Assalamualaikum,salam ukhuwwah kepada semua yang membaca coretan saya pada kali ini.Lama sudah tidak menulis,rasa rindu tersebut terubat kembali,alhamdulillah.
Esok tanggal 14.08.2009,genaplah diri ini 27 tahun.Selama 27 tahun saya telah menikmati kehidupan ini ,namun apakah yang telah saya lakukan?adakah pernah saya mensyukuri atas segala nikmat yang Dikau anugerahkan?apakah sumbangan saya kepada Islam,adakah amalan kebaikan semakin bertambah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan?adakah kejahatan yang dilakukan semakin berkurangan?
Syukur kepada Illahi,kerana masih memanjangkan umurku.Namunku takuti jika umur ini berlalu dengan melakukan kejahatan,sedangkan Dikau Ya Allah selalu memerhatikanku.
Ya Allah,jangan Engkau membiarkan diri ini tanpa bimbingan dan pertolongan dariMu.
Ya Muqallibal Qulub,Thabbit Qalbi Ala Diniq Wa To Atiq.
Amin,amin Ya Rabbal Alamin...
~Selamat Hari Lahir~
ReplyDeleteSemoga bertambahnya usia bertambah jua kematangan, ilmu dan pengalaman.
Semoga ana enta kita semua mendapat keberkatan dalam kehidupan seterusnya menjadi mukmin cemerlang pilihan Allah Ta`ala..amin ya rabb.
Terima kasih,semoga kita bersama menjadi mukmin yang cemerlang.
ReplyDelete