Setiap orang mukmin yakin bahawa membaca Al-Quran sahaja,sudah termasuk amal yang sangat mulia dan akan mendapat pahala yang berlipat ganda kerana apa yang dibacanya adalah kitab Suci Al-Quran.Al-Quran adalah sebaik-baik bacaan bagi orang mukmin,baik di kala senang ataupun di kala susah,di kala gembira atau di kala sedih.Malahan membaca Al-Quran bukan sahaja menjadi amalan dan ibadah,tetapi menjadi ubat dan penawar bagi mereka yang gelisah jiwanya.
Pada suatu ketika datanglah seseorang kepada sahabat Rasulallah yang bernama Ibnu Mas'ud R.A meminta nasihat,katanya:"wahai Ibnu Mas'ud berilah aku nasihat yang dapat dijadikan ubat untuk jiwaku yang sedang gelisah.Dalam beberapa hari ini aku merasa tidak tenteram,jiwaku gelisah,dan fikiranku kusut,makan tak enak,tidurpun tidak nyenyak.
Maka Ibnu Mas'ud menasihatinya katanya,kalau penyakit itu menimpamu maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat iaitu ke tempat orang membaca Al-Quran,engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya atau engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hati kepada Allah,atau engkau cari waktu dan tempat yang sunyi di sana engkau berkhalwat menyembah Allah,umpama di waktu malam yang buta di saat orang sedang tidur nyenyak engkau bangun mengerjakan solat malam meminta dan memohon kepada Allah ketenangan jiwa,ketenteraman fikiran dan kemurniaan hati,seandainya jiwamu belum juga terubat dengan cara ini,engkau minta kepda Allah agar diberiNya hati yang lain,sebab hati yang kamu pakai itu bukan lagi hatimu.
Setelah orang itu kembali ke rumahnya ,diamalkan nasihat Ibnu Mas'ud itu.Dia pergi mengambil wuduk kemudian di ambilnya Al-Quran terus dia baca dengan hati yang khusyuk.Setelah membaca Al-Quran berubah kembali jiwanya menjadi jiwa yang tenang dan tenteram,fikirannya jernih dan kegelisahannya hilang sama sekali.
No comments:
Post a Comment