Sunday, June 14, 2009
Membaca Al-Quran Sampai Khatam
Bagi seorang mukmin,membaca Al-Quran telah menjadi rutin hariannya,dan telah menjadi kecintaan pada hatinya.Pada waktu membaca Al-Quran,dia merasa seolah-olah jiwanya menghadap ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa,menerima amanah dan hikmat suci,memohon limpah kurnianya,rahmat dan pertolongan daripadaNya.
Membaca Al-Quran telah menjadi wiridnya yang tertentu,baik siang ataupun malam.Dibacanya helaian demi helaian,halaman demi halaman,surah demi surah,akhirnya sampai (khatam)tamat.
Tidak ada kegembiraan di dalam hati seorang mukmin melainkan dia dapat membaca Al-Quran itu sampai tamat.Bila sudah khatam itulah puncak kegembiraan hatinya.
Di dalam kitab Ihya'Ulumuddin,Imam Ghazali mencatat beberapa hadis,dan riwayat mengenai membaca Al-Quran sampai tamat.
Digambarkan bagaiman para sahabat Nabi S.A.W dengan keimanan dan keikhlasan hati berlumba-lumba membaca Al-Quran sampai khatam.Ada yang katab dalam sehari semalam sahaja bahkan ada sahabat yang dapat mengkhatamkan bacaannya dua kali dalam sehari dan sebagainya.
Di dalam sebuah hadis yang sahih,Rasulullah telah menyuruh Abdullah Bin Umar,supaya menghabiskan bacaan Al-Quran sekali dalam seminggu.Begitulah juga Saidina Usman,Zaid Bin Thabit,Ibnu Mas'ud dan Ubai bin Kaab,telah mengkhatamkan Al-Quran setiap hari Jumaat.
Adapun mereka- mereka yang mulai mengkhatamkan Al-quran sekali dalam seminggu,Al-Quran itu di bagi tujuh,mengikut pembahagian yang telah mereka atur.Saidina Usman Bin Affan telah memulakan bacaan pada malam jumaat,memulai membaca dari surah Al Baqarah sampai kepada surah Al Maidah,malam Sabtu dari surah Al An'am sehingga surah Hud,malam Ahad dari surah yusuf sampai ke surah Maryam,malam Isnin pula dari surah Thaha sampai surah طسم,malam selasa dari surah Al Ankabut sampai kepada surah Shaad,malam Rabu dari surah Tanzil sehingga surah Al Rahman,dan mengkhatamkan bacaannya pada malam Khamis.
Berlainan pula dengan Ibnu Mas'ud, beliau membahagikan bacaannya seperti berikut:
Hari yang pertama 3 surah,hari kedua 5 surah,hari ketiga 7 surah,hari keempat 9 surah,hari yang kelima 11 surah,hari keenam13 surah,dan hari yang ke tujuh, adalah surah yang selebihnya sehingga khatam.
Dan ada juga dikalangan para sahabat yang membaca Al-Quran sampai khatam dalam tempoh sebulan,untuk memperdalamkan penyelidikannya mengenai maksud yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment