Friday, February 5, 2010

Mesir Oh Mesir...

Suasana di dalam bangunan Kuliah Syariah,Universiti Al-Azhar, Tanta.


Alhamdulillah selaut syukur kami panjatkan ke hadratMU YA ALLAH,yang memiliki tampuk pemerintahan langit & bumi, seluruh burung yang berterbangan di udara dan ikan yang berenang di lautan,pencipta seluruh manusia yang beriman & kufur.

Firman ALLAH TAALA:

(La in syakartum La azidannakum) Sekiranya kamu bersyukur ke atas nikmatku,pasti Aku menambahkan nikmat kepadamu>.

Ucapan Alhamdulillah perlu sentiasa meniti di birai bibir kita kerana begitu banyaknya nikmat yang telah di anugerahkan,namun masih ramai yang tidak bersyukur kepadaNYA.

Firman ALLA TAALA:

(Wa in ta'uddu ni'matallahi la tuhsuha).
.

Alhamdulillah,alhamdulillah,alhamdulillah. Alhamd
ulillah,pada hari (Jumaat),kami sekeluarga bersama dengan 3 pasangan mutazawwijin (yang berkahwin) yang lain diantaranya ust Nahi,Ust Hafiz,ust Ahmad Hasyim menjadi musyrif kepada adik 2 Perubatan Cawangan Tanta(PCT) ke Madrod Kutub,Kaherah,Mesir.
Kami bertolak dari Madrod sekitar jam 8.30 pagi dari Tanta & sampai sekitar jam 10.30 pagi.

Firman ALLAH: (Alhamdulillahi Rabbil A'lamin,) .
.

Sampai 2 di perkarangan pameran& jualan buku itu,kelihatan ramai sungguh orang yang datang.Tengok punya tengok, MadRod masih belum dibuka.masing2 menunggu bilakah akan terbukanya pintu
pagar madrod ni.Ramailah akhwat yang pergi ke masjid. Kami mengambil kesempatan menziarah ust fairuz dan isteri. Alhamdulillah tidak lama selepas itu,pintu telah dibuka dan masing2 mencari,meninjau buku yng hendak di beli.



Bergambar bersama Haji Abu Hassan Morad,Pengarah Urusan Galeri Ilmu,gerai maktabah Darus Salam.

Madrd Kutub ini diadakan setahun sekali.Banyak jenis kitab yang dijual termasuklah kitab agama,perubatan,sains,matematik,sejarah dan sebagainya. Ia biasanya dikunjungi oleh orang ramai diseluruh pelusuk negara termasuk pelancong dari Malaysia.Bagi sesiapa yang belum bertandang silalah ke sana sementara pesta Buku ini masih dibuka.

Alhamdulillah pada jam 10.30 mala
m kami sampai dikampung halaman,Tanta. Ok,sekian saja buat kali ini. Illal liqa'.



Bersama anakanda Insyirah juga isteri(tak ade dalam foto).He,he,he.

No comments:

Post a Comment