- Disamping kewujudan makhluk-makhluk halus yang jahat seseorang yang beriman akan terus merasa yakin tentang adanya pertolongan ALLAH dengan mengadakan para malaikat yang sentiasa meminta rahmat dari ALLAH untuk manusia.


dipetik dari k.kerja Al-Fadhil Prof Dato' Harun Din

Peperangan Uhud

Peperangan Uhud telah berlaku pada tahun ke 3 Hijrah diantara tentara Islam dan tentera Quraish Mekah.Ia adalah platfom bagi orang kafir Quraish membalas dendam terhadap kekalahan yang di perolehi oleh mereka pada peperangan Badar.

Perang Uhud telah berlaku di kawasan berbukit.Pada peperangan ini kaum musyikin Mekah seramai 3ooo orang tentera,manakala umat islam yang telah dipimpin oleh Baginda Rasulallah seramai 1000 orang yang datang dari Madinah Al-Munawwarah.Dalam perjalanan Baginda dan umat islam yang lain terdapat segolongan munafik telah belot untuk tidak mahu ikut pergi berperang menentang Quraish Mekah.Mereka telah dihasut oleh ketua munafik yeng bernama Abdullah Bin Ubai yang mana ketika dia adalah ketua suku Quraish.Seramai 300 orang telah berpatah balik setelah Umat islam dalam pertengahan jalan ke medan pertempuran.

Setelah sampai ke bukit(Uhud),Rasulallah telah mengarahkan seramai 50 orang pemanah untuk mengambil bahagian dan posisi di atas bukit.Mereka telah dilarang supaya jangan sekali-kali meninggalkan bukit tersebut walau apa-apapun yang terjadi kepada mereka yang berperang di bawah bukit.Setelah mereka melihat umat Islam hampir berjaya menghalau musuh dan mengalahkan musuh,hampir kesemua pemanah telah melupakan amanah yang telah Rasulallah sampaikan tadi,lalu mereka telah turun meninggalkan bukit Uhud untuk mengambil harta Ghanimah yang telah di tinggalkan oleh orang kafir Quraish.Mereka lupa ketika itu masih terdapat saki-baki musuh yang memerhatikan gerak geri mereka,lalu tanpa membuang masa lagi pihak musuh yang telah diketuai oleh Khalid Bin Alwalid mula menyerang balas dari arah belakang bukit Uhud .Terjadilah peperangan yang berat sebelah dan suasana menjadi hiruk pikuk dengan hayunan pedang dan lemparan lembing dari pihak musuh Islam.

Pada masa itulah terdengar suara mereka yang mengatakan bahawa Rasulallah telah gugur syahid,lalu lemahlah para sahabat Baginda yang mendengar khabar itu.Tetapi Allah Yang Maha Kuasa melindungi hamba-hamba yang berjuang menegakkan kebenaran.Baginda selamat bersama dengan sahabat yang lain termasuklah Saidina Abu Bakar,Saidina Umar,dan Saidina Ali Karramallahu wajhah.Dalam suasana itu telah muncul musuh agama iaitulah si sial(Ubai Bin Khalaf) untuk membunuh Baginda.Lalu Baginda telah menikam si sial itu dengan lembing dan mati disitu.Inilah pertama kali Nabi Muhamad membunuh musuh dengan tangan Baginda.

Pada perang ini juga, Nabi kita telah terjatuh di dalam lubang yang telah digali oleh (si musang) yang bernama Abu Amar Ar-Rahab,yang menyebabkan Baginda mengalami luka di kedua-dua belah lutut Baginda,patah gigi dan cedera dipipi Baginda yang dikasihi.Muncullah ananda yang dikasihi Saidatina Fatimah dan Saidina Ali menantu Baginda mengesat dan mengelap luka yang mengalir deras.
Di dalam perang Uhud ini ramai sahabat yang cedera parah dan ramai juga yang Syahid di jalanNya.Jumlah tentera Islam yang syahid seramai 70 orang lebih termasuklah saidina Hamzah turut syahid kerana di bunuh oleh lelaki Habsyi yang bernama (Wahsyi) .Tubuh beliau dibelah dan dikunyah hati oleh Hindun isteri kepada Abu Sufyan yang pada ketika itu belum memeluk Islam.Jumlah tentera Quraish yang mati seramai 23 orang.

Mudah-mudahan kita mengambil iktibar dari peristiwa ini,dan janganlah melanggari perintah pemimpin kita selagimana tidak berlanggar dengan suruhan (QURAN dan SUNNAH) dan agama islam kita (bukan Islam Hadhari)ye...

Friday, May 15, 2009

Bangkitlah Diri


Ayuhlah umat Islam semua,

Marilah bersamaku,

Ayuh, kita lakar kejayaan diri,

Kita bangunkan prestasi,

Kita pahat sejarah,

Kita bina kembali khilafah Othmaniah,

Siapa berusaha,pasti berjaya!

Thursday, May 14, 2009

Peringatan penting sebelum peperiksaan

Antara perkakas dan alatan yang perlu kita bawa ke dalam dewan peperiksaan (di Mesir) ialah:

1) Kernih imtihan dan kernih kuliah kita kena pastikan ada.Jika hilang ataupun tercicir,rujuk segera kepada AJKT DPM masing-masing.Tindakan segera perlu dilakukan untuk mempastikan diri kita dapat duduki peperiksaan tersebut.Nombor angka giliran perlu kita tahu dan di mana dewan kita akan periksa.

2) Alat tulis yang lengkap seperti pen,pemadam,pensil,pembaris dan sebagainya perlu dibawa sekali.Jangan menulis apa-apa di atas kertas kecuali selepas mendapat kebenaran dari pengawal@pensyarah. Baca doa penerang hati sebelum menulis muqaddimah dan tulis kata penutup setelah selesai menulis.

3) Jam untuk memudahkan kita tengok dan bajet masa.Pembahagian masa di dalam dewan peperiksaan bergantung kepada kebijaksanaan masing- masing.Jawab semua soalan yang ditanya dan jangan sekali-kali tinggal kosong.Mungkin dapat menampung jawapan kita yang lain.

Makanan Yang Berkualiti Untuk Mahasiswa Cemerlang(4).

Kismis kering:

Sudah menjadi amalan bagi kebiasaan penghafal-penghafal hadis di kota Madinah pada zaman Rasullullah.Kismis adalah salah satu faktor untuk menguatkan ingatan bagi sesiapa yang ingin menghafal.Cara memakannya:

1) 21 biji sehari,tetapi kalau nak makan lebih dari 21 biji pun tak apa

2) Menghadap kiblat

3) Duduk sambil membaca Bismillah dan Selawat

4) Doa penerang hati

Tuesday, May 12, 2009

Akhlak Muslim

Di dalam hadis Nabi kita ada menyebutkan :

"Jagalah dirimu daripada perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling abid dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan ALLAH kepada anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda menjadi mukmin yang sebenar dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri nescaya anda akan menjadi mukmin yang sebenar dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati"

Dalam hadis di atas terangkan kepada kita tentang sifat-sifat yang perlu kita hayati dan laksanakan di dalam kehidupan kita di muka dunia ini. Di antara sifat-sifat yang perlu ada pada diri kita ialah menjaga diri dari memakan benda yang haram,merasa cukup dengan apa yang diberikan ALLAH kepada kita,berbudi atau berakhlak mulia kepada jiran tetangga,mencintai orang lain sepertimana kita menyayangi diri kita,dan tidak ketawa secara berlebihan.

(menjaga diri dari memakan benda yang haram) :
kita perlu mengambil tahu apa yang kita makan iaitu dari yang halal atau haram,dari mana sumbernya ,diperbuat daripada apa,barangan yang diboikot atau tidak,bersih ataupun sebaliknya. Makanan yang halal perlu bagi menjadikan ibadat kita diterima olehNya,kerana setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah lebih berhak baginya,nauzubillah.

(merasa cukup dengan apa yang diberikan oleh Allah) :
Kita perlu merasa cukup dengan apa yang ALLAH berikan kepada kita contohnya kekayaan,rupa paras dan sebagainya. Tetapi sebaliknya bagi amal ibadat dan akhlak kita kerana jangan kita merasakan cukup dengan amal kebaikan yang telah kita lakukan dapat melepaskan diri dari azab nerakaNya diakhirat sana.Bantulah sekadar mana yang kita mampu.

(berbudi dan berakhlak mulia dengan jiran tetangga) :
kita seharusnya berakhlak mulia sesama jiran tetangga kerana merekalah dapat membantu kita semasa kita susah nanti.Tidak rugi kita berakhlak mulia contohnya memberi salam,saling bertegur sapa dan sebagainya.

(mencintai diri orang lain seperti mana kita menyanyangi diri sendiri) :
kita ziarah-menziarahi kawan-kawan ketika meraka sakit,membantu mereka yang memerlukan(orang palestin,orang yang tak mampu),memberi makanan dan hadiah kepada mereka pada waktu tertentu contohnya hari ibu,hari lahir dan hari perayaan.

(tidak banyak ketawa) :
kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa dalam keadaan tenang.Tidak salah untuk kita bergembira tetapi biarlah ada batasannya.



Peristiwa yang berlaku

Dalam musim imtihan ini,berbagai-bagai peristiwa yang berlaku.Ada yang menghafal kitab kuliah,ada yang belajar berkumpulan,ada yang menulis nota-nota yang tidak siap,dan sebagainya.Tapi hairan bin ajaib mengenai peristiwa yang berlaku di Perak yang mana kalau kawan-kawan nak tahu ,di negeri inilah saya pernah belajar iaitulah di APID, sebelum menuntut ilmu kat Mesir.Saja nak bangkitkan semangat dan ukhuwwah kita sesama Islam.Peristiwa huru-hara kat Perak tu,siapa yang menjadi dalangnya.Terserahlah kepada kita rakyat Malaysia mencari jawapannya samada PM yang kita sayangi,3 orang serangkai tu ke,hakim mahkamah rayuan ke,bekas MB Haram ke, Sultan ke,polis ke,atau siapakah yang bersalah sebenarnya dalam hal ini???Semoga ALLAH YANG MAHA KUASA melindungi YAB Nizar dan seluruh rakyat kat Perak tu.Sama-samalah kita berdoa dan solat hajat semoga keadaan menjadi aman dan Islam kembali memerintah negeri itu.Mudah-mudahan kita berjaya dalam exam yang bakal tiba dan jangan kita lupa kawan kita kat Malaysia sana.

Monday, May 11, 2009

Sedikit Tentang Perlembagaan

1-Perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai satu sistem atau badan-badan prinsip yang digunakan sebagai asas pembentukan sesuatu bangsa,negara atau badan politik.

2-Perlembagaan adalah suatu badan undang-undang mengandungi prinsip-prinsip dasar untuk diikuti oleh sesebuah kerajaan dalam mentadbir sesebuah negara.

3-Perlembagaan merupakan suatu konsep yang terkini memerihalkan Perintah Kesatuan Malaya dalam Majlis Mesyuarat pada tahun 1946 dan perjanjian Malaya pada 1948.

4-Perlembagaan Persekutuan dibentuk oleh peguam-peguam yang diwakili oleh Pesuruhjaya Reid serta ahli-ahli politik Malaysia dan British telah mengubahsuai Draf Reid.

5-Perlembagaan Persekutuan Malaya pada 1957 dihasilkan dengan adanya kompromi Perjanjian Persekutuan Malaya 1948 dengan perjanjian persekutuan Malaya 1957 dan ijmak diantara ahli politik British dengan ahli poitik Malaya dan Raja-Raja Melayu.

6-Perlembagaan Persekutuan Malaya 1957 mula mengambil sikap persekutuan demokrasi berparlimen dan ketertinggian perlembagaan.

7-Perlembagaan Persekutuan hari adalah berdasarkan kepada persekutuan tanah melayu 1957.

Sunday, May 10, 2009

Makanan Yang Berkualiti Untuk Mahasiswa Cemerlang (3)


Vitamin c:

Vitamin c bagi kita adalah penting pada tubuh badan,tak kiralah kita mahasiswa ke,tukang cat ke,buruh ke,ulamak ke,ahli politik (haram atau halal) dan sebagainya.
Sudah kita maklum diantara makanan yang mempunyai vitamin c ialah:

Jambu batu,belimbing,tembikai,kismis,betik,buahan tropika dan sayuran segar.

Diantara peranan vitamin c ialah menjadi benteng jangkitan penyakit berjangkit,seperti selsema tapi (selsema babi atau burung)ana tak taulah pulak,kerana perkara ini timbul kerana bala dari ALLAH Yang Maha Kuasa.Ia juga memberi kesihatan deria seperti mata dan kulit yang sihat dan keupayaan membuat (kosentrasi) semasa bekerja dan belajar.

Saturday, May 9, 2009

Perlunya Wanita


Firman Allah Taala yang bermaksud:
(Wahai manusia, sesungguhnya kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia dikalangan kamu di sisi ALLAH adalah orang yang paling bertakwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dan Maha Mengenal).
Al-Hujuraat:13

Di dalam hidup kita ini,kita saling memerlukan di antara satu sama lain yang mana si lelaki memerlukan wanita,anak memerlukan ibu bapa,jantan memerlukan betina untuk memakmurkan bumi supaya hidup tidak merasa kesunyian.

Wanita telah Allah ciptakan di atas muka dunia untuk perhiasan bagi lelaki di bumi dan diciptakan wanita untuk menjadi ujian kepada golongan Adam.Ini kita akan nampak jelas bahawa golongan wanita akan menjadi fitnah di akhir zaman jika tidak didik dan diasuh sejak dari buaian lagi.Tambahan pula pada akhir zaman ini ramainya golongan Hawa dari golongan Adam.

Namun begitu,jangan kita seratus peratus menuding jari kita kepada golongan wanita di atas kemaksiatan yang telah anggota kita lakukan .Lelaki perlu menundukkan pandangan jika berhadapan dengan wanita tapi bukan bermaksud menundukkan pandangan hingga tak melihat dunia lalu terhantuk ke batu.Lelaki yang soleh dan beriman akan mencari perempuan yang beriman juga dan begitu juga golongan yang artis atau bohjan mereka akan mencari wanita yang beragama.

Sebelum coretan saya berhenti,marilah sama-sama kita kembali kepada sebuah kisah seorang wanita yang bernama Ummu Sulaim.seorang perempuan yang berjaya mendidik dan mentarbiyyah anak-anaknya sehingga kesemua anaknya dihantar ke medan pertempuran melawan kuffar mati syahid.Allahuakbar!menangislah ummu sulaim R.A.Lalu apabila ditanya kenapa menangis ya Ummu Sulaim?Aku tak ada lagi anakku untuk dihantar berperang,jawabnya.Teringat saya dengan lirik nasyid Inteam,tangan yang meghayun buaian bisa menngoncang dunia....Waallahuaa'lam.

Thursday, May 7, 2009

9 langkah mewujudkan keyakinan diri

1-Tanamkan dalam minda kita bahawa kita boleh melakukannya.

2-Anggaplah diri kita insan yang cemerlang kerana sememangnya kita telah cemerlang dan berjaya sejak dialam janin lagi,hanya kita yang mampu keluar ke dunia.

3-Orang lain boleh buat kenapa kita tidak boleh buat.

4-Elakkan perasaan malu yang tak bertempat.Belajarlah,walaupun guru itu lebih muda dari kita.

5-Jangan teragak-agak(was-was)untuk melakukan perbuatan yang baik.

6-Lakukan riadah ringan sebelum melakukan pekerjaan(warm up)kerana dapat mengaktifkan diri kita.

7-Kemaskan diri dan anggaplah diri anda yang terbaik pada masa itu.

8-Apabila melakukan pekerjaan jangan memikirkan sangat tentang masalah yang akan timbul,tetapi fikirkanlah hasil yang akan perolehi selepas tugas tersebut.

9-Sentiasa peka dengan waktu.(Solat jemaah,berdoa)dan jangan bertangguh dan berlengah-lengah dalam melakukan kebaikan.

gelagat aNAk buAH NAjib yang bANGANG

Al-Quran


Sejak di turunkan Al-Quran perkara pertama yang menjadi tumpuan orang-orang arab ialah kandungan dan susunan ayat-ayat yang mempunyai gaya bahasa yang cukup mendalam serta mencabar kebijaksanaan mereka dalam berbahasa.Ketika itu orang arab adalah kelompok yang mempunyai penguasaan dalam berbahasa.Mereka juga berpotensi dalam melakarkan bahasa puitis dalam bait(perenggan)syair-syair yang mampu memukau telinga yang mendengar.Penyair yang hebat pada zaman Jahiliyyah ada yang tidak menyenangi seruan dakwah yang telah dibawa Oleh Junjungan Mulia Nabi Muhammad S.A.W. Sejarah telah membuktikan bahawa sebelum Rasullullah di bangkitkan menjadi nabi,golongan arab jahiliyyah adalah golongan yang mahir dalam berbahasa.Ini terbukti apabila Allah telah menyebutkan di dalam banyak ayat-ayatNYA.Walaupun mereka sangat mahir dalam memutarkan syair dengan menggunakan uslub bahasa yang memikat hati pendengar,namun apabila adanya mukjiyat yang begitu Agung (al-quran)dengan ayatnya yang begitu indah,sesuai dengan semua peringkat walaupun seribu tahun yang akan datang,ia tetap relevan dan memukau hati.Al-Quran tetap menjadi pelita dikala kesyunian di alam Barzakh,penawar segala duka nestapa dan dapat memberikan syaafaat kepada pembacanya.Daripada Abu hurairah bahawa rasullalah bersabda:
(Bacalah Al-Quran kerana sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai penolong kepada pembacanya).Al-Quran yang telah mula-mula sekali di turunkan di gua Hira'pada 17 Ramadan yang mulia.Bersamalah kita menjadikan Al-QURAN sebagai petunjuk pada akhir zaman ini.

Wednesday, May 6, 2009

Saya dan Pokok

Pada suatu petang yang redup,saya berjalan kaki dari rumah ke kampung berdekatan.Sambil memerhatikan kepada keaadan sekeliling,saya meneruskan perjalanan.Berjalan pada masyarakat Mesir khususnya untuk pergi ke sesuatu tempat adalah satu perkara yang biasa.Kebetulan saya kehabisan duit untuk dibuat tambang ke kampung sebelah.Saya teringat lagi pesanan emak sewaktu di Malaysia,kalau nak pergi ke mana-mana kena siapkan duit spare(kecemasan) manalah tahu kalau ada apa-apa yang berlaku.Saya meneruskankan perjalanan sambil menikmati udara petang,burung berterbangan,kereta lalulalang,kadangkala debu pasir hinggap ke muka.Dalam pertengahan perjalanan,saya kagum dengan hasil ciptaan ALLAH TAALA Yang Maha Agung iaitu pokok yang besar.Saya mula memerhatikan pokok itu yang besarnya 2 pemeluk orang dewasa .Perjalanan saya pun terhenti seketika dan saya mula berfikir tentang kejadian pokok ini.Di kawasan akar pokok tersebut telah disimen lama akarnya.Macamana ia boleh hidup dengan rendang,sedangkan akar ataupun bahagian bawahnya sudah disimen rapat.Ajaibnya ciptaan ILLAHI.

Di sini saya mula berfikir kenapakah Allah menjadikan pokok yang mana dapat lagi hidup walau ada halangan di atasnya?Subhanallah.Disi dapatlah bersama-sama mengambil iktibar dan pengajaran tentang kisah pokok tadi dengan kehidupan kita selaku pejuang agama Allah dibumi ini.kita sebenarnya mampu hadapi segala yang menghalang hidup kita jika kita berjiwa merdeka,kuat jiwa dalam menghadapi rintangan dan mampu jika kita benar-benar yakin pada diri dan mahu mencuba.Akhirnya,beruntunglah orang yang beriman dan mereka taat kepadaNya kerana setiap usaha mereka mengandungi keberkatan.Berakhirlah sebuah perjalanan setelah saya tiba ke destinasi yang dituju.

sekian.

Tuesday, May 5, 2009

Makanan Yang Berkualiti Untuk Mahasiswa Cemerlang (3)

Madu lebah:

Madu bukan sahaja mempunyai gula ringkas yang ringkas yang mudah untuk dihadamkan, bahkan madu ini mempunyai minurel,vitamin,protien,antisiptik, yang bukan sahaja dapat menyihatkan otak,malah ia dapat memberi kesihatan kepada tubuh badan kita.Nabi dan para sahabat yang banyak menghafaz hadis juga banyak minum madu,yang merupakan salah satu faktor fikiran mereka hebat dalam hafazan.

Nabi Muhamad S.A.W juga pernah bersabda:
(Siapa yang ingin menghafaz hendaklah dia minum manisan madu)

Cara minum:2 sudu teh pagi dan malam.

Madu juga boleh digunakan juga untuk menyedapkan makanan bagi menggantikan gula melaka atau kicap,yang biasa digunakan oleh mereka yang belajar di Mesir dan sebagainya.

Monday, May 4, 2009

Makanan Yang Berkualiti Untuk Mahasiswa Cemerlang(2).

Protein:

selaku mahasiswa,kita juga memerlukan makanan yang mengandungi protien.Diantara makanan yang mempunyai protein ialah:
Daging,telur,susu,yougert,kekacang dan susu(lebih baik susu yang asli dari susu tepung).

Peranan makanan yang berprotein ini ialah menyediakan hormon dan enzim badan kita.Ia penting untuk pertumbuhan,pembesaran,kesihatan otak,menggantikan sel yang rosak.

Makanan Yang Berkualiti Untuk Mahasiswa Cemerlang

1.Karbohidrat:

Contohnya:Bijirin(beras,barli,Oat,Gandum(ish),sekoi.
Makanan asasi penduduk dunia.
Umbisi:Ubi kentang,keledek,keladi,dan beberapa jenis ubi yang lain.
Pisang,gula dan madu.

Peranan makanan tadi adalah membekalkan tenaga kerana akan dicerna kepada bahan yang paling ringkas iaitu glokus untuk di serap oleh darah,dibakar oleh oksigen disel-sel kita untuk ditukar menjadi tenaga.