Kepentingan Masa |
Masa amat penting untuk semua makhluk di dunia ini. Di dalam al Quran banyak ayat yang menyentuh tentang pentingnya mengurus masa. Salah satu ayat al Quran yang menyentuh kepentingan masa adalah seperti berikut. Maksudnya:
"Demi masa.Sesungguhnya manusia itu berada di dalam kerugian. Kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran".
Pembahagian Masa |
Pembahagian masa kepada semua manusia adalah sama banyak. Setiap orang akan menerima masa yang sama dalam sehari iaitu 24 jam. Penggunaan masa dalam sehari, seminggu,sebulan dan seterusnya akan memberi faedah hanya kepada merka yang pandai mengurus masa.
Dalam hal ini Rasullulah s.a.w berpesan:Rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara:
Masa hidup sebelum mati
Masa sihat sebelum sakit
Masa muda sebelum tua
Masa kaya sebelum miskin
Masa senang sebelum susah
Peringatan ini kepada semua pihak terutamanya kepada mereka yang akan menempuh alam peperiksaan.Persediaan masa belajar diperingkat awal akan memudahkan pelajar menghadapi persediaan peperiksaan pada peringkat akhir.Jika penggunaan masa dapat diatur dengan bijak sudah pasti akan membawa kejayaan yang cemerlang.
Faktor-Faktor Pengurusan masa. |
Sebelum dapat mengurus masa dengan bijak, terdapat beberapa perkara atau faktor yang boleh menyebabkan seseorang kehilangan masa dengan cara tidak berfaedah. Misalnya:
keluarga
rakan-rakan
aktiviti yang tidak berfaedah
pengaruh media massa
sikap
Cara mengurus masa |
Terdapat beberapa kaedah mengurus masa agar tidak terbuang begitu saja. Misalnya:
Senaraikan semua aktiviti yang dijalankan dalam satu hari.
Susun atur aktiviti berdasarkan kepentingannya.
Elakan menyenarai aktiviti yang tidak berfaedah.
Agihkan masa dalam sehari untuk setiap aktiviti.
Buat satu jadual untuk aktiviti anda dengan masa yang diperuntukkan.
Disiplinkan diri melakukan semua aktiviti yang telah anda tetapkan.
Jika berjaya dalam sehari,cuba buat jadual aktiviti dalam masa seminggu.
Jika amalan di atas dapat dilakukan dengan teratur dan berdisiplin,sudah pasti kita dapat menggunakan masa dengan baik.
No comments:
Post a Comment