Saturday, July 4, 2009

Beramal

Beramallah kita semua sebelum tibanya hari perhitungan yang mana manusia masing-masing bertanggungjawab di atas setiap perbuatan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia.Beramallah dengan apa yang kita dengar,pelajari di kuliah dan sebagainya.

Beramal dengan satu saja ilmu yang kita ketahui kebenarannya adalah lebih baik daripada kita tahu semua ilmu tetapi mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian kita.Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu ilmu yang diketahuinya,Allah Yang Maha Kuasa akan menganugerahkan kepadanya ilmu yang yang lain pula.Subhanallah!

Beramallah dengan istiqomah sesuatu kebaikan walaupun sedikit.Bak kata pepatah melayu,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Kebaikan yang sedikit tetapi dilakukan secara berterusan lebih disukai Allah Taala daripada membuat kebajikan yang banyak tetapi tidak (istimrar) berterusan.

Beramal ada bermacam-macam cara.Ada dengan mendengar bacaan Al-Quran,membaca Al-Quran,berzikir,bersedekah,bersolat malam dan sebagainya.

Amalan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini akan memperolehi rahmat dan magfirah daripada Allah,disamping banyak lain kemanfaatan yang bakal diperolehi oleh kita samada ketika di dunia dan akhirat.

Beramallah kita dengan apa cara sekalipun dan berbuatlah kebaikan dengan apa jua jalan sekalipun.Sementara mulut masih boleh berkata-kata,kaki boleh melangkah ke sana sini,mata boleh melihat keindahan dunia,jantung masih boleh berdegup kencang.

Ingatlah sahabat sahabiahku,kita dikawal oleh 2 pengawal yang sentiasa peka dan cekap untuk mencatat apa jua yang kita lakukan,tidak pernah terlelap walaupun sekejap cuma.Masa masih ada,peluang masih tersedia dan pintu taubat masih menunggu kehadiran para pendosa.

Ayuh bersama,kita tinggalkan segala kelompongan dan noda,bersama menuju mardotillah.Allah Yang Maha Mengasihani sekali-kali tidak tidak mensia-siakan amalan kita .

No comments:

Post a Comment