Tuesday, May 26, 2009

MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH (3)

Masyarakat melayu umumnya merujuk perkataan makhluk-makhluk itu kepada berbagai-bagai jenis syaitan,iblis,jin dan lain-lain tanpa merujuk kepada malaikat.Dalam artikel ini, perkataan makhluk halus di rujuk kepada makhluk-makhluk selain malaikat,kecuali pada bahagian tertentu dan penerangan khusus mengenainya.

Dalam Al-Quran dinyatakan dengan jelas tentang adanya musuh manusia yang sentiasa menanti-nanti menunggu mencari peluang untuk menyesatkan manusia iaitu iblis,syaitan dan kuncu-kuncunya.Dalam peristiwa kejadian Adam, Allah Taala telah memerintahkan iblis supaya sujud menghormati kejadian Allah iaitu Adam Alaihissalam.Namun iblis enggan berbuat demikian kerana kesombongannya yang merasakan bahawa dirinya lebih mulia daripada Adam (Al-A'Raf :11).Oleh sebab itu Allah Taala telah melaknat Iblis dan menghukumkannya kafir.Sujud di sini dinamakan sujud Tahiyyat bukan sujud kebaktian.Sujud kebaktian hanya kepada Allah tidak kepada yang lain.

Berlatar belakangkan peristiwa tersebut iblis telah bersumpah di hadapan Allah yang dia akan menghalang manusia daripada beriman dan melakukan perintah-perintah Allah Taala.Iblis bersumpah akan menggoda manusia dari setiap penjuru seperti yang termaktub dalam Surah Al-A'Raf ayat 16 dan17 yang bermaksud:

( Iblis berkata kerana Engkau telah menghukum aku sesat,aku benar-benar akan menghalang mereka dari jalanMu yang lurus.Kemudian aku akan datangi mereka dari muka dan dari belakang,dari kanan dan kiri mereka.Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan daripada mereka bersyukur ).

No comments:

Post a Comment