Nak minta maaf secara terbuka kepada mahasiswa? sori lee.. getik akuu.. Tak kesioorr akuu.. (loghat Perak)
Saya terfikir, agaknya mungkin inilah yang dikatakan oleh Khairi di dalam hati beliau. Sehingga ke hari ini, masih lagi enggan meminta maaf setelah terang-terang memfitnah Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta.
Di dalam blog atasependidikan, beliau menjelaskan isu lain, yang tiada sebarang "tanda" menunjukkan dia itu bersalah. Bila dah fitnah orang, buat sardin saja. Sedih. Bukan susah nak minta maaf. Tapi, ia begitu liat bagi orang yang ego dan takbur. Antara kalamnya di blog tersebut ialah..
3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis..
Jelas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan seolah-olah bukan fitnah. Bila masa pulak Pengerusi DPMT mengaku sebagai pegawai Kedutaan sepertimana yang dikatakan oleh Khairi? (link)
Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu :Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta...
Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya?
Aih.. bila masa pulak.. Tiba-tiba je dia mengatakan demikian. Perasan!
Tapi ini bukan kali pertama, Prof Jamil pun mengamalkan rentak yang sama. Apabila menyekat Program Pembacaan Kutub Sittah, sehingga ke hari ini membisu, tidak mahu berdialog dengan mahasiswa.
Kenapa? Dari dulu lagi persoalan ini timbul. Kenapa tidak berani (atau pengecut) untuk berdialog atau memohon maaf secara terbuka kepada mahasiswa? Adakah dibimbangi mahasiswa pakat-pakat pukul pegawai? Macam tak logik.
Tetapi hakikatnya mereka terus senyap dan akan senyap. Entah. Sehingga kucing tumbuh tanduk, baru nak bersuara. Tapi hakikatnya mereka sengaja menanam "kebencian semulajadi" di dalam diri mahasiswa. Kemudian labelkan mahasiswa itu dan ini. Pandai betul buat fitnah.
Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar
No comments:
Post a Comment