Sunday, June 27, 2010

Proses Perkahwinan

Perkahwinan adalah di anggap sebagai suatu ibadah yang amat di tuntut di dalam agama Islam. Perlaksanaan perkahwinan itu adalah di umpamakan sebagai membina sebuah masjid.

Namun begitu, segala peraturan serta syarat-syarat untuk melangsungkan perkahwinan haruslah di patuhi dan di pelajari oleh setiap individu muslimin dan muslimat bagi memastikan perlaksanaan yang bertepatan dengan syarak.

Bagi membantu melancarkan urusan perkahwinan ini, pihak Jabatan Agama Islam yang telah di amanahkan telah menyediakan beberapa prosedur yang harus di laksanakan di antaranya ialah:-

1. Menghadiri Kursus pra-perkahwinan
2. Mengadakan Pemeriksaan kesihatan
3. Membuat Permohonan Nikah

Sebagai panduan, ada terdapat sedikit perbezaan di antara negeri-negeri mengenai prosedur pendaftaran pernikahan. Anda di nasihatkan agar pergi merujuk kepada Jabatan Agama di negeri masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Sila rujuk :-

* Majlis Agama Islam Kedah
* Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan
* Majlis Agama Islam Melaka
* Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan
* Jabatan Agama Islam pahang
* Jabatan Agama Islam Perak
* Jabatan Agama Islam Pulau Pinang
* Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah
* Majlis Agama Islam Selangor
* Jabatan Hal Ehwal Agama Negeri Terengganu
* Majlis Agama Islam kelantan
* Majlis Agama Islam Johor
* Jabatan Agama Islam Sarawak
* Jabatan Agama Islam Perlis

No comments:

Post a Comment