Sunday, July 12, 2009

(PmP=Perkhemahan Musim Panas).

Alhamdulillah setelah 3 hari 2 malam saya bersama kawan-kawan mengikuti program (PMP 09)perkemahan musim panas di Mukhayyam Daim Hayyu, Sadis.Kami telah bertolak dari Tanta pada pagi Rabu yang lalu.Program itu telah dirasmikan oleh Presiden Pmram,al-fadhil ust Muiz.

Banyak yang dapat dikutip selama kami berada di sana antaranya ialah mengeratkan silaturrahim sesama cucu Tok Din Tantawi, samada yang lama mahupun yang baru.Disamping bertaaruf,kami juga dapat merehatkan jiwa dan minda setelah hampir sebulan memerah otak masuk ke dewan peperiksaan.

Walaupun program yang dianjurkan berbentuk santai dan suasana ukhuwwah sesama mahasiswa pengajian islam dan perubatan,namun pihak Dewan Mahasiswa Tanta tidak lupa untuk mengadakan program ilmiah untuk ahli.Diantaranya ialah diskusi kitab(Ikhtilaf Fikhiyyah)oleh Ust.Syed Abdul Kadir.

Banyak juga agenda yang telah dilaksanakan diantaranya kuiz,debat,explorer,permainan bola sepak,bakar ayam dan sebagainya.Paling tidak boleh saya lupakan ialah saya bersama 3 ketua kumpulan yang lain dilantik menjadi ahli penal forum pada malam yang terakhir.Masing-masing mengeluarkan hujjah berkisarkan tajuk (Ukhuwwah).Alhamdulillah, walaupun masa yang diberikan untuk persiapan berforum setengah jam saja namun kami berjaya berforum pada malam itu.

Selepas forum masing -masing bergegas ke tempat membakar ayam.Bakar pun sudah,masak pun sudah, tibalah giliran kami semua untuk menyantap makanan yang tersedia.Paling menarik ada diantara kami membuat persembahan. Yang menarik perhatian ialah dikir barat gabungan daripada rakan-rakan Kelantan,Kedah,Pahang dan Selangor.

Program selama 3hari 2 malam ini berakhir dengan upacara majlis penutupan oleh Bp Pmram,al-fadhil ustaz Azdlan B. Mokhtaruddin diiringi ust Azlan.Seterusnya penyampaian hadiah dan alhamdulillah kumpulan kami (Al-Quddus) mendapat kumpulan terbaik.

No comments:

Post a Comment