Saturday, September 26, 2009
Ramadhan Kareem.
Telah pergi bulan Ramadhan pada tahun ini.Mudah-mudahan kita berjumpa kembali dengan Ramadhan yang akan datang.Allahumma Balligna Ramadhan,amin.
Bagaimanakah ibadah kita selepas daripada bulan Ramadhan.Apa dah jadi dengan amalan soleh kita seperti sedekah,membaca Al-Quran,berzikir dan sebagainya.Adakah amalan yang telah kita lakukan hanya untuk bulan Ramadhan semata.
Sahabat dan sahabiah sekelian,jangan kita melakukan ibadah bermusim.Bila tibanya Ramadhan, beramai-ramai kita pergi ke masjid untuk melakukan kebajikan oleh kerana di bulan ini digandakan pahala yang sunat menjadi pahala yang wajib.Dengan adanya malam Al-Qodar kita pakat-pakat bangun berqiamullai untuk mendapatkannya.Bagaimanakah keadaan diri kita bila berada di 11 bulan yang lain?
Saya menyeru diri ini dan kenalan semua agar kita sentiasa berterusan dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Bulan Ramadhan telah berakhir,namun Tuhan kepada Ramadhan akan tetap hidup dan tidak akan mati.
Bersyukurlah kita telah berkesempatan menghabiskan Puasa di bulan Ramadhan pada tahun ini,dan bersamalah kita menadah tangan,semoga dosa kita yang telah lampau diampuni olehNya seperti bayi yang baru lahir ke dunia.Bersamalah kita memulakan sesi baru hidup kita dengan amalan kebaikan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment