Nabi Muhamad S.A.W telah menempuh 2 perjalanan penting dalam hidup Baginda.Selanjutnya menempuh 2 peristiwa besar yang penuh makna bagi seluruh umat manusia Islam.Iaitulah perjalanan Isra'dan Mikraj ke Sidratul Muntaha dan hijrah Rasulullah Nabi Muhamad ke Madinah. Di antara 2 perjalanan bersejarah itu,Saiditina umar memilih peristiwa hijrah sebagai permulaan kalendar tahun baru islam.Tentunya ada hikmah besar dalam pandangan jauh di sebalik ijtihad sahabat utama Nabi muhamad ini.
Dalam menyebut soal hijrah ini,kita perlulah meneliti diri kita sendiri,apakah hijrah yang telah kita lakukan?terutama diri ana ini.Sempena dengan kehadiran bulan Rabiul Awal yang mulia ini marilah kita merubah diri masing-masing.Dari baik kepada yang lebih baik,cemerlang kepada yang paling cemerlang,dari sikap yang suka bertangguh melakukankan amal soleh kepada berlumba-lumba berbuat amal kebajikan.Kita jangan menangguh perbuatan yang baik ini kerana masa itu itu tidak akan berulang lagi untuk kali yang ke 2.
Hijrah Nabi Muhamad S.A.W ke Madinah membina Empayar Islam yang teragung boleh kita ambil iktibar dan muhasabah kepada diri kita.Baginda melakukan perubahan ke atas masyarakat ketika itu dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya kegemilangan umat islam.
C
Sahabat dan sahabiah sekelian, marilah bersama melakukan perubahan pada diri masing-masing.Bersama-sama kita berhijrah,meninggalkan segala kecacatan ,kemunduran ,kemalasan yang ada,disamping itu juga jangan lupa pergantungan diri kepada ALLAH.
No comments:
Post a Comment