Firman Allah S.W.T:( فبمااغويتنى)
Dalam perkataan di atas,menurut tatabahasa Arab,hufuf ba di sini menunjukkan Al-Ba U'lil-qasam iaitu menunjukkan sumpah.Bermaksud bahawa iblis telah bersumpah Di hadapan Allah Taala bahawa ia akan menghalang hamba manusia daripada melakukan kebaikan.
Ada pendapat lain yang mengatakan huruf ba di sini ialah lis-sababiyyah(السببية) dihukumkan menunjukkan sebab.Maksudnya ialah disebabkan syaitan itu telah dilaknat dan kafir oleh Allah S.W.T adalah berpunca daripada Adam,maka Iblis bersumpah akan membalas dendam terhadap diri Adam dan keturunannya supaya mereka semua sesat,terlaknat dan terpesong daripada jalan yang diredhai Allah Taala dan masuk neraka bersama iblis.
لأقعدن لهم صراطك المستقيم )
Dalam ayat ini iblis telah bersumpah akan menghalang manusia daripada tiba ke jalan yang di redhai Allah Taala sehingga mereka semua binasa dan sesat seperti dirinya juga.Iblis jarang menyakat perbuatan baik seseorang,namun apabila ia telah tiba ke peringkat akhir atau di penghujung jalan dalam usahanya memperolehi keredaan Allah Taala iblis dan kuncu-kuncunya akan sentiasa menyekat saluran-saluran yang membolehkan seseorang itu berusaha menuju ke jalan yang diredhai oleh Allah Taala.
Iblis bukan sekadar menggoda supaya sembahyang seseorang itu tidak khusyuk apabila seseorang itu bangun untuk mengerjakan sembahyang,tetapi iblis akan sentiasa menghalang supaya seseorang itu tidak sembahyang.Jika seseorang itu sedang tidur iblis akan menguliti manusia supaya terus tidur dan merasakan bahawa tidur itu lebih baik baginya.apabila langkah tersebut itu tidak berjaya iblis dan kuncu-kuncunya akan menggoda manusia ketika dia mengambil wuduk.Apabila ia juga tidak berjaya, dan manusia terus bangun bersembahyang ,maka iblis dan kuncu-kuncunya akan mengganggu manusia ketika dia bersembahyang.Dengan hal yang demikian mungkin menyebabkan seseorang itu tidak khusyuk semasa bersembahyang.Akibatnya sembahyang yang dilakukannya tidak dapat membentuk peribadi yang baik dan tidak berupaya menghindarkan dirinya apabila melakukan perbuatan jahat dan mungkar.
Petikan k.kerja Al-Fadhil Prof.Dr Haron Din.
No comments:
Post a Comment