Saturday, August 22, 2009

Puisi Bait Muslim


Bait Muslim Tanta menjadi idaman,
Buat akhawat dan ikhwah yang kesunyian,
Dengan menjaga adab dan sopan ,
Terjalinlah ikatan yang dibenarkan Tuhan,
Berdasarkan borang yang diberikan

Bait muslim saya yang ditaklifkan,
Tugas pengarah bukan sebarangan,
Perlu ada sambutan dan sokongan ,
Barulah cemerlang masa hadapan

Bait Muslim ada beberapa perancangan,
Pasangan yang hendak berkahwin perlu teruskan,
Jangan tunggu jika ada kesanggupan,
Diredhai Allah bersemperna Ramadhan,
Jangan malu,jangan segan,
Semua insan hidup berpasangan.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Dan Kelebihannya.


Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

( Keistimewaan Bulan Ramadhan ):

>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat.

Wednesday, August 19, 2009

Sikap Si Laknat Israel!!!!


KEADAAN jenazah Bilal Achmed Ghanan, 19, yang didakwa dilapah tentera Israel untuk dijual di AS.


BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.

Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.

Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.

Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).

Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.

Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.

"Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah.

Tuesday, August 18, 2009

Sunday, August 16, 2009

Syukur Selamanya...


Syukurku panjatkan kepadaMu Ya Allah kerana telah memberikan banyak nikmat dan rahmat kepadaku sekeluarga.Sebenarnya jika diri ini menghitung segala kurniaan yang Dikau telah anugerahkan nescaya tidak mampu kami mengiranya.Terlalu banyak dan terlalu melaut kurniaan kepada kami.

Namun Ya Tuhanku, adakah daku bersyukur diatas segala nikmatMu?Ya Allah jangan jadikan kami ini golongan yang tidak bersyukur dan melupai akan diriMu.

Ya Allah,kami selalu berterima kasih kepada mereka yang memberikan kami hadiah dan cenderahati kepada kami,tetapi jarang sekali kami bersyukur kepadaMu Tuan Pemilik seluruh diri dan nyawa ini.

Ya Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia,adakah kami bersyukur diberikan akal yang membezakan insan dan haiwan.Sedangkan mereka yang tidak berakal seperti belalang,ikan,kambing sentiasa bertasbih,berzikir memujiMu tetapi kami senantiasa melupai diriMu.

Firman Illahi yang bermaksud:

(" Sekiranya kamu bersyukur,pasti(ta'kid)Aku tambah nikmat kepadamu,sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur)sesungguhnya azabKu adalah amat pedih ").

Thursday, August 13, 2009

H1N1,dan Doa.



Di antara bacaan yang baik dibaca agar dipelihara dari ditimpa bala bencana yang mendadak adalah dengan mengamalkan membaca doa di bawah ini sebanyak 3x di waktu pagi dan 3x di waktu petang.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Dalil:

عَنْ أَبَانَ بْنَ عُثْمَانَ رضي الله عنهما قَالَ: سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رضي الله عنه يَقُوْلُ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُوْلُ فِيْ صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ ، وَمَسَاءَ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْئٌ

فَكَانَ أَبَانُ رضي الله عنهما قَدْ أَصَابَ طَرْفٌ فَالِجٌ ، فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَنْظُرُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ لَهُ أَبَانُ رضي الله عنهما: مَا تَنْظُرُ؟ أَمَّا إِنَّ الْحَدِيْثَ كَمَا حَدَّثْتُكَ، وَلَكِنِّيْ لَمْ أَقُلْهُ يَوْمَئِذٍ لِيَمْضِيَ اللهُ عَلَيَّ قَدَرَهُ (رواه أحمد وأبو داود والترمذي والنسائي)

Ertinya : Dari Aban bin ‛Usman رضي الله عنهما, beliau berkata : Saya mendengar ‛Utsman bin ‛Affan رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Tidak ada dari seorang hamba yang mengucapkan do‛a ini pada waktu pagi dan petang setiap hari :

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

sebanyak tiga kali, nescaya tidak memudharatkannya sesuatu apapun.

Maka pada suatu hari Aban رضي الله عنهما telah ditimpa penyakit lumpuh (stroke), lalu seorang laki-laki memandang (curiga) kepada beliau, maka Aban رضي الله عنهما pun berkata kepadanya: Apa yang kau pandang? Adapun sesungguhnya hadits ini benar seperti apa yang aku riwayatkan kepadamu, akan tetapi pada suatu hari aku tidak membacanya, sehingga Allah pun menimpakan kepadaku ketentuanNya (qadar)“

Di dalam riwayat lain disebutkan, Aban رضي الله عنهما mengatakan; Demi Allah aku tidak mendustakan Utsman رضي الله عنه dan Utsman رضي الله عنه juga tidak mendustakan Rasululllah صلى الله عليه وآله وسلم , cuma pada hari aku ditimpa kelumpuhan ini, aku sedang marah dan aku lupa membacanya.

(Hadits riwayat Imam: Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan lain-lain)

Perhatian:

1. Perbanyakkan Istighfar
2. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi
3. Yakin dengan pertolongan Allah
4. Ikhlaskan diri ketika berdoa.

Hari Lahirku.

Assalamualaikum,salam ukhuwwah kepada semua yang membaca coretan saya pada kali ini.Lama sudah tidak menulis,rasa rindu tersebut terubat kembali,alhamdulillah.
Esok tanggal 14.08.2009,genaplah diri ini 27 tahun.Selama 27 tahun saya telah menikmati kehidupan ini ,namun apakah yang telah saya lakukan?adakah pernah saya mensyukuri atas segala nikmat yang Dikau anugerahkan?apakah sumbangan saya kepada Islam,adakah amalan kebaikan semakin bertambah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan?adakah kejahatan yang dilakukan semakin berkurangan?

Syukur kepada Illahi,kerana masih memanjangkan umurku.Namunku takuti jika umur ini berlalu dengan melakukan kejahatan,sedangkan Dikau Ya Allah selalu memerhatikanku.
Ya Allah,jangan Engkau membiarkan diri ini tanpa bimbingan dan pertolongan dariMu.

Ya Muqallibal Qulub,Thabbit Qalbi Ala Diniq Wa To Atiq.
Amin,amin Ya Rabbal Alamin...