Sunday, March 15, 2009

sebuah episod perjuangan

Salam perjuangan buat semua,

kewujudan Pmram semenjak dahulu lagi sememangnya lebih banyak menjurus untuk memastikan kebajikan ahli dari pelbagai sudut.Kewujudannya tidak dapat disangkal oleh sesiapa pun lebih-lebih lagi PMRAM mempunyai hubungan yang erat dengan Kementerian Kemasyarakatan Mesir selaku NGO di Mesir.Melalui persatuan ahli akan mendapat ilmu yang tidak diperolehi di dewan kuliah.Dengan kita menyertai persatuan PMRAM ini sedikit sebanyak dapat melatih diri kita berhadapan dengan masyarakat.Bagaimana kita hendak berucap di khalayak ramai,menyusun program,mendidik,dan sebagainya.

Sahabat,sahabiah,doktor,doktorah sekelian,

Kita ambillah segala apa yang telah disediakan oleh PMRAM untuk memantapkan lagi diri kita,meningkatkan prestasi diri yang terpendam bakat yang ada dibiarkan begitu saja.Masa yang ada kat mesir ini tak lama.Oleh itu gunalah masa yang di sediakan oleh Allah ke tempat yang berfaedah bagi diri kita.

Ana menyeru kepada diri ini dan kita semua agar dapat berubah mulai dari saat ini,bila lagi kita nak tunggu kalau bukan sekarang,siapa lagi kalu bukan kita,dan dimana lagi kalau bukan disini.

No comments:

Post a Comment