Sunday, June 14, 2009

Membaca Al-Quran Sampai Khatam


Bagi seorang mukmin,membaca Al-Quran telah menjadi rutin hariannya,dan telah menjadi kecintaan pada hatinya.Pada waktu membaca Al-Quran,dia merasa seolah-olah jiwanya menghadap ke hadrat Allah Yang Maha Kuasa,menerima amanah dan hikmat suci,memohon limpah kurnianya,rahmat dan pertolongan daripadaNya.

Membaca Al-Quran telah menjadi wiridnya yang tertentu,baik siang ataupun malam.Dibacanya helaian demi helaian,halaman demi halaman,surah demi surah,akhirnya sampai (khatam)tamat.

Tidak ada kegembiraan di dalam hati seorang mukmin melainkan dia dapat membaca Al-Quran itu sampai tamat.Bila sudah khatam itulah puncak kegembiraan hatinya.

Di dalam kitab Ihya'Ulumuddin,Imam Ghazali mencatat beberapa hadis,dan riwayat mengenai membaca Al-Quran sampai tamat.

Digambarkan bagaiman para sahabat Nabi S.A.W dengan keimanan dan keikhlasan hati berlumba-lumba membaca Al-Quran sampai khatam.Ada yang katab dalam sehari semalam sahaja bahkan ada sahabat yang dapat mengkhatamkan bacaannya dua kali dalam sehari dan sebagainya.

Di dalam sebuah hadis yang sahih,Rasulullah telah menyuruh Abdullah Bin Umar,supaya menghabiskan bacaan Al-Quran sekali dalam seminggu.Begitulah juga Saidina Usman,Zaid Bin Thabit,Ibnu Mas'ud dan Ubai bin Kaab,telah mengkhatamkan Al-Quran setiap hari Jumaat.

Adapun mereka- mereka yang mulai mengkhatamkan Al-quran sekali dalam seminggu,Al-Quran itu di bagi tujuh,mengikut pembahagian yang telah mereka atur.Saidina Usman Bin Affan telah memulakan bacaan pada malam jumaat,memulai membaca dari surah Al Baqarah sampai kepada surah Al Maidah,malam Sabtu dari surah Al An'am sehingga surah Hud,malam Ahad dari surah yusuf sampai ke surah Maryam,malam Isnin pula dari surah Thaha sampai surah طسم,malam selasa dari surah Al Ankabut sampai kepada surah Shaad,malam Rabu dari surah Tanzil sehingga surah Al Rahman,dan mengkhatamkan bacaannya pada malam Khamis.

Berlainan pula dengan Ibnu Mas'ud, beliau membahagikan bacaannya seperti berikut:
Hari yang pertama 3 surah,hari kedua 5 surah,hari ketiga 7 surah,hari keempat 9 surah,hari yang kelima 11 surah,hari keenam13 surah,dan hari yang ke tujuh, adalah surah yang selebihnya sehingga khatam.

Dan ada juga dikalangan para sahabat yang membaca Al-Quran sampai khatam dalam tempoh sebulan,untuk memperdalamkan penyelidikannya mengenai maksud yang terkandung di dalam Al-Quran tersebut.

Saturday, June 13, 2009


Al-ustaz Fathi Yakan telah meninggalkan kita semalam 13.6.2009 hari Sabtu(1933 – 2009), pd usia 76tahun. Jasanya sangat besar dalam mewarnai dunia harakah islamiyyah. Semoga beliau ditempatkan bersama para syuhada' :

Kitab karangannya yang tersohor Apa Erti Saya Menganut Islam (atau lebih popular dengan panggilan 'Maza Yakni') menjadi rujukan kebanyakan usrah pelbagai wadah. Penulisannya yang tersusun rapi menyemai kefahaman yang jitu tentang definisi seorang penganut Islam yang benar-benar berperibadi Muslim.

Dr. Fathi Yakan ialah ulama' dan pendakwah Islam yang terkemuka. Berkelulusan Ph.D. dalam Bahasa Arab dan Pengajian Islam, beliau merupakan antara penggerak awal gerakan Islam sekitar tahun 1950.
Beliau juga merupakan Setiausaha Agung Al-Jamaa Al-Islamia Lubnan sehingga beliau memenangi kerusi Parlimen di Lubnan. Beliau ialah aktivis utama dalam arena politik, kelihatan paling jelas semasa pilihanraya pada tahun 1996.

http://najwasuhaimi.blogspot.com/2009/06/kembalinya-syeikh-fathi-yakan-ke.html

Friday, June 12, 2009

Mendengar Al-Quran

Rasulullah S.A.W sangat gemar mendengar bacaan daripada orang lain.Dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa Abdullah Ibnu Mas'ud mencerita sebagai berikut:

"Rasulullah S.A.W berkata kepadaku : Duhai Ibnu Mas'ud bacakanlah Al-Quran untukku.Lalu akupun menjawab:Apakah aku pula yang membacakan Al-Quran untukmu ya Rasulullah,padahal Al-Quran itu telah diturunkan oleh Allah Taala kepadamu?Rasulullah S.A.W menjawab:aku senang mendengar bacaan Al-Quran itu daripada orang lain."

Kemudian Ibnu Mas'ud membacakan beberapa ayat dari surah An-Nisa'.Maka tatkala bacaan Ibnu Mas'ud itu sampai kepada ayat 41 yang bermaksud:

"Maka bagaimanakah (orang kafir nanti),apabila kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu wahai (Muhamad)sebagai saksi atas mereka itu(umatmu)."

Sedang ayat yang telah dibaca oleh Ibnu Mas'ud itu sangat mengharukan hati Nabi S.A.W,lalu baginda bersabda:
"Cukuplah sekian sajaIbnu Mas'ud".Ibnu Mas'ud melihat Rasulullah menitiskan air mata serta menundukkan pandangannya."

Wednesday, June 10, 2009

Serangan kejam

'

Sumber:Berita Harian


ANGGOTA keluarga mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan Narathiwat kelmarin, melihat jemaah yang mati ditembak penyerang bersenjatakan raifal ketika solat Isyak. - Foto Reuters

12 jemaah ditembak mati ketika imam baca al-Fatihah pada rakaat kedua solat Isyak

NARATHIWAT (Selatan Thailand): "Ketika itu saya hanya terfikir saat kematian dan tidak mampu berpaling melihat siapa menembak kami," kata Nasir Ibrahim, salah seorang jemaah yang terselamat dalam serangan ketika solat Isyak di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, dekat sini malam kelmarin.

Nasir, 42, yang juga penghulu kampung itu berkata, imam Wan Abdullah Wan Latif, 62, sedang membaca surah al-Fatihah pada rakaat kedua apabila mereka diserang dua lelaki bersenjatakan raifel kira-kira jam 9 malam waktu Malaysia itu.


Dua penyerang itu, yang berpakaian serba hitam, masing-masing berada di pintu utama dan sebelah kanan masjid berkenaan, melepaskan tembakan dari jarak kurang tiga meter ke arah jemaah, menyebabkan kebanyakan mangsa mati akibat terkena tembakan di kepala dan tubuh badan masing-masing.

Serangan kejam itu, yang dianggap paling buruk di selatan Thailand, menyebabkan 10 jemaah termasuk Wan Abdullah mati serta-merta, manakala dua lagi jemaah meninggal dunia ketika dalam rawatan kecemasan di Hospital Narathiwat.

Sebelas lagi mangsa cedera parah dan dirawat di hospital itu. Hanya Nasir dan seorang lagi jemaah terselamat dalam serangan itu, tetapi terpaksa dirawat di Klinik Cho Airong dekat sini, ekoran trauma dan serangan jantung kerana terkejut.

PENDUDUK Islam Thai melihat jenazah mangsa serangan di masjid dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan Cho Airong, Narathiwat, semalam. - Foto Reuters

Nasir berkata, tembakan bertalu-talu dari dari arah belakang dan tepi berlaku hampir 10 minit, menyebabkan ramai jemaah tumbang.

"Saya yang berada di hujung saf di sebelah kanan, turut merebahkan badan. Ketika kelam-kabut itu, saya merangkak di celah jemaah yang cedera dan berlumuran darah, menuju ke stor di sebelah tempat imam. Saya duduk di situ sehingga penyerang melarikan diri," katanya ketika ditemui semalam.

Walaupun bersyukur kerana terselamat dalam serangan itu, Nasir amat bersedih mengenangkan ramai jemaah termasuk Wan Abdullah yang menjadi korban serangan kejam itu.

Isteri Wan Abdullah, Yah Che Kob, 58, berkata ketika kejadian beliau berada di rumahnya, kira-kira 50 meter di hadapan masjid berkenaan.

ORANG ramai melihat mayat mangsa serangan di Masjid al-Furqan, Kampung Air Tempayan, malam kelmarin. - Foto Reuters

"Secara tiba-tiba, saya terdengar bunyi tembakan bertalu-talu macam bertih goreng dari arah masjid. Saya terus berlindung di sebalik pintu rumah dan sejurus selepas itu, terdengar jeritan penduduk kampung menyatakan masjid diserang.

"Saya hanya mampu mendoakan keselamatan suami kerana saya tahu dia mengimamkan solat Isyak. Secara kebetulan anak lain keluar, jika tidak mereka juga berjemaah di masjid," katanya.

Yah berkata, jenazah suaminya hanya dapat dikeluarkan dari masjid itu kira-kira jam 7 pagi semalam.

"Serangan ini amat kejam. Mereka tergamak menyerang dan membunuh umat Islam yang sedang solat," katanya dengan nada sedih mengenangkan kematian suaminya yang sudah 15 tahun menjadi imam masjid itu.

Adik Wan Abdullah, juga seorang imam, Wan Ismail Wan Latif, 58, berkata selain abangnya, turut terkorban ialah lapan ahli kumpulan tabligh yang berkunjung ke masjid itu sejak tiga hari lalu.

Jenazah semua mangsa disemadikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan kampung itu kira-kira 11 pagi semalam dengan dihadiri kira-kira 2,000 penduduk termasuk kumpulan pelajar pondok sekitar Narathiwat.

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Narathiwat, Abdul Razak Ali, yang meninjau tempat kejadian pagi semalam, mengutuk serangan kejam itu.

"Serangan kejam ini didalangi pihak yang tidak mahu melihat keamanan dinikmati semua penduduk di selatan Thailand. Mereka yang berbuat begini sebenarnya mahu melihat selatan Thailand terus berada dalam pergolakan," katanya.

Tinjauan Berita Harian mendapati, dinding depan masjid dan cermin pintu turut mempunyai kesan peluru, dipercayai akibat tembakan yang tersasar, manakala sebahagian besar lantai dipenuhi darah jemaah yang terkorban. Kesan itu hanya dibersihkan kira-kira 2 petang semalam dengan sebuah lori tangki air yang dihantar pihak berkuasa tempatan.


Tuesday, June 9, 2009

Membaca Al-Quran

Diriwayatkan pada suatu malam,Rasulullah S.A.W mendengar Abu Musa Asy'ari membaca Al-Quran sampai larut malam.Setelah baginda pulang ke rumah,baginda telah di tanya oleh isteri yang tercinta Aisyah Radiallahuanha kenapa baginda balik lewat.

Rasullullah menjawab bahawa baginda terpikat dengan kemerduan suara Abu Musa Asy'ari membaca Al-Quran seperti merdunya suara Nabi Daud Alaihissalam.

Di dalam riwayat yang lain banyak sekali diceritakan bahawa pengaruh Al-Quran pada masa Rasulullah S.A.W terhadap hati orang-orang kafir setelah mendengar bacaan Al-Quran itu.Tidak sedikit hati -hati yang pada mulanya memusuhi islam dan Rasulullah berbalik menjadi lunak dan mahu mengikut agama islam yang tercinta.

Produk Baru PMRAM

Beg Kecil
Harga : LE 5.00


Beg Kuliah versi 1
Harga : LE 35.00


Stiker Kuliah (ditampal pada buku masing-masing)
Harga : LE 2.00


Beg Kuliah versi 2
Harga : LE 55.00

Beg Pulang Ke Kampung Halaman
Harga : LE 60.00

Kotak pensel kain

Produk baru (PMRAM) ini boleh didapati di Pejabat PMRAM dan Markaz Hewi PMRAM.Semoga dengan pembelian barangan ini dapat memberikan kita sedikit saham untuk membantu gerak kerja,urusan dan mempercepatkan pembelian syaqah(bangunan)PMRAM yang diimpi-impikan.Walaupun sekecil manapun bantuan dan sokongan kita kepada PMRAM,mudah-mudahan dibalas dengan ganjaran yang berlipat kali ganda.Teringat saya pada kisah burung ciak yang membantu Nabi Allah Ibrahim Alaihissallam memadamkan api yang marak menyala,walaupun paruhnya kecil namun tetap ia membantu Nabi Ibrahim Alaihissalam.
Selamat membeli.

Monday, June 8, 2009

Senarai Saff Kepimpinan PAS 2009-2011


Mursyidul Am-Tuan Guru Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat
Timbalan Mursyidul Am-Prof.Dr Ust. Haron Din
Presiden - Tuan Guru Dato Sri Hj. Abd Hadi bin Hj Awang
Timbalan Presiden - Al-Fadhil Ustaz Nasarudin Bin Mat Isa
Naib Presiden - Al-Fadhil Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Bin Tuan Man
Al-Fadhil Y.B Hj.Mahfuz bin Omar
Al-Fadhil Y.B HJ. Salehudin Bin Ayub
AJK - Al-Fadhil Y.B I.R. Mohamad Nizar Bin Jamaludin
- Al-Fadhil Ustaz Idris Bin Ahmad
- Al-Fadhil Y.B Dato' Kamarudin Bin Jaafar
- Al-Fadhil Ustaz Y.B Dato' Azizan bin Abd Razak
- Al-Fadhil Y.B. Dato' Dr. Hasan Bin Ali
- Al-Fadhil Y.B. Dr. Hatta bin Ramli
- Al-Fadhil Ustaz Abd Ghani Bin Shamsudin
- Al-Fadhil Ustaz Dato' Abu Bakar bin Chik
- Al-Fadhil Hanipa Bin Maidin
- Al-Fadhil I.R. Amirudin Bin Hamzah
- Al-Fadhilah Y.B. Dr. Lo' Lo' Binti Dato Ghazali
- Al-Fadhil Ustaz Abd Ghani Bin Abd Rahman
- Al-Fadhil Dr. Zulkifli Bin Ahmad
- Al-Fadhil Dr. Syed Azman Bin Syed Nawawi
- Al-Fadhil Ustaz Hashim Bin Jasin
- Al-Fadhil Mazlan Bin Aliman
- Al-Fadhil Ustaz Taib Azamudin
- Al-Fadhil Y.B. Ustaz Mujahid Bin Yusuf Rawa