Monday, May 25, 2009

Mahasiswa



Mahasiswa adalah golongan yang menuntut ilmu pengetahuan tidak kira dalam jurusan apa sekalipun.Tetapi yang paling utama ingin melihat masyarakat mereka berada dalam suasana (biah) ilmu.Mereka yang bergelar mahasiswa adalah golongan yang penting kerana merekalah aset negara pada masa akan datang.

Perjuangan mesti diteruskan dengan kehadiran mahasiswa akan membawa kepada masyarakat lebih gemilang.Seluruh makhluk di dalam lautan dan di dataran sentiasa mendoakan kepada mereka yang menuntut ilmu dan Allah S.W.T akan memudahkan mereka jalan ke Syurga.

Selaku mahasiswa kita perlu menjaga kelakuan,peribadi,ilmu,pergaulan dan sebagainya.Kelakuan mereka yang bergelar mahasiswa mestilah berbeza daripada kelakuan mereka yang tidak bergelar mahasiswa lebih-lebih lagi mereka yang mengambil jurusan Islam.

Ada orang telah bertanya kenapa mereka yang tidak solat juga berjaya?dan kenapa orang yang menjaga solat dan peribadi mereka gagal mencapai kejayaan?Jawapan dari saya mudah sahaja.Kejayaan sebenarnya akan diberikan kepada sesiapa yang berusaha dan bekerja keras tidak kiralah dia itu menjaga solat atau tidak,cuma mahasiswa yang berjaya dan menjaga solat itu akan di berikan keberkatan dan faedah atas kejayaan yang di perolehi.

No comments:

Post a Comment