Salam perjuangan.Sahabat sahabiah yang dikasihi oleh ALLAH TAALA sekelian.Sedar atau tidak, kita dah memasuki bulan yang mulia iaitu bulan kelahiran Junjungan mulia.Rabiul Awwal adalah bulan yang mana telah dilahirkan Nabi Muhamad,penghulu segala umat.12rabiul Awwal adalah detik yang paling bersejarah dalam diari umat islam yang membebaskan manusia dari belenggu jahiliyyah,penindasan,penghambaan,kefasadan yang melanggar etika umat manusia,dan sebagainya.Pada tahun ini 12 Rabiul Awwal 1430 bersamaan 9 mac 2009,mengingatkan kita kembali kepda junjungan mulia yang sentiasa mengingati umatnya sehinggalah nyawa dihalkum baginda masih lagi menyebut umatnya,ummati,ummati.Bagaimanakah diri kita pada hari ini?adakah kita sentiasa ingat kepada Baginda?mampukah kita menemui Baginda kelak di telaga Kauthar dengan membawa segala amalan bakti kita didunia ini?adakah betul2 berkualiti amalan yang kita lakukan ?tepuk dada tanyalah iman masing2.Berselawatlah kita sebanyak mungkin bersemperna hari kelahiran Rasul yang teragung ini.Semoga kebaikan yang dilakukan ini dapat menutup segala kesalahan dan kecuaian yang telah kita lakukan pada hari sebelumnya.Ingatlah sahabat dan sahabiah sekelian selagi nyawa kita masih belum sampai ke halkum,bersamalah memperbaiki segalanya sekadar kemampuan yang ada pada diri masing2.
No comments:
Post a Comment