Wednesday, February 3, 2010

Mesej bergambar



Ukhuwwah adalah suatu amalan yang murni.Ia harus diamalkan dalam kehidupan kita seharian,lebih2 lagi kepada mereka yang berdakwah.
Orang kafir sentiasa menabur duri dan sembilu ke dalam hati umat islam agar tidak bersatu & berpecah ,malahan orang melayu juga terkadang termakan hasutan iblis,lalu terjadilah perbalahan,dengki,dendam sesama.

Ukhuwwah adalah satu sunnah Nabi S.A.W

Nabi telah menyatukan golongan Aus& Kazraj,bangsa arab dan sebagainya.


Firman Allah Taala:

(Sesungguhnya mukmin itu bersaudara).




Kawan2ku,ukuwwah perlu dibina hatta dengan orang yang tidak kita kenali.Bagi mereka yang berada di Tanah Arab akan mendengar kebanyakan daripada penduduk di sana menghubungkan silaturrahim mereka dengan memberi salam.Amalan yang mulia yang perlu kita contohi dan mungkin boleh kita praktikkan di negara kita.

Ukhuwwah dapat kita eratkan dengan cara kita bergaul dengan kenalan di Universiti, Parti yang memperjuangkan islam (Pas),pejabat,warung kopi Pak Mat(gurau je),dan bagi mereka yang berada di Mesir bolehlah bersilaturrahim di dalam Pmram,Bkan & Dpm masing2.




Janganlah pula kita terlalu inginkan persahabatan & hubungan lantas menggunakan cara yang dangkal seperti berkawan dengan mereka yang berakhlak buruk,keluar dengan wanita sesuka hati tanpa menghiraukan halal&haram.Sekiranya mereka ingin berkasih-kasihan di antara satu sama lain tanpa ikatan yang sah,maka saya menasihatkan agar kahwinlah segera.Mudah-mudahan kita tidak terjebak ke kancah yang hina.

ALLAH TAALA berfirman: ( Wala taqrabuzzina,Innahu kana fahisyatawwa sa asabila).

Berukhuwwahlah kerana manfaatnya sungguh banyak sekali diantaranya memanjangkan umur,murah rezekinya,ramai kenalan dan dapat menyuburkan kasih sayang sesama insani.
Hubungan yang tak syarie haram hukumnya.

No comments:

Post a Comment