Friday, July 17, 2009

Syukur....


Syukur saya ucapkan kepada Allah Taala yang telah memberi peluang kepada saya untuk berada di bumi Anbia' yang penuh barakah ini.Pada asalnya saya sebenarnya tidak bercita-cita menyambung pelajaran ke Mesir,setelah tamat diploma di Akademi Pengajian Islam Dan Dakwah Sri Manjung,Perak.

Pada mulanya hati ini ingin terus bekerja sebagai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia(KAGAT).Peluang tersebut terpaksa saya ketepikan dahulu.Alhamdulillah saya dapat menyambung pelajaran ke Bumi Anbia' ini.

Dengan berbekalkan wang kutipan yang saya kutip dan sumbangan daripada orang ramai,pak cik,mak cik,sepupu sepapat akhirnya saya dapat mengumpulkan sejumlah wang yang ingin dibuat pembelanjaan semasa pengajian.

Alhamdulillah,saya akan ke mesir.Pada awal fikiran saya, tergambar bahawa Mesir ini sebuah kawasan yang berpasir,bergunung ganang,di kelilingi pokok kurma,unta yang banyak,dan sebagainya seperti pemandangan yang dilihat di dalam (Jejak Rasul) dalam bulan Ramadhan yang lepas.

Setelah berlepas dari lapangan terbang( KLIA) diiringi dengan linangan air mata ma,ayah,kakak dan adik, maka saya pun berlepas menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Saya dan sahabat daripada (APID)seramai 10 orang tiba di lapangan terbang EGYPT dengan menaiki kapal terbang MAS yang pada ketika itu masih beroperasi .Namun selepas beberapa tahun kemudian ia di berhentikan perkhidmatannya,wallahua'lam apa sebabnya.

Walaupun bumi mesir sebenarnya bumi yang sarat dengan bangunan dan penduduknya dan boleh dikatakan maju juga dengan teknologi telefonnya.

Sahabat,kawan-kawan yang dihormati sekelian,marilah bersama kita gunakan sepenuhnya masa yang ada (fursah zahabiah) di bumi Mesir ini.Antara perkara yang perlu kita ambil ialah ilmu dari para masyaikh(tok guru),peluang berbahasa arab,meniru sikap orang mesir yang suka membaca Al-Quran,solat berjemaah,berzikir,budaya memberi salam,zakat,sikap bersungguh-sungguh dalam bekerja,berani,tidak berdendam dan perkara yang paling penting juga ialah peluang kita belajar di Universiti Al-Azhar yang terkenal diseluruh dunia.

Universiti Al-Azhar inilah universiti yang terulung di dunia.Universiti inilah yang sangat menggerunkan orang kafir,kerana telah banyak melahirkan ulama dan mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah Taala.Mereka telah cuba sedaya upaya ingin melenyapkan agama islam salah satu caranya ialah dengan menghapuskan Al-Azhar sedikit demi sedikit.

Semoga celoteh ini dapat memberi kesedaran kepada kita daripada terus terlena dibuai mimpi.



No comments:

Post a Comment