Tuesday, May 12, 2009

Akhlak Muslim

Di dalam hadis Nabi kita ada menyebutkan :

"Jagalah dirimu daripada perkara yang haram nescaya anda menjadi manusia yang paling abid dan terimalah dengan penuh kerelaan akan pembahagian yang telah ditentukan ALLAH kepada anda akan menjadi manusia yang paling kaya, berbudilah kepada jiran anda menjadi mukmin yang sebenar dan cintailah kepada orang lain apa yang dicintai anda untuk diri anda sendiri nescaya anda akan menjadi mukmin yang sebenar dan janganlah banyak ketawa kerana banyak ketawa itu akan mematikan hati"

Dalam hadis di atas terangkan kepada kita tentang sifat-sifat yang perlu kita hayati dan laksanakan di dalam kehidupan kita di muka dunia ini. Di antara sifat-sifat yang perlu ada pada diri kita ialah menjaga diri dari memakan benda yang haram,merasa cukup dengan apa yang diberikan ALLAH kepada kita,berbudi atau berakhlak mulia kepada jiran tetangga,mencintai orang lain sepertimana kita menyayangi diri kita,dan tidak ketawa secara berlebihan.

(menjaga diri dari memakan benda yang haram) :
kita perlu mengambil tahu apa yang kita makan iaitu dari yang halal atau haram,dari mana sumbernya ,diperbuat daripada apa,barangan yang diboikot atau tidak,bersih ataupun sebaliknya. Makanan yang halal perlu bagi menjadikan ibadat kita diterima olehNya,kerana setiap daging yang tumbuh daripada makanan yang haram maka nerakalah lebih berhak baginya,nauzubillah.

(merasa cukup dengan apa yang diberikan oleh Allah) :
Kita perlu merasa cukup dengan apa yang ALLAH berikan kepada kita contohnya kekayaan,rupa paras dan sebagainya. Tetapi sebaliknya bagi amal ibadat dan akhlak kita kerana jangan kita merasakan cukup dengan amal kebaikan yang telah kita lakukan dapat melepaskan diri dari azab nerakaNya diakhirat sana.Bantulah sekadar mana yang kita mampu.

(berbudi dan berakhlak mulia dengan jiran tetangga) :
kita seharusnya berakhlak mulia sesama jiran tetangga kerana merekalah dapat membantu kita semasa kita susah nanti.Tidak rugi kita berakhlak mulia contohnya memberi salam,saling bertegur sapa dan sebagainya.

(mencintai diri orang lain seperti mana kita menyanyangi diri sendiri) :
kita ziarah-menziarahi kawan-kawan ketika meraka sakit,membantu mereka yang memerlukan(orang palestin,orang yang tak mampu),memberi makanan dan hadiah kepada mereka pada waktu tertentu contohnya hari ibu,hari lahir dan hari perayaan.

(tidak banyak ketawa) :
kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah sentiasa dalam keadaan tenang.Tidak salah untuk kita bergembira tetapi biarlah ada batasannya.



No comments:

Post a Comment