Thursday, February 18, 2010

Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad


Kawan-kawan sekelian apa khabar?

Saya doakan semua dalam keadaan sihat & tenang selalu.


Bagi mahasiswa&mahasiswi pengajian islam,apakah perancangan antum di waktu cuti ini?adakah kita masih memegang kitab& buku sepertimana sewaktu menghadapi imtihan yang lalu?

Apakah kita masih membaca,murajaah,berbincang tentang pelajaran pada waktu ini?mudah-mudahan kita mengambil kembali semangat dan azam,sementara ianya belum hilang dari ingatan kita.

Masih ada lagi peluang untuk kita bersemangat dan bersungguh seperti di musim peperiksaan.Peluang itu perlu kita kutip dan simpan sebagai bekalan untuk kita sentiasa beristiqamah sentiasa insyaallah.

Ingatlah sabda Nabi Muhammad Sallalahualaihi wasaallam yang bermaksud:

"Dua nikmat yang sering dilupakan oleh manusia iaitu nikmat sihat dan masa lapang".

Bersamalah kita mengambil manfaat daripadanya.

No comments:

Post a Comment