Monday, July 6, 2009

Kisah Bidadari Syurga.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada semua bidadari- bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia akan mati,dan kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan semasa usia muda dahulu.

(Kisah Bidadari Syurga):

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi taujihad (khabar-khabar yang menimbulkan semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah).

Baginda bersabda barangsiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda terlalu ingin untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun pemuda tadi tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad menentang kaum kuffar. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar dipanggil (khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama sahabat-sahabat yang lain tidur bersam.

Dalam tidur tersebut pemuda taditelah bermimpi berada di satu tempat yang sungguh ind lalah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2.

Lalu dia bertanya dimanakah dia sekarang? lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya di suatu arah maka pemuda itu berjalan di suatu pepohon dan beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu,tak pernah dilihat semasa didunia ini. Dia memberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadam kepadanya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama. Bidadari yang ke 2 sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah? lalu wanita itu menjawab.
Eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya sungguh mengkagumkan. Apabila dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.

Tidak pernah dia lihat di dunia. Lalu wanita itu berkata akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.

Apabila lelaki itu mendekatinya, wanita itu menjawab,nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat yang lain. Namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW.Tetapi sekiranya dia syahid, barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi.

Dalam menceritakan kisah pemuda itu Nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi,dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...

Di petik daripada hasil nukilan Fauzynm.




Kuala Lumpur!!!!!!!

Oleh Azizi Abdullah

Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.

Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.

Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.

Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.

Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.

“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.



Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?

Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.

Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.

Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.

Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.

Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.

Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.

Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.

Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.

Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.

Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.

Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.

Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.

Menurut The Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.

Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.

Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.

Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.

Sunday, July 5, 2009

Pasangan Hidup Insani

Islam sangat melarang lelaki berfoya-foya dengan wanita. Pergaulan antara lelaki dan wanita ada batasnya. Jika seseorang lelaki itu ada keinginan terhadap seorang wanita, maka dia hendaklah masuk meminang dan berkahwin.

Langkah itu bukan sahaja membawa kepada pahala kerana mengikut sunnah Nabi saw, tetapi juga mengelakkan dirinya daripada keburukan dan maksiat.

Hentikanlah amalan membawa wanita yang bukan muhrim ke sana sini dengan niat suka-suka kerana ia bukan sahaja berdosa tetapi juga menjatuhkan kemuliaan pada diri dan keluarga masing-masing. Apatah lagi jika cinta yang didasari hawa nafsu semata-mata dan hanya cinta monyet.Adakah hubungan tersebut akan membawa kita ke jinjang pelamin yang berpanjangan?

Pengharaman ini wajar kerana kesan dari melanggar larangan tersebut akan terbawa-bawa kepada zuriat nanti. Allah Taala dan RasunNya sangat mengharapkan lahir dari zuriat itu, mereka yang baik dan cergas demi menyambung mata rantai perjuangan islam.


Hadis Rasulullah saw ada menerangkan bahawa baginda benci kepada orang yang suka membujang sampai ke tua. Berkahwin adalah sunnah Rasulullah saw, dan baginda akan berbangga dengan umatnya yang ramai di akhirat kelak.

Namun demikian untuk mendirikan rumahtangga berbagai-bagai persediaan yang perlu disiapkan sebagai bekalan dan jambatan untuk meniti alam berumahtangga.

Ada beberapa persoalan yang perlu kita tanya pada diri sebelum memilih seorang permaisuri sebagai pasangan hidup.

Islam menegaskan bahawa pilihan hendaklah berasaskan kepada mereka yang kuat agamanya dan berakhlak mulia serta beberapa kretiria-kretitia yang lain.

Rasulullah saw bersabda yang maksudnya:

"Janganlah kamu berkahwin dengan perempuan kerana kecantikannya, kerana boleh jadi mereka akan merugikanmu. Dan jangan kerana hartanya, kerana boleh jadi mereka akan mendurhakaimu,tetapi kahwinilah kerana agamanya. Sesungguhnya seorang hamba perempuan hitam yang pecah hidungnya tapi beragama adalah lebih baik."

Baginda bersabda lagi yang maksudnya:

"Barangsiapa berkahwin akan perempuan kerana hartanya dan elok rupanya nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan eloknya, dan barangsiapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah swt akan dia akan hartanya dan eloknya."

Dari hadis di atas dapatlah difahami bahawa Rasulullah saw menegaskan kepada kaum lelaki supaya memilih calon isteri orang yang beragama serta berakhlak mulia, kerana bila isteri itu kuat beribadah akan membuahkan akhlak yang mulia maka rezeki dan hartanya dimurahkan Allah swt.


(Tanda-tanda seseorang wanita itu baik maruah dan akhlaknya ialah:)



1. Berakhlak dengan Allah seperti tekun dan bersungguh-sungguh beribadah. Sabar dalam menempuh kesusahan (ujian) daripada Allah dan dalam mengerjakan perintah-perintahNya, sentiasa bersyukur dengan kurniaan Allah, tenang dalam menerima ketentuan Allah serta banyak mengingati Allah swt.

2. Tumpuan hatinya ialah untuk memperbaiki akhlak, mengurus rumahtangga dengan baik, memelihara ibadah dan menjaga hubungan dengan manusia.

3. Berakhlak dengan ibubapa, memuliakan mereka serta membantu dan menyenangkan mereka. Sentiasa berusaha mengajak keluarga kepada kebaikan dan keredhaan Allah swt.

4. Baik pergaulannya sesama rakan, jiran dan masyarakat sekeliling. Tidak mengganggu dan menyakiti mereka, malah membantu dan memudahkan mereka dengan apa cara yang termampu.

5. Mentaati suaminya, redha dengan pemberian suami, melayan suami dengan baik, bersopan santun dalam segala percakapan dan tindakan, menjaga aurat atau kehormatan diri dan memelihara maruah suami.

*** Disunatkan pula memilih gadis yang terdiri dari keturunan yang kuat agama, anak cucu orang alim dan soleh. Seseorang wanita yang kuat agama memiliki sifat-sifat kemanusiaan, berbudi pekerti tinggi.

Di sinilah letaknya realiti seorang wanita. Seorang wanita yang mempunyai sifat-sifat kewanitaan yang tulin maka itulah keistimewaan dan kecantikan yang hakiki. Rasulullah saw sendiri ada menerangkan bahawa seorang lelaki yang beristeri wanita solehah bererti dia telah mendapat satu nikmat Allah yang besar.

Keterangan ini terdapat dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas r. a:

"Empat jenis, sesiapa yang diberi keempat-empatnya bermakna dia telah memperolehi sebaik-baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu syukur, lidah yang sentiasa berzikir, jiwa raga yang sabar dengan ujian dan isteri yang tidak melakukan dosa serta tidak menzalimi suaminya."

Hikmah memperolehi wanita yang terdidik di dalam golongan keluarga yang soleh ini telah jelas dinyatakan sebahagian daripada sifat- sifatnya oleh Rasulullah saw:

"Tidak perlu bagi seorang Mukmin setelah ianya bertaqwa kepada Allah, sebaik-baik keperluan baginya ialah seorang isteri yang solehah, jika suami melihat kepada isterinya, isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya dan jika suaminya tiada di rumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya."

Demikianlah di antara kelebihan yang diperolehi oleh seorang suami jika ia memiliki isteri yang solehah.

Islam menggalakkan mengahwini wanita-wanita asing daripada keluarga terdekat untuk meluaskan hubungan kekeluargaan dan mngukuhkan persaudaraan Islam.

Risiko dari perkahwinan sanak saudara akan melahirkan anak-anak yang tidak sihat dan lembab otak.

Tujuan digalak berkahwin dengan orang yang tidak mempunyai hubungan kekeluargaan supaya dapat melahirkan anak-anak yang sihat, bertenaga, cantik dan pintar.

Saturday, July 4, 2009

Beramal

Beramallah kita semua sebelum tibanya hari perhitungan yang mana manusia masing-masing bertanggungjawab di atas setiap perbuatan yang telah dilakukan semasa hidup di dunia.Beramallah dengan apa yang kita dengar,pelajari di kuliah dan sebagainya.

Beramal dengan satu saja ilmu yang kita ketahui kebenarannya adalah lebih baik daripada kita tahu semua ilmu tetapi mengaplikasikannya di dalam kehidupan seharian kita.Barangsiapa yang beramal dengan sesuatu ilmu yang diketahuinya,Allah Yang Maha Kuasa akan menganugerahkan kepadanya ilmu yang yang lain pula.Subhanallah!

Beramallah dengan istiqomah sesuatu kebaikan walaupun sedikit.Bak kata pepatah melayu,sikit-sikit lama-lama jadi bukit.Kebaikan yang sedikit tetapi dilakukan secara berterusan lebih disukai Allah Taala daripada membuat kebajikan yang banyak tetapi tidak (istimrar) berterusan.

Beramal ada bermacam-macam cara.Ada dengan mendengar bacaan Al-Quran,membaca Al-Quran,berzikir,bersedekah,bersolat malam dan sebagainya.

Amalan kebaikan yang kita lakukan di dunia ini akan memperolehi rahmat dan magfirah daripada Allah,disamping banyak lain kemanfaatan yang bakal diperolehi oleh kita samada ketika di dunia dan akhirat.

Beramallah kita dengan apa cara sekalipun dan berbuatlah kebaikan dengan apa jua jalan sekalipun.Sementara mulut masih boleh berkata-kata,kaki boleh melangkah ke sana sini,mata boleh melihat keindahan dunia,jantung masih boleh berdegup kencang.

Ingatlah sahabat sahabiahku,kita dikawal oleh 2 pengawal yang sentiasa peka dan cekap untuk mencatat apa jua yang kita lakukan,tidak pernah terlelap walaupun sekejap cuma.Masa masih ada,peluang masih tersedia dan pintu taubat masih menunggu kehadiran para pendosa.

Ayuh bersama,kita tinggalkan segala kelompongan dan noda,bersama menuju mardotillah.Allah Yang Maha Mengasihani sekali-kali tidak tidak mensia-siakan amalan kita .

Manik Urai Dan Calon Rakyat.

Manek Urai : Biodata Calon Pas Dan Sejarah N.41.


Nama penuh : Fauzi bin Haji Abdullah
Umur : 50 tahun
Tempat kelahiran : Bukit Marak, Kelantan
Tempat tinggal : Pekan Gunchil

Keluarga

Isteri : Aminah bt Mahmud
Anak : 5 orang

Pengalaman kerja
: 1. Penyelia Dun Guchil
: 2. Ahli Majlis Daerah Kuala Krai
: 3. Pengusaha dan peniaga di Bandar Kuala Krai

Jawatan Dalam Parti
: 1. Ketua cawangan Bandar Krai
: 2. Bendahari PAS Kuala Krai

Sejarah N.41

DUN Manek Urai adalah kawasan politik tradisi PAS, kecuali tewas dua kali dalam tempoh 10 pilihan raya umum (1982 dan 2004).

Sebelum 1970 Ketokohan pimpinan PAS
Pembukaan rancangan tanah LKTN

1974 Kemasukan PAS dalam BN, PAS berdepan calon Bebas

1978 Politik darurat, Calon PAS tetap diterima rakyat

1982 UMNO kemuka calon baru orang kuat Kesedar,
PAS berada di era pemulihan dan mengekalkan calon asal.

1999 - 2004 Peralihan kepimpinan UMNO, harapan baru rakyat
PAS menukar calon (kepada yang baru).

2008 Kegagalan calon UMNO melunas janji,
PAS menukar calon (kepada yang lama).

Berdasarkan rekod penerimaan rakyat kepada Almarhum Pak Su Wail, budaya politik pengundi Manek Urai adalah mengutamakan pemimpin yang mesra rakyat dan memahami kehidupan mereka. Realiti itu adalah sesuai dengan latar kehidupan mereka yang bergantung kepada tanah, hutan dan kebun.

CALON PAKATAN RAKYAT MANEK URAI

CALON PAKATAN RAKYAT MANEK URAI

Wabak dan penyakit berjangkit.....


(Mukaddimmah):

Seperti yang diketahui penyakit selsema babi atau virus H1N1 telah menjadi wabak yang merbahaya. Negera kita telah menjangkau 58 orang yang disahkan dan Mesir 40 orang. Malahan dalam berita ikhwanonline menyatakan kemungkinan virus selesema babi ini akan bergabung dengan virus selsema burung. Ia akan menjadi lebih merbahaya. Mudah2an Allah menjauhkan kita dari perkara tersebut.

Disini ada 9 perkara berkenaan dengan pandangan Islam terhadap penyakit berjangkit dan wabak ini seperti berikut:

1. Berlakunya jangkitan (infection) penyakit adalah diakui oleh Nabi saw. Nabi saw bersabda:

فر من المجزوم كما تفر من الأسد

“Larilah dari orang yang berpenyakit kusta seperti kamu lari dari singa.”

(Hr Bukhari)


Ini adalah suruhan Nabi saw kepada umatnya berhati-hati ketika bermuamalat dengan pesakit yang membawa penyakit yang boleh berjangkit.

2. Penularan dan merebaknya penyakit memerlukan kepada syarat-syarat yang ketat. Oleh itu Nabi saw menafikan penularan ini:

لاَ عَدْوَى

“Tidak ada jangkitan penyakit tanpa sebab.” (Hr Bukhari)

Setiap penyakit yang berjangkit ada cara-cara tertentu, ada yang berjangkit melalui makan dan minum, ada yang melalui darah dengan suntikan, ada yang melalui hubungan jenis dan sebagainya. Hadis menafikan jangkitan penyakit tanpa sebab dan dengan cara jangkitan yang sebenarnya.

3. Dalam keadaan yang diperlukan orang yang sihat boleh bersama pesakit dengan berserah pada Allah swt. Jabir bin Abdullah ra telah meriwayat:

أن رسول الله صلى الله عليه وسلم أخذ بيد مجذوم فأدخلها معه في القصعة ثم قال : كل بسم الله ثقة بالله وتوكلا عليه

" Sesungguhnya Rasulullah saw mengambil tangan pesakit kusta (leprosy), lalu mengajaknya makan bersama dalam satu bekas. Nabi saw bersabda “Makanlah dengan nama Allah, berpegang teguh kepada Allah dan berserah padaNya.” (Hr Tirmizi)

Oleh itu sesiapa yg bertanggung jawab utk brsama pesakit yg berjangkit ini seperti pegawai dan petugas perubatan hendaklah yakin dgn Allah dan meminta perlindungan kepadaNya.

4. Pengasingan pesakit berjangkit dari orang-orang yg sihat (isolation).

Nabi saw bersabda:

لا يوردن ممرض على مصح

"Pesakit yang berjangkit tidak boleh mendatangi orang yang sihat.
” (Hr Bukhari)

Nabi saw bersabda:

كلم المجزوم وبينك وبينه قيد رمح أو رمحين

“Bergaullah bersama pesakit kusta dengan jarak selembing atau dua lembing.” (Hr Abu Nu’aim)

Hadis2 ini menunjukkan bahawa perlunya pengasingan diantara orang yang sihat dengan pesakit yang berjangkit ini. Ini untuk mengelakkan jangkitan penyakit dan penularannya ke dalam masyarakat.

Mazhab Maliki, Syafie dan Hambali menegah pesakit kusta dari bersama orang yang sihat.

5. Kuarantin (quarantine) dalam Islam.

Kuarantin adalah menghadkan pergerakan orang-orang yang sihat yang pernah bersama dengan pesakit yang berjangkit pada satu tempat dalam masa penyakit itu boleh berjangkit. Tujuan utamanya adalah supaya dapat mengelakkan dari penyakit berjangkit itu menular ke dalam masyarakat yg sihat. Walaupun mereka ini dilihat sihat tetapi ada kemungkinan penyakit sudah berjangkit kepada mereka dan gejala penyakit itu belum timbul kerana masa lagi diperingkat permulaan.

Nabi saw bersabda:

الطاعون أية الرجز ابتلى الله عز وجل به أناسا من عباده فإذا سمعتم به فلا تدخلوا عليه وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تفروا منه

“Taun (plague) adalah tanda kemurkaan Allah yang mana Allah menguji hamba-hambanya. Apabila kamu mengetahui adanya penyakit itu di sebuah tempat janganlah kamu masuk ke tempat itu. Apabila kamu berada di tempat yang ada penyakit taun (atau penyakit berjangkit lain) janganlah kamu lari keluar darinya.” (Hr muslim)

6. Syahid kepada orang yang mati kerana penyakit wabak (epidemics).

Saidatina Aisyah ra bertanya berkata:

سألت رسول الله صلى الله عليه وسلم عن الطاعون فأخبرني أنه عذاب يبعثه الله على من يشاء وأن الله جعله رحمة للمؤمنين ليس من أحد يقع الطاعون فيمكث في بلده صابرا محتسبا يعلم أنه لا يصيبه إلا ما كتب الله له إلا كان له مثل أجر الشهيد

“Aku bertanya Rasulullah saw tentang wabak taun. Baginda menjawab itu adalah azab yang Allah turunkan kepada sesiapa yang Allah kehendaki. Allah akan jadikan penyakit itu sebagai rahmat kepada orang-orang beriman. Tidak ada sesiapa yang terkena taun dan duduk tetap di negerinya dalam keadaan sabar, mengharapkan ganjaran Allah dan yakin ia adalah hanya ketetapan ilahi melainkan Allah akan memberinya pahala syahid.” (Hr Bukhari)

7. Islam menggalakkan umatnya berusaha mengelakkan dari penyakit. Antara ushanya adalah tidak masuk ke tempat yang ada penyakit berjangkit atau wabak. Ini jelas apa yang berlaku kepada saidina Umar ketika mana beliau hendak masuk ke dalam Syam. Apabila beliau mengetahui di syam berlakunya wabak taun, dia berpatah balik dan tidak jadi masuk ke syam. Lalu Abu Ubaidah al-Jarrah berkata:

أفرارا من قدر الله؟

“Adakah engkau cuba lari dari ketentuan Allah?”

Umar menjawab:

لو غيرك قالها يا أبا عبيدة نعم نفر من قدر الله إلى قدر الله

“Alangkah baik sekiranya kata-kata ini diucapkan oleh orang lain. Ya, kami lari dari ketentuan Allah kepada ketentuan Allah.” (Hr Bukari)

8. Doa Qunut Nazilah kerana wabak.

Mazahab Syafie dan Hanafi berpendapat sunat qunut nazilah dalam solat untuk menghindarkan taun dan penyakit wabak yang lain. Mazhab Maliki mengatakan sunat solat bukannya doa qunut. Mazhab Hambali menyatakan bahwa tidak disyariatkan qunut untuk menghindarkan wabak kerana berlaku wabak taun pada zaman saidina Umar dan beliau tidak qunut dan tidak menyuruh orang lain qunut.

9. Senghaja memindahkan penyakit berjangkit kepada orang lain.

Menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah perkara yang dilarang. Nabi saw bersabda:

لا ضَرَرَ وَلا ضِرَارَ

“Janganlah menyebabkan kemudaratan kepada diri sendiri dan orang lain.” (Hr Ibnu Majah)

Persidangan Islam yang diadakan di Dubai pada tahun 1415 hijrah telah menyatakan bahwa senghaja memindahkan penyakit yang berjangkit seperti AIDS kepada orang lain adalah dosa besar dan berhak untuk mendapat hukuman yang berat. Perbuatan ini dianggap pembunuhan dengan sengaja yang mewajibkan qisas jika membawa kematian mangsa.


Rujukan: Mausuah Feqhiah Tibbiah oleh Dr Ahmad Kan’an, Fathul Bari oleh Imam Ibnu Hajar dan Jawahir Lukluiyyah oleh ad-Dimyati.




Sumber:http://akhisalman.blogspot.com/

Wednesday, July 1, 2009

Manik Urai Bergema Lagi


1. Insyaallah , satu Himpunan besar - besaran Pemuda PAKATAN Rakyat akan diadakan di Kampung Sungai Sok Manek Urai Kelantan pada 5 hb Julai 2009 [ Ahad ] jam 9.00 Malam .

2. Himpunan ini adalah satu perhimpunan yang akan mengumpulkan seluruh rakyat khasnya pemuda untuk mendengar beberapa isu semasa dan sekali gus membangkit semangat juang para pemuda untuk memenangkan PAKATAN yang diwakili oleh PAS di pilihanraya kecil DUN Manek Urai .

3. Semua hadirin dan hadirat serta pemuda dan pemudi dijemput hadir bagi menjayakan majlis bersejarah ini dan mendapatkan penjelasan isu terkini dari pimpinan pemuda .

4. semua sahabat cyber agar dapat siarkan maklumat ini di mana sahaja laman cyber milik anda dan sebarang bentuk sebaran kepada umum agar kelak tiada siapa yang ketinggalan maklumat mengenai himpunan besar ini .

5. Selamat berjuang dan Insyaallah kita menang di Manek Urai .


http://episodeperjuangan.blogspot.com/