Sunday, June 7, 2009
Membaca Al-Quran
Tentang pahala orang yang mendengar Al-Quran dengan jelas di dalam Surah Al-A'raf ayat ke 204 yang bermaksud:
"Dan apabila dibacakan Al-Quran,maka dengarkanlah( baik-baik) dan perhatikanlah dengan tenang,agar kamu mendapat rahmat."
Mendengar bacaan Al-Quran dengan baik akan dapat menghiburkan hati yang sedih,menenangkan jiwa yang gelisah,melunakkan hati yang keras dan mendatangkan petunjuk.Itulah yang dimaksudkan dengan rahmat Allah,yang akan diberikan kepada orang yang mendengar bacaan Al-Quran dengan baik.
Demikian besar mukjizat Al-Quran sebagai wahyu Illahi dan tidak bosan-bosan orang membaca dan memperdengarkannya.Malahan semakin asyik orang membacanya maka semakin terpikat hatinya dengan Al-quran.Bila Al-Quran dibaca dengan lidah yang fasih,suara yang baik dan merdu akan lebih memberi pengaruh kepada jiwa yang mendengar dan semakin bercambahlah iman seseorang.
Bagaimana keadaan orang yang mukmin tatkala mendengar bacaan Al-Quran itu telah digambarkan oleh Allah di dalam surah Al-Anfal ayat 2.
Saturday, June 6, 2009
Keutamaan Membaca Al-Quran Dan Cara Membacanya (4)
"Perbanyakkanlah membaca Al-Quran di rumahmu,sesungguhnya di dalam rumah yang di dalamnya tiada orang yang membaca Al-Quran,akan sedikit sekali dijumpai kebaikan di rumah itu,dan akan banyak sekali kejahatan serta penghuninya selalu merasa sempit dan susah.
Mengenai pahala membaca Al-Quran,Saidina Ali Bin Abi Thalib menyatakan bahawa tiap-tiap orang yang membaca Al-Quran di dalam sembahyang akan mendapat pahala lima puluh kebajikan untuk tiap-tiap huruf yang telah diucapkan.Membaca Al-Quran di luar sembahyang dengan berwuduk pahalanya dua puluh lima kali kebajikan bagi tiap-tiap huruf yang dibacakannya,manakala membaca Al-Quran di luar sembahyang tampa berwuduk pula,pahalanya sepuluh kebajikan bagi setiap huruf yang diucapkannya.
Thursday, June 4, 2009
Keutamaan Membaca Al-Quran Dan Cara Membacanya (3)
"Ada dua golongan manusia yang bersungguh-sungguh orang dengki kepadanya, iaitu orang yang diberikan kitab Allah(Al-Quran), dibacanya siang dan malam dan orang yang dianugerahi oleh Allah Taala harta,siang dan malam harta itu digunakannya untuk sesuatu yang diredhai Allah."
Di dalam hadis yang lain yang telah diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan Muslim juga,Rasulallah S.A.W menyatakan kelebihan martabat dan keutamaan orang yang membaca Al-Quran Yang bermaksud:
"Perumpamaan orang mukmin yang membaca Al-Quran adalah seperti bunga Utrujjah,baunya harum dan rasanya lazat,orang mukmin yang tidak suka membaca Al-Quran adalah seperti buah kurma,baunya tidak berapa harum tetapi manis rasanya,orang munafiq yang membaca Al-Quran adalah ibarat sekuntum bunga,berbau harum,tetapi pahit rasanya,dan orang munafiq yang tidak membaca Al-Quran tak ubah seperti buah Hanzalah,tidak berbau tetapi rasanya pahit sekali."
Dalam sebuah hadis,Rasulallah S.A.W juga menerangkan bagaimana besarnya rahmat Allah Taala terhadap orang-orang yang membaca Al-Quran di rumah-rumah ibadat(masjid,surau,musalla dan lain-lain).Hal ini dikuatkan oleh sebuah hadis masyhur lagi sahih yang artinya seperti berikut:
"Kepada kaum yang suka berjemaah di rumah-rumah ibadah,membaca Al-Quran secara bergiliran dan mengajarkan terhadap sesamanya akan turunlah kepadanya ketenangan dan ketenteraman,akan melimpahlah kepadanya rahmat dan mereka akan dijaga oleh malaikat,juga Allah Yang Maha Agung akan selalu ingat mereka".
( diriwayatkan oleh Muslim dari Abu Hurairah).
Dalam hadis di atas,nyatalah bahawa membaca Al-Quran,baik yang mengetahui ertinya ataupun tidak,adalah termasuk ibadat,amal soleh dan memberi rahmat serta manfaat bagi yang melakukannya,memberi cahaya ke dalam hati nurani sehingga menjadi terang benderang,memberi cahaya kepada keluarga dan rumahtangga tempat Al-Quran itu dibaca.
Di dalam sebuah hadis yang telah diriwayatkan oleh Imam Baihaqi oleh Saidina Anas Bin Malik R.A,Rasulallah Sallallahualaihi Wasallam bersabda:
"Hendaklah kamu memberi nur(cahaya) kepada rumahtanggamu dengan solat dan membaca Al-Quran).
Kita Manusia

Bismillahirrahmanirrahim,syukur yang tidak terhingga di tujukan kepada Dia Yang Maha Esa,yang menjadikan kita dari segumpal darah seterusnya kita ditakdirkan untuk hidup sebagai seorang manusia.
Mengimbau kembali sejarah perjuangan Rasulallah,terasa jauhnya diri ini dibandingkan dengan Baginda.Kita dapat saksikan bagaimana ujian demi ujian ditempuh oleh Baginda S.A.W namun dapat dihadapi dengan penuh ketenangan,sabar,dan hati yang redha kepada Allah S.W.T.
Manusia sebenarnya dijadikan oleh Allah untuk mengabdikan diri kepadaNya.Tapi dimanakah kita sekarang?apakah amal perbuatan yang kita kerjakan mencukupi untuk kita bersama-sama menempah Syurga Allah yang seluas langit dan bumi?ataupun adakah kita mampu menahan api neraka Allah yang begitu panas dan menyala-nyala yang mana seringan-ringan azab api neraka yang menggelegak seluruh otak itupun kita tak mampu untuk menerimanya.Semoga dengan umur yang masih berbaki ini,marilah bersama-sama beristigfar memohon keampunan kepadaNya di atas segala kelalaian,kekhalalan,kelemahan yang sering melingkari hidup kita selaku manusia biasa.Mudah-mudahan Allah menutup kekurangan kita di dunia dan akhirat sana.Amin Ya Allah.
Jom Tengok Gambar ajaib..
OXFORDSHIRE - Penemuan rajah ladang berbentuk obor-obor gergasi menyebabkan penduduk tempatan gempar tetapi ia menggembirakan pemerhati fenomena ganjil di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pakar rajah ladang, Karen Alexander berkata, lukisan dengan panjang lebih 180 meter di sebuah ladang barli itu dipercayai adalah yang pertama seumpamanya di dunia.
"Sebelum ini kami biasa melihat corak haiwan seperti rama-rama dan burung. Ia amat besar iaitu tiga kali ganda lebih besar berbanding kebanyakan rajah ladang lain," katanya.
"Orang ramai gempar melihat obor-obor gergasi itu. Kami tidak tahu bagaimana ia terbentuk," tambahnya.
Setakat ini, pihak yang curiga tentang fenomena tersebut menyatakan ia dilakukan oleh penduduk setempat bagi menarik kehadiran pelancong sekali gus mengaut keuntungan lumayan.
Menurut mereka, fenomena itu yang hanya berlaku pada musim menuai ketika para petani memiliki masa lapang sekali gus mengukuhkan lagi dakwaan bahawa ia adalah hasil kerja manusia.
Kalangan skeptik lain pula mendakwa rajah itu dihasilkan oleh kumpulan pelukis dengan bantuan grafik komputer dan penglibatan sukarelawan. - Agensi
Mukjizat ke atas para Nabi Alaihissalam.
"Hai api jadilah enkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim"
Ayat 69.
Nabi Nuh Alaihissalam mukjizatnya adalah kemampuan Baginda membuat bahtera yang mampu melawan terjahan banjir besar.Begitulah juga Nabi Musa Alaihissalam dengan tongkat Baginda mampu membelah laut yang dengannya Baginda bersama pengikutnya menyeberang ke daratan.Dengan kuasa Yang Maha Perkasa,Firaun dan bala tenteranya tenggelam di dalam lautan.
Nabi Isa Alaihissalam pula dianugerahkan oleh Allah Taala mukjizat berbentuk perubatan.Baginda mampu menghidupkan orang yang telah mati,menyembuhkan orang yang sopak,mengembalikan penglihatan orang yang buta dan cacat anggota,dan penyakit bawaan seperti kerasukan dan gila.
Akan tetapi berbeza dengan nabi kita Muhamad S.A.W adalah berbeza dimana Al-Quran dianggap sebagi mukjizat yang paling agung.
Tuesday, June 2, 2009
Puisi Diriku

Tidak selalu orang tidak beriman mendapatkan sesuatu yang terbaik,
orang yang beriman yang mempunyai kegigihan berusaha,
orang itulah akan terus bertahan dan tidak pernah,
menyerah kalahlah akan terus mendapat kejayaan,"
Kejayaan sebenarnya dalam berbagai cara dan bidang,
yang mempunyai kekuatan,bertungkus lumus,
dan memberi kepercayaan kepada diri sendiri."
Jangan meratap kerana sesuatu perkara yang menyedihkan,
kerana semuanya telah berubah,
lebihlah bijaksana dalam mengatur langkah,
dalam meniti hidup yang tidak abadi ini,
dengan Iman dan Takwa,pasti kita berjaya."A
