Sunday, August 16, 2009
Syukur Selamanya...
Syukurku panjatkan kepadaMu Ya Allah kerana telah memberikan banyak nikmat dan rahmat kepadaku sekeluarga.Sebenarnya jika diri ini menghitung segala kurniaan yang Dikau telah anugerahkan nescaya tidak mampu kami mengiranya.Terlalu banyak dan terlalu melaut kurniaan kepada kami.
Namun Ya Tuhanku, adakah daku bersyukur diatas segala nikmatMu?Ya Allah jangan jadikan kami ini golongan yang tidak bersyukur dan melupai akan diriMu.
Ya Allah,kami selalu berterima kasih kepada mereka yang memberikan kami hadiah dan cenderahati kepada kami,tetapi jarang sekali kami bersyukur kepadaMu Tuan Pemilik seluruh diri dan nyawa ini.
Ya Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia,adakah kami bersyukur diberikan akal yang membezakan insan dan haiwan.Sedangkan mereka yang tidak berakal seperti belalang,ikan,kambing sentiasa bertasbih,berzikir memujiMu tetapi kami senantiasa melupai diriMu.
Firman Illahi yang bermaksud:
(" Sekiranya kamu bersyukur,pasti(ta'kid)Aku tambah nikmat kepadamu,sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur)sesungguhnya azabKu adalah amat pedih ").
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment