Wednesday, June 24, 2009

Mati satu kemestian.


Salam perjuangan buat sahabat,sahabiah yang dikenali ataupun tidak,mudah-mudahan pertemuan kita di alam cyber ini memberi suatu kebaikan dan manfaat.

Pada pagi Rejab ini,marilah sama-sama kita merenung sejenak tentang umur kita yang semakin hari semakin dekat dengan kematian.

Pertukaran hari yang bersilih ganti menandakan diri semakin dimamah usia.Dari kanak-kanak menjadi dewasa,dari dewasa menjadi orang tua,dan yang tua akan mati.Namun sahabat dan sahabiah sekelian,mati tidak mengenal tua ataupun muda.

Berapa ramai anak kecil yang sudah meninggal,walaupun usia mereka masih setahun jagung.
Di Palestin boleh kita kita jadikan contoh,berapa ramai yang sudah terkorban syahid dek angkara kafir durjana!

Kalau di Malaysia,berapa ramai yang sudah meninggal dunia akibat dibuang oleh si ibu yang berdosa.Sudahlah berzina adalah satu dosa besar,ditambah pula dosa membuang bayi tak berdosa sehingga ada yang mati di dalam longkang,tong sampah,sungai dan sebagainya. Ke mana perginya si jantan yang sanggup berkelakuan seperti binatang .Ghaib (hilang) tanpa khabar berita,adakah penzina itu sudah mati?pergi meninggalkan si betina yang terkial-kial akibat maksiat yang telah dilakukan bersama.

Oleh itu marilah kita bersama meninggalkan maksiat yang telak kita lakukan samaada yang kita sedari ataupun tidak.Nabi Muhamad S.A.W walaupun baginda seorang yang maksum namun bagin beristigfar lebih 70 kali setiap hari.Inikan kita manusia biasa, yang senantiasa terdedah melakukan maksiat.


Ingatlah wahai diri dan sahabatku,setiap hari malaikat Izrail datang melihat perbuatan kita.Jika kita melakukan kebaikan alhamdulillah tetapi jika sebaliknya bagaimana? Dan alangkah peliknya manusia itu, masih boleh bergelak ketawa berlebihan,berseronok melampau batas seolah-olah mereka akan hidup lama lagi di dunia yang sementara ini.

Dunia ini ibarat tempat persinggahan seorang musafir ketika hujan ,apabila hujan tersebut reda,musafir itu kembali meneruskan perjalanan.

Pintu taubat masih terbuka kepada sesiapapun asalkan sebelum nyawa sampai ke halkum.Dan sekiranya nyawa sudah di kerongkongan sia-sialah segala taubat kita ,seperti si Firaun yang ingin bertaubat, namun taubatnya tidak di terima Tuhan .

No comments:

Post a Comment