Saturday, October 17, 2009

Syawal kian berundur

Salam mahabbah kepada pengunjung yang setia membaca sebarang artikel yang ada.Belum terlambat saya mengucapkan selamat hari raya idulfitri kepada semua kenalan yang jauh & dekat.Bagi mereka yang berpuasa 6 hari pada Syawal ini saya ucapkan syabas.

Hadirin & hadirat yang di hormati sekelian,bersamalah kita berlumba-lumba dalam melakukan kebaikan.Jangan kita cuba tanamkan di dalam diri ini bertangguh dalam melakukannya,kerana kita tidak tahu bilakah ajal akan tiba.Adakah kita sedar bahawa malaikat Maut datang memantau kita 2 kali sehari?adakah kita sedar bahawa di kiri & kanan kita ada malaikat Raqib dan Atiq yang begitu setia memerhatikan kerja buat kita seharian.

Mudah-mudahan,banyak kebaikan yang telah lakukan diterima olehNya namun kita sebenarnya tidak pasti amalan manakah yang diredai Allah Taala.

Marilah bersama kita menadah tangan,memohon kepada Illahi agar di tetapkan iman dan jangan kita menangguhkan kerja buat kita seperti nak mengerjakan haji nanti selepas pencen,membuat ibadah ketika umur tua,bersedekah dan sebagainya.Kerana apa sahabat & sahabiah sekelian?
kerana jika sudah tua amalan pun berkurang kerana tidak larat,kalaupun larat tidak semampu seperti ketika kita di usia muda.Allah Taala suka kepada orang tua yang beribadat,tetapi Allah lebih suka remaja bersegera berbuat ibadat.

Mati begitu juga halnya,ia tidak mengenal usia tua ataupun muda,kecil atau besar,perdana menteri ataupun buruh,semua akan kembali kepadaNya.
Tunggulah ketibaannya.....semua makhluk tidak terkecuali.