Sunday, September 13, 2009

Bersedekah di bulan Ramadhan.


Sedekah adalah sebagai satu ibadat yang dapat meningkatkan pahala kita.Sedekah di bulan yang penuh barakah ini adalah perkara yang sangat dituntut oleh Islam dan setiap amalan sunat dikira pahala amalan wajib.

Berbagai-bagai cara kita bersedekah iaitulah dengan membantu kepentingan jihad (wang,makanan,senjata),membina institusi pengajian,menyelesaikan masalah orang lain,memberikan sejumlah wang kepada yang memerlukan,menginfak diri dalam perjuangan islam.Tetapi ramai dari kalangan kita lupa untuk bersedekah kepada anggota tubuh kita.Mengapa saya kata begitu?jawapannya ialah sendi-sendi di dalam tubuh kita memerlukan makanan(hak) masing-masing.Hak ini akan tertunai dengan cara kita mendirikan solat dhuha.

Sedekah dapat menggandakan lagi harta kita jika kita benar-benar ikhlas menyedekahkan amat sebahagian harta kita kepada mereka yang tidak berkemampuan.Tambahanpula,kita yang sudah berada di bumi Mesir.Peluang untuk kita bersedekah terbentang luas.Cuma bergantung kepada diri dan kadar kemampuan masing-masing.

Firman Allah Subhanahu Wataala yang bermaksud:

( "Perumpamaan nafkah yang dikeluarkan oleh orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebiji benih,yang menumbuhkan tujuh tangkai dan tiap-tiap tangkai seratus biji.Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi sesiapa yang Dia kehendaki.Dan Allah Maha luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui" .
(Al-Baqarah :261).

" Dari Ibnu Abbas R.A berkata bahawa Nabi S.A.W adalah manusia yang paling dermawan dalam hal kebaikan dan kemuncak sifat dermawan Baginda itu ditunjukkan pada bulan Ramadhan ". (Imam Bukhari).

Mudah-mudahan sedekah ataupun ibadah yang lain bukan khusus pada bulan Ramadhan dan jangan kita menjadi (Ramadhaniyiin) beribadah hanya di bulan Ramadhan sahaja,selesai bulan Ramadhan, lesap entah ke mana.

No comments:

Post a Comment