Wednesday, June 30, 2010

Perasankah kita

Perasan atau Tidak?
Perasaan atau tidak, ada sesetengah daripada kita hanya berfikir sekali bila membelanjakan apa yang diinginkan walaupun ianya bakal memudaratkan orang lain. Contohnya makan di KFC tetapi tidak memikirkan sumbangan kita itu bakal meranapkan umat Islam sendiri?

Perasan atau tidak, bila kita dipelawa untuk mendaftar produk muslim HPA yang hanya LE20 untuk mereka yang berada di Mesir dan di Malaysia hanya RM 30, kita masih ragu-ragu?

Ayuh, bantu perkembangkan produk muslim! Jom daftar.., sila klik
http://jom-hpa.blogspot.com/


Tuesday, June 29, 2010

Petua Mengelak Sihir


foto Doa dan Petua Mengelak Dari Disihir


Doa & Ayat Untuk Mengelakkan Dari DiSihir

-Beberapa cara dibawah bolehlah diamalkan untuk mengelak dari terkena sihir

MEMBACA SURAH AL FATIHAH DAN MEMBACA TIGA SURAH TERAKHIR ATAU 3 QUL SETIAP HARI.

Ia berdasarkan hadith :

قال لي رسول الله صلى الله عليه وسلم : إقراء قل هو الله أحد , والمعوذتين , حين تمسي و حين تصبح , ثلاث مرات تكفيك من كل شيء ( رواه أبو داود والترمذي )

Ertinya : Baginda S.A.W telah berkata kepadaku : "Bacalah Qul Huwa Allahu Ahad" (al-ikhlas) dan (surah an-Nas) dan (surah al-falaq) sebanyak 3 kali ketika pagi dan petang, ia mampu mencukupkan kamu dari segala sesuatu.( At-Tirmidzi, Bab Doa yang disebut Ketika Ingin Tidur, no 3570 ; Sunan Abu Daud, Bab Apa Yang Dibaca Ketika Subuh, no 5072 ( Nuzhatul Muttaqin, no 1457 , 2/229 ) At-Tirmidzi : Hasan Sohih, An-Nawawi : Sohih

MEMBACA AYAT AL-KURSI SELEPAS SOLAT ( IAITU SURAH AL-BAQARAH AYAT 255)

Dalilnya :

من قرأ آية الكرسي دبر كل صلاة لم يمنعه من دخول الجنة إلا أن يموت ( رواه النسائي )
.
Ertinya : "Sesiapa yang membaca ayat Kursi setiap kali selepas solat, maka tiada siapa yang dapat menghalangnya dari memasuki syurga" (Riwayat an-Nasaie dan at-Tabrani dengan sanad salah satu antaranya Sohih. Antara yang mengatakan hadith ini sebagai SOHIH adalah Ibn Hibban, Abul Hasan (guru Ibn Munzir), Az-Zahabi, Ibn Hajar, Al-Qaradawi (Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Selepas Solat Fardhu, no 890, 1/426)

MEMBACA DOA INI DENGAN SETIAP HARI IAITU 3 KALI : "BISMILLAHILLAZI LA YADHURRU MA'ASMIHI SYAI UN FIL ARDI WALA FISAMAIE, WA HUWAS SAMI'UL ‘ALIM".

Dalilnya :-

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( ما من عبد يقول في صباح كل يوم ومساء كل ليلة : " بسم الله الذي لا يضرّ مع اسمه شيء في الأرض ولا في السماء , وهو السميع العليم ", ثلاث مرات , إلا لم يضره شيء )) : (رواه ابو داود والترمذي )

Ertinya : Rasulullah S.A.W bersabda : ((Tiada seorang hamba pun yang berkata setiap pagi dan petangnya : "Dengan nama Allah yang tiada siapa mampu memudaratkan dengan namaNya samada di dunia mahupun di langit, dan Dialah maha mendengar lagi maha mengetahui" sebanyak 3 kali, kecuali tiada apa yang mampu memudaratkannya)) (Sohih Muslim, no 2731 (Nuzhatul Muttaqin, no 1413, 2/207)

MEMBACA DUA AYAT TERAKHIR DARI SURAH AL-BAQARAH PADA WAKTU MALAM

من قرأ بالآتين من آخر سورة البقرة في ليلة كفتاه (رواه الشيخان )

Ertinya : "Barangsiapa membaca 2 ayat terakhir ( ayat no 285 dan 286 ) dari surah al-Baqarah dalam satu malam, maka 2 ayat itu telah pun mencukupi baginya"(Al-Bukhari & Muslim)

MEMBACA ZIKIR : "LA ILAHA ILLAH WAHDAHU LA SYARIKALAH, LAHUL MULKU WALAHUL HAMDU YUHYI WA YUMIT WAHUWA ‘ALA KULLI SYAI'IN QODIR " ( SEPULUH KALI )

قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : من قال : لا إله إلا الله وحده لا شريك له , له الملك وله الحمد , يحي ويميت وهو على كل شيء قدير عشر مرات على إثر المغرب بعث الله مسلحة يحفظونه من الشيطان حتى يصبح , وكتب الله له عشرحسنات موجبات , ومحى عنه عشر سيئات موبقات , وكانت له بعدل عشر رقاب مؤمنات . (الترمذي )

Ertinya : Bersabdalah Nabi S.A.W : Barangsiapa menyebut : " Tiada tuhan melainkan Allah Yang Esa, tiada sekutu bagiNya, bagiNya segala kerajaan dan bagiNya kepujian, yang menghidupkan dan yang mematikan, dan Dia maha berkuasa atas segala sesuatu"sebanyak seratus kali selepas solat Maghrib, nescaya Allah akan membangkitkan ia (di hari qiamat) dengan senjata yang mampu melindunginya dari Syaitan sehinggalah pagi esoknya, dan dituliskan baginya sepuluh kebaikan seperti pahala menunaikan perkara wajib, dan dipadamkan darinya sepuluh kejahatan seperti dosa-dosa besar. Dan ia standing dengan membebaskan 10 hamba wanita islam." (Sunan At-Tirmidzi, Bab Doa nabi SAW , no 3534 , hlm 802 ; At-Tirmidzi : Hasan Ghorib , Al-Albani : Hasan)

MEMBACA : " A'UZU BIKALIMATILLAH AT-TAMMATI MIN SYARRIMA KHALAQ"

أما لو قلت حين أمسيت : (( أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق )) , لم تضرك (رواه مسلم وأبو داود )

Ertinya : Adapun jika engkau menyebut tatkala kamu berpetang-petang : (( Aku berlindung dengan kalimah Allah yang maha sempurna dari segala kejahatan makhluk)) , nescaya tiada sesuatu apa akan memudaratkanmu. ( Riwayat Muslim Rujuk Al-Muntaqa min at-Targhib wa at-Tarhib lil Munziri, Bab Zikir Yang Disebut Ketika Subuh, no 336, 1/225 )

Sunday, June 27, 2010

Batuk kering Piala Dunia

Kehangatan piala dunia menyebabkan ramai masyarakat yang dahulunya marah dan meluap-luap terhadap tentera Israel seolah-olah terhenti kerana penangan piala dunia ini.
Bersama-sama kita menghangatkan kembali isu tersebut

1930-Uruguay 13 Julai-30 Julai 1934

1934-Itali, bola yang sama pada 1930 27 Mei-10 Jun 1934

1938-Perancis

04 Jun-19 Jun 1938


1950-Brazil

24 Jun-16 Julai 1950

1954-Switzerland 16 Jun-14 Julai 1954

1958-Sweden 8 Jun-29 Jun 1958



1962-Chile 30 Mei-17 Jun 1962



1966-England 11 Julai-30 Julai 1966



1970-Mexico 31 Mei-21 Jun 1970. Telstar-Adidas




1974-Jerman Barat 13 Jun-07 Julai 1974. The Telstar Durlast-Adidas



1978-Argentina 01 Jun-25 Jun 1978. Tango Durlast-Adidas



1982-Sepanyol 13 Jun-11 Julai 1982. Tango Espana-Adidas



1986-Mexico 31 Mei-29 Jun 1986. Azteca Mexico-Adidas



1990-Itali 08 Jun-08 Julai 1990. The Unico Etrusco-Adidas



1994-Amerika Syarikat 17 Jun-17 Julai 1994. Questra-Adidas



1998-Perancis 10 Jun-12 Julai 1998. Tricolore-Adidas



2002-Korea Selatan & Jepun 31 Mei-30 Jun 2002. Fevernova-Adidas



2006-Jerman 09 Jun-09 Julai 2006. Teamgeist- Adidas


2010-Afrika Selatan 11 Jun-11 Julai 2010. Jabulani-Adidas

Bermula 1970. Bola Piala Dunia dikuasai oleh Adidas

Proses Perkahwinan

Perkahwinan adalah di anggap sebagai suatu ibadah yang amat di tuntut di dalam agama Islam. Perlaksanaan perkahwinan itu adalah di umpamakan sebagai membina sebuah masjid.

Namun begitu, segala peraturan serta syarat-syarat untuk melangsungkan perkahwinan haruslah di patuhi dan di pelajari oleh setiap individu muslimin dan muslimat bagi memastikan perlaksanaan yang bertepatan dengan syarak.

Bagi membantu melancarkan urusan perkahwinan ini, pihak Jabatan Agama Islam yang telah di amanahkan telah menyediakan beberapa prosedur yang harus di laksanakan di antaranya ialah:-

1. Menghadiri Kursus pra-perkahwinan
2. Mengadakan Pemeriksaan kesihatan
3. Membuat Permohonan Nikah

Sebagai panduan, ada terdapat sedikit perbezaan di antara negeri-negeri mengenai prosedur pendaftaran pernikahan. Anda di nasihatkan agar pergi merujuk kepada Jabatan Agama di negeri masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sila rujuk :-

* Majlis Agama Islam Kedah
* Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
* Majlis Agama Islam Melaka
* Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan
* Jabatan Agama Islam pahang
* Jabatan Agama Islam Perak
* Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
* Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
* Majlis Agama Islam Selangor
* Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu
* Majlis Agama Islam kelantan
* Majlis Agama Islam Johor
* Jabatan Agama Islam Sarawak
* Jabatan Agama Islam Perlis

Thursday, June 24, 2010

Ustaz Fadhil Noor,Mantan Tim. Presiden PMRAM 1967



Memperingati Almarhum Ustaz Fadzil Noor
SEMPENA SEMBILAN TAHUN PEMERGIAN(JUN 2001- JUN 2010)

Oleh: Riduan Mohamad Nor



Ringkasan :


Latar belakang keluarga

Dilahirkan pada 13 Mac 1937 di Kampung Seberang Pumpung, kira-kira tiga kilometer dari bandar Alor Star, Kedah, beliau merupakan anak sulung daripada empat adik-beradik.kedua-dua ibu bapa meninggal dunia sewaktu beliau masih kecil lagi.

Pendidikan

# pendidikan awal di Sekolah Melayu Derga, Alor Star

# peringkat menengah di sekolah Maktab Mahmud sehingga tahun 1958

# Pada tahun1963 beliau menyambung pelajaran ke Universiti Al-Azhar di Mesir

Kepimpinan

Pada tahun 1967, sewaktu di Al-Azhar, beliau pernah memegang jawatan Setiausaha dan Timbalan Presiden dalam Persatuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Perjalanan akhir yang memilukan

Pada kira-kira jam 10.30 pagi 23 Jun 2002, Ustaz Fadzil menghembuskan nafas terakhir untuk menghadap Maha Pencipta, Allah SWT.


sumber : ibnuirfadzil.blogspot.com

Wednesday, June 23, 2010

Hantar memorendum bantah judi

Lebih 40 NGO serah memorandum kepada PM bantah lesen judi

PUTRAJAYA: Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) yang diwakili lebih 40 badan bukan kerajaan (NGO) dan individu, hari ini menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mendesak kerajaan supaya tidak memperbaharui atau meluluskan sebarang lesen judi di negara ini.

Penyerahan memorandum itu, yang diketuai Pengerusi GMJ, Mohd Azmi Abdul Hamid, diterima oleh Penolong Setiausaha Pejabat Perdana Menteri, Nasrul Hakim Jamaludin di luar Bangunan Putra Perdana di sini, kira-kira 3.30 petang.

Mohd Azmi berkata GMJ, yang merupakan pertubuhan mewakili rakyat berbilang bangsa dan agama, mendesak kerajaan supaya sebarang lesen judi termasuk judi sukan yang telah dikeluarkan, dibatalkan.

Beliau berkata GMJ membantah perkara itu kerana judi akan hanya menyebabkan kesan yang negatif kepada masyarakat.

"Kami membuat pendirian tidak setuju dengan sebarang lesen judi. Semua bangsa dan agama menolak judi," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan memorandum berkenaan.

Memorandum yang sama juga akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara pada 3 Julai ini. - BERNAMA

Monday, June 21, 2010

Rehlah ke Turki

Klik pada poster untuk paparan lebih jelas.

Cuti musim panas kembali lagi memanaskan bumi anbiya' Mesir. dan PMRAM sekali lagi tidak melepaskan peluang istirehat selepas musim peperiksaan ini dengan menganjurkan Rehlah Tabadul Thaqafi ke Turki 2010 kali ke-3. Selepas beberapa siri sebelum ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk mereka yang ingin mengembara dan menjelajah dunia khususnya Benua Eropah.

Turki sememangnya terkenal dengan Masjid Biru, dan menjadi mercu tanda bagi negara Turki. Negara yang merupakan Pusat Pemerintahan Khilafah Uthmaniah suatu ketika dahulu sebelum dijatuhkan oleh Kamal At-Tartuk laknatullah. Bumi yang kaya dengan sejarah Islam dan tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.

Pendaftaran yang sepatutnya ditutup pada 12 Jun 2010 masih dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai. Jom sama-sama jayakan Rehlah Tabadul Thaqafi Ke Turki 2010. Manfaatkan cuti anda dengan aktiviti yang bermanfaat selaras dengan Firman Allah s.w.t. yang menggalakkan umat Islam untuk mengembara keseluruh dunia bagi melihat keajaiban dan kesan peninggalan umat terdahulu.

Kepada sahabat-sahabat blogger. Diminta untuk menyebarkan iklan ini.
Satu Fikrah Satu Amal, Kita PMRAM.
Kemantapan Fikrah, Membina Syakhsiah.