Tuesday, December 22, 2009

hijrah....


Salam Maal Hijrah kepada semua kenalan.Hijrah diri adalah satu perkara yang sinonim kepada sesiapa yang ingin gemilang.
Perlu di dalam diri kita seiring dengan perkembangan semasa.Hijrah memerlukan suatu keazaman lantas bakal menjadikan diri kita lebih cemerlang daripada hari semalam.
Penghijrahan dalam diri amatlah penting.Nabi Muhamad dan Saidina Abu Bakar berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi mendaulatkan agama Islam yang tercinta di kala umat manusia masih buta dalam hati mereka.
Kita perlu berhijrah ataupun berubah daripada kegelapan kepada cahaya, kejahatan ke arah kebaikan,pecah belah kepada ukhuwwah,kemalasan kepada kerajinan.
Dari situlah akan bermulanya bibit kejayaan pada diri ,masyarakat,dan negara yang kita cintai.


Thursday, December 10, 2009

.......

Bagi masyarakat bukan Islam di barat melihat ia sebagai satu ritual walhal sebenarnya mengucup Hajarulaswad bukanlah ritual dan ia tidak ada kena mengena dengan syarat-syarat ibadat haji atau umrah.
Pertanyaan sebegini pernah dice­tuskan oleh Sayidina Umar al-Khattab. Beliau berkata, "Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatang­kan bahaya dan manfaat. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w. mengu­cupmu, nescaya aku tidak akan men­ciummu:' (Hadis No. 228 Kitab Sahih Muslim).




Adalah satu perbuatan tidak masuk akal jika mereka mengagung­agungkannya kerana ia hanyalah sebuah batu. Namun perlu difahami, umat Islam bertindak mencium dan mengusap batu itu bukanlah bertu­juan untuk menyembahnya. Semua itu adalah saksi ketaatan dan rasa tun­duk umat manusia terhadap perintah Allah s.w.t. menerusi ajaran dan sunah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu Abbas ra bahawa, "Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari kiamat. la da­pat melihat dan berkata-kata. la akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar. Sejarah awal mendedahkan secara kasar, batu itu pernah pecah pada Za­man Pertengahan menjadi lapan ke­pingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentime­ter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Orang pertama yang memasang lingkaran pita perak itu adalah se­orang ahli sejarah dari Mekah, Abdul­lah Zubair, selepas berlaku kebakaran pada Kaabah. Pemasangan itu dilaku­kan agar Hajarulaswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pada tahun 189 Hiirah. Khalifah Uthmaniah. Sultan Harun ar-Rasyid telah melakukan um­rah di Mekah. Baginda memerintahkan seoranq pengukir perak terkenal ketika itu, Ibnu at-Tahnan, untuk menyem purnakan lingkaran perak di sekeliling Hajarulaswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Kenapa batu itu begitu istimewa di kalangan umat Islam? Tidak lain ke­rana batu Hajarulaswad diriwayatkan permata yang berasal dari syurga dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. la kemudian diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk diletakkan di salah satu sudut Kaabah. Lokasinya kini terletak di sudut timur Kaabah pada ketinggian 1.5 meter dari lantai Masji­dilharam. Hajarulaswad menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.

Mengagumkan, warna asalnya dikatakan lebih putih daripada susu. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Ab­dullah, dahulu batu itu bukan saja ber­warna putih, tetapi juga memancarkan cahaya berkilau yang menyinari dari timur hingga ke barat. Sekiranya Allah tidak memadamkan kilauan itu, tidak seorang pun manusia yang sanggup memandangnya.

Soalnya, kenapa batu itu berubah warna menjadi hitam? Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dosa-dosa anak cucu Nabi Adamlah yang menjadikannya sebe­gitu rupa:'Sejak itu, batu ini dinamakan Hajarulaswad yang membawa maksud batu hitam.

Bagaimanapun, saintis Barat sukar mempercayai hal ini, malah terus mem­pertikaikan asal-usul batuan itu. Lalu, ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajaru­laswad dari syurga sememangnya adalah benar.


Lapan gugusan batu hitam ini disahkan oleh saintis barat sebagi batuan tertua dan tidak menyerupai mana-mana batuan di bumi ini.


An-Najjar meyakinkan dunia Is­lam bahawa kajian itu tidak akan me­rosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah.Tiba di sana, penye­lidik itu mengambil dua sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudian dihantar ke makmal un­tuk diuji kaji. Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Haja­rulaswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus mele­takkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah satu perbuatan doqmatik semata­mata, tetapi ia adalah perlakuan logis yang tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi. Justeru, kalau ada peluang, kucuplah kerana Siti Aisyah ra meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Nikmatilah (pe­ganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). la berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat:'

Sumber:majalah infiniti

Saturday, December 5, 2009

Nantikan Kemunculannya.....

Tak sangka, ia akan pergi sehingga ke tahap ini jika ianya menjadi realiti! Ini secara langsung

menunjukkan bahawa berita harian ini menjadi tumpuan oleh masyarakat negara yang lain
selain turut diberi liputan luas di negara ini. Bahkan, ia juga menunjukkan bahawa isu semasa ini amat menarik untuk diperhalusi akan kebenarannya yang sebenar! Penangan dan liputan meluas mengenai pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4 sebelum ini, menyebabkan TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.

Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati.

Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

P/S : Politik itu memang satu drama – Semua nama dan lakonan adalah rekaan semata mata dan mungkin secara kebetulan, tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati – jangan lupa ayat itu dihujung setiap drama yang beretika.

Anda mungkin juga meminati DRAMA BERSIRI INI Hurm!!!!!