Monday, May 25, 2009

Keutamaan Membaca Al-Quran Dan Cara Membacanya (1)


1- Membaca Al-Quran:

Al-Quran adalah merupakan mukjizat yang menjadi sumber utama dan relevan sepanjang masa.Kandungannya menjadi petunjuk kepada kehidupan manusia di dalam menghadapi mehnah dan cabaran.Al-Quran telah di turun oleh Allah Taala kepada Nabi Muhamad S.A.W sebagai salah satu rahmat yang tidak ada taranya bagi alam semesta.Di dalamnya terkumpul wahyu Illahi yang menjadi petunjuk,pedoman dan pengajaran bagi sesiapa yang mempercayai serta mengamalkannya.

Al-Quran adalah kitab Allah yang di turunkan selepas penurunan kitab Taurah kepada Nabi Musa Alaihissalam,Zabur kepada Nabi Daud Alaihissalam dan Injil kepada Nabi Isa Alaihissalam.

Isi yang terdapat dari kitab Al-Quran mencakupi seluruh perlembagaan dan pokok-pokok Syariat yang terdapat dari kitab-kitab yang terdahulu.
Setiap orang mempercayai Al-Quran akan bertambah cinta kepadanya,rindu untuk membaca,mempelajari,memahami,beramal,mengajarkannya sehingga bertebaranlah rahmat dan maghfirah daripada Allah Yang Esa ke seluruh ceruk rantau dan benua.

No comments:

Post a Comment