Wednesday, September 30, 2009

Kisah dari KPT


6.20 malam – oleh kerana adik-adik baru kelihatan kepenatan setelah perjalanan jauh dari Malaysia,selepas mereka siap daripada minum ringan, abang2 lama dan juga USMB yang turut ke airport menjemput adik-adik untuk ke musolla yang berada di tingkat 2 bagi menunaikan solat maghrib berjamaah bersama-sama.

Adik2 menuruti jemputan abang2 lama tersebut,mungkin kerana sudah penat dapat juga mereka merehatkan dan menyegarkan badan bila sudah berwuduk nanti,tapi setelah mereka naik melepasi satu tingkat,kelihatan mereka kembali turun menuju ke bawah dan difahamkan bahawa pegawai mahu berbicara dengan adik2 baru tersebut di dalam galeri yang berada di halaman depan asrama Terengganu.



Pihak abang senior hanya khuatir yang pelajar-pelajar ini tidak sempat untuk menunaikan solat maghrib memandangkan waktu maghrib lebih kurang jam 7.10 malam. Kami menyuarakan pandangan kami kepada pembantu pegawai dan akhirnya kami tidak boleh berbuat apa2 dengan alasan itu hanyalah arahan pegawai.

Sepatutnya pada waktu itu terlebih afdhal untuk adik2 solat dahulu memandangkan waktu yang semakin semput...lagi pulak,kalau nak berbicara dengan adik2 atau memberi nasihat,apalah salahnya TUAN PEGAWAI turut sama naik ke musolla dan bolehla beri taklimat dan sebagainya nasihat kepada adik2 baru itu,namun segalanya dilihat semakin kusut dan berterabur.adik2 juga semakin pening dengan situasi yang berlaku.

Dan dalam kekalutan yang berlaku itu,terdengar satu saranan daripada seorang yang dikenali sebagai Iman Besar yang turut sama datang bersama rombongan adik2 baru dari Malaysia itu agar menjamakkan solat maghrib dan isyak....satu lagi kekeliruan yang dibuat kepada adik2...sebetulnya mengikut pendapat ahlul sunnah wal jamaah, apabila kita sudah sampai dan menetap ke tempat yang dituju,solat jamak tidak boleh lagi didirikan..entah pendapat manalah yang dibawa imam tersebut

Selepas solat isyak - semua senior2 Terengganu berkumpul di halaman asrama dan masing2 bengang dengan situasi yang berlaku...masing2 mempersoalkan beberapa soalan ini :

1) Mengapakah tugas menyambut adik2 baru pegawai tidak serahkannya kepada senior2 dan kepada orang2 yang tidak dikenali?

2) Kenapa turut melibatkan seorang ahli UMNO dari negeri Pahang yang tiada hubungkait langsung dengan adik2 baru?

3) Kenapa adik2 tidak ditempatkan di asrama Terengganu sedangkan disana terdapat banyak bilik yang kosong dan kurang penghuninya.

4) Kenapa warga (KPT)‘ warning’ agar tidak mengganggu adik2 baru yang alasannya mereka daripada tajaan yayasan?

5) Bukankah pelajar senior Terengganu ASLI dan bukan CELUP(hanya mengibar bendera Terengganu di Airport) juga mereka ada hak untuk bermesra dengan adik2 baru?

6) Dan pelbagai persoalan lagi yang boleh kawan2 tambahkan selepas ini..


Malam itu abang senior hanya sempat berjumpa dengan adik ketika menyambutnya di halaman asrama kemudian selepas itu,adik2 ditempatkan dan DIKUNCI ditempat2 yang BERASINGAN kononnya tidak mahu pelajar lama menghasut adik2..entah apalah yang warga KPT hendak hasut kepada adik2 ini,begitulah situasi yang berlaku pada hari pertama ketibaan adik2 pengajian Islam dan Perubatan tajaan yayasan Terengganu. Merekatelah dinafikan hak sebulat2nya untuk menjaga kebajikan dan memberi layanan bagi keselesaan adik2 baru.
Dalam masa yang sama juak2 Pegawai (ISMA,NAdi UMNO) tidak menjaga keperluan adik 2baru dan pegawai pengiring mereka!!!

Dan kejadian di malam itu juga,dua orang adik yang kehausan keluar untuk membeli air di sebuah kedai arab,oleh kerana tiada musyrif mereka telah ditipu oleh arab dan telah membeli air tersebut dengan harga LE20.00 yang biasanya harga air tersebut tidak lebih dari LE5.00. Perasaan kesian dan geram kepada pihak pengurusan makin membarah di hati senior2...kebajikan adik2 baru terabai dan juga keselamatan mereka entah ke mana.

Perhatian kepada pembaca,cuba kalian fikir siapakah dalang kepada semua ini???
Cuba fikir sejenak untuk kebaikan adik2 baru....adakah semua ini dari pegawai,ISMA,Nadi UMNO,ataupun siapa???


1 comment:

  1. salam..
    sy pernah mndgr pndpt yg mengatakan bhw dlm 3 hari yg pertama adlh dibolehkn utk jamak dan qasar solat.

    erm..bukankah senior2 t'ganu juga adlh antara org2 yg tidak dikenali oleh junior2 yg bru smpi..jadi tidaklah terlalu berbeza dgn senior2 yg bkn dri 't'ganu..bukankah begitu?

    bg sy, sekiranya kita benar2 berniat ikhlas utk menbantu dan menjaga kebajikan adik2 dgn erti kata lain saudara2 seIslam kita, maka tidaklah menjadi satu masalah yg besar sekiranya sesiapa shj dri kalangan umat Islam yg memberi bantuan pertolongan.

    memberi teguran dan nasihat adlh sgt2 digalakkn. ttpi hendaklah dilakukan dgn penuh keikhlasan dri hati dgn harapan kesilapan itu akn diperbaiki di masa hdpn. juga perlu dgn hikmah2nya serta tutur bahasa yg lembut dan bukanlah dgn memerli atau bhsa yg kurg baik didengari.

    sy bukanlah sesiapa yg hebat utk didengari pendapat. hanya mgharapkn rahmatNya bg mengetuk pintu2 hati ini juga kita semua.

    semoga entri dan komen ini memberi manfaat kepada semua dan tidak memperbesarkan dan tidak membawa kpd perpecahan dan perbalahan. InshaAllah. baarakallahulakum..wallahualam. :)

    ReplyDelete