Tuesday, April 28, 2009

Teruskan Berusaha

Kita dijadikan seorang istimewa,insan khalifah di alam maya
merantau jauh meninggalkan kampung dan desa
punyai nilai peribadi yang sempurna
kita semuanya sama
kerana ALLAH tidak akan menzalimi hambaNya


Sahabat,sahabiah,doktor dan doktorah semua
orang yang gigih berusaha
tidak akan di biarkan saja
kerana kita semua berhak berjaya

masa yang ada gunalah sebaiknya
jangan lupa ibu dan bapa
teman dan saudara
kerana mereka ingin melihat kejayaan kita

Jangan meratap masa yang lama
kerana kegagalan telah meninggalkan kita
yang penting kita kuat berusaha
segalanya terserah kepada kita

Jika duka,ingatlah kepada Pencipta
senang pula janganlah lupa
Teruskan berusaha,teruskan berusaha
Itulah bukti BERJAYA

Monday, April 27, 2009

Selawat Kepada Junjungan Mulia

Sabda Rasullallah s.a.w:

"Barangsiapa selawat ke atasku sekali,nescaya Allah selawat keatasnya sepuluh kali".
(imam muslim)

Sesiapa yang berselawat kepada Nabi Muhamad S.A.W mendapat rahmat dan kebajikan Allah.Berselawat kepada Baginda juga meninggikan darjat,dan hapus kesalahan.Seterusnya jika kita berselawat kepada Nabi muhamad 100 kali mendapat kesempurnaan iman.Dengan ingatan kita sebanyak-bnyaknya kepada Baginda memberi 1001 kelebihan. Ia juga dapat mendekatkan diri kepada pencipta Alam ini.Berselawatlah kepadanya kerana baginda kelak akan memberikan syafaat(pertolongan)di akhirat kelak yang mana ketika itu,semua makhluk memerlukan syafaat Nabi Muhamad yang mulia.Barulah manusia merasa besarnya pertolongan ketika manusia berada dalam hiruk-pikuk kedahsyatan hari kiamat.


Berselawatlah kepada baginda kita tidak akan menyesal di dalam kehidupan di dunia bahkan hingga ke akhirat kelak. Malaikat rahmat akan selalu memberi pertolongan kepada sesiapa yang berselawat dengan ikhlas.Tambahan kehidupan kita kini banyak memerlukan rezeki untuk meneruskan hidup,insyaallah dengan sentiasa ingat kepada Nabi kita,daspat memberi ketenangan dan rezeki.Berselawatlah kepada junjungan Mulia ini,duhai sahabat-sahabiah sekelian kerana tidak ada ruginya kepada kita,bahkan membawa kebaikan kepada diri kita.

Sunday, April 26, 2009

Mengapa perlu kemahiran belajar

1.Persaingan dunia kini semakin meningkat,dengan daya saing dan cabaran kehidupan semakin tinggi.Segala cabaran dan masalah dapat diatasi dengan kesungguhan dalam melaksanakan tugasan dan hubungan kita dengan Allah Taala dijaga contohnya solat,berdoa.(Man Jadda Wa Jada)

2.Kesibukan dengan aktiviti masing-masing di kuliah,rumah,pejabat dan aktiviti keluarga,masyarakat dan gangguan hiburan,hawa nafsu.Jangan sampai tidak ada masa beribadah kepada Allah.Bimbang takut-takut,kita dibiarkan oleh Allah.Semua perkara memerlukan kepada bantuanNya.

3.Pencemaran alam,bunyi dan jerebu mengganggu situasi pembelajaran dan Ibadah kita.Waktu yang paling sesuai beribadat ialah diwaktu malam tatkala semua manusia tidur nyenyak dibuai mimpi,kita bangun mengadap ILLAHI,merintih, merayu dan berdoa kepadaNya memohon kehendak,dan kelalaian kita melakukan dosa kepadaNya,kerana pada setiap malam ada suatu masa Allah akan makbulkan doa kita .

4.Mobiliti-Jika bapa kita seorang seorang guru kita mesti brikhtiar menjadi sorang pendidik yang berjaya di dunia dan akhirat.Kita perlu ikut resmi padi semakin berisi semakin tunduk ke bumi.

5.Satu perjuangan dan Jihad untuk diri, keluarga ,masyarakat yang semakin lalai.Sentiasa mengingatiNya dalam melakukan perkerjaan dengan mengucapkan Bismillah,membuatkan kerja kita menjadi berkat dan mendapat redha Allah Taala.

Al-Quran Penawar Jiwa

Al-Quran adalah mukjizat terbesar bagi ummat Nabi Muhamad Sallallahualaihiwasallam.Segala apa yang terkandung didalamnya adalah menjadi penawar yang mujarab,dalam menghadapi kehidupan di dunia ini.Segala penyakit yang timbul di jiwa adalah berpunca daripada kurangnya seseorang insan itu ingat kepada ALLAH SUBHANAHUWATAALA.Untuk kita selalu mengingatiNYA, ALLAH TAALA telah mengutuskan Jibril menurunkan Al-Quran yang begitu mulia kepada Junjungan kita Nabi Muhamad Sallallahualaihiwasallam.

Di dalamnya terdapat banyak ayat -ayat yang boleh mengubati apa sahaja masalah yang dihadapi oleh kita yang bergelar makhluk ini.Samada masalah jiwa,pelajaran,tekanan perasaan,harta,jasmani dan berbagai lagi penyakit yang ada.Inilah penawar yang mujarab di dalam kita menghadapi pancaroba yang mendatang.Sungguh benarlah firman ILLAHI Al-Quran yang bermaksud:

(Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi menjadi tenteram dengan mengingati Allah.Ingatlah hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram).
(Surah Ar-Ra'd 13:28)

Firman Allah Subhanahuwataala lagi bererti:

(Barangsiapa berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran),kami akan adakan baginya syaitan (yang menyesatkan)maka syaitan itulah yang menjadi teman yang selalu menyertainya dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar
menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka mereka mendapat petunjuk).
(Surah AL-Zukhruf43:Ayat 36-37)

Firman ALLAH TAALA lagi bermaksud:

(Sesiapa yang mentaati Allah Dan RasulNya serta takut dan bertakwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang mendapat kemenangan).
(surah An-Nur 24 :52)

Friday, April 24, 2009

Hari Jumaat,hari yang begitu agung.Padanya akan terjadinya hari kiamat

Tuesday, April 21, 2009

MAKHLUK HALUS MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH

SIRI PERTAMA:

Yang dimaksudkan dengan makhluk-makhluk halus ialah makhluk yang diciptakan oleh ALLAH SUBHANAHUWATAALA tanpa berjisim kebiasaannya yang kebiasaannya tidak dapat dilihat oleh mata atau dirasa oleh tangan.Mereka hidup didalam alamnya atau alam ghaib.Makhluk-makhluk ini pada asalnya berasal daripada cahaya,iaitu malaikat yang sentiasa taat kepada perintah ALLAH SUBHANAHUWATAALA dan ada asal kejadiannya dripada api iaitulah yang terdiri daripada syaitan,jin,iblis dan lain-lainnya.

Beriman atau mempercayainya dan hal-hal ghaib seperti ini adalah ciri-ciri mukmin yang bertakwa kepada ALLAH TUHAN SEKELIAN ALAM.Dalam Surah Al-baqarah ayat 2-4 tersebut Firman ALLAH bermaksud:

(Al-Quran itu tidak ada keraguan padanya,menjadi petunjuk bagi mereka yang bertakwa iaitu mereka yang beriman kepada perkara yan Ghaib,yang mendirikan solat,dan menggunakan sebahagian rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka).

(petikan dari k.kerja Al-fadhil Dato'Dr Harun Din)

Monday, April 20, 2009

INSAN YANG CEMERLANG

1. Badan yang sihat,kuat serta otak yang cerdas.

2.Berilmu

3.Berwawasan(Bercita-cita tinggi dan berusaha bertindak untuk mencapainya)

4.Berakhlak mulia
-Pakaian
-Percakapan
-Kelakuan
-Pergaulan
-Pemikiran

5.Taat kepada Agama Islam

Sunday, April 19, 2009

ISLAM TIDAK MENGENAL PUTUS ASA

1.Syaitan sentiasa menggoda dan melalaikan.

2.Belajar dan bekerja adalah ibadat.

3.Firman ALLAH SUBHANAHUWATAALA :"Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah,nescaya DIA akan membuka jalan keluar baginya.Dan ALLAH akan memberi sumber rezeki kepadanya dari sumber rezeki yang tidak pernah dijangka nya"(surah At-thalaq 2-3).

4.Firman ALLAH SUBHANAHUWATAALA:"Wahai orang-orang beriman mintalah pertolongan dengan sabar dan mendirikan sembahyang,sesungguhnya ALLAH bersama dengan orang-orang yang bersabar"(Al-baqarah 153 ).

5.Sabda Rasulallah S.a.w "Aku takut akan suatu atas ummatku.Besar perut,berterusan tidur,pemalas dan lemah keyakinan"(Riwayat DarulQutni).

Friday, April 17, 2009

13 wasiat Luqmanul Hakim

  1. Jangan terlalu mudah ketawa,jangan berjalan tanpa tujuan,jangan bertanya tanpa guna dan jangan mensia-siakan harta dunia anda.
  2. Jangan cenderung kepada dunia anda akan menjadi hina.
  3. Jangan bersahabat kerana sesuatu hajat.
  4. Untuk mencari teman sejati,ujilah daya kemarahannya.
  5. Makanlah bersama dengan orang bertakwa,dan bermesyuaratlah dengan orang alim.
  6. Ketahuilah bahawa memindahkan batu berat yang besar lebih mudah dari memberi pengertian kepada seseorang yang tak mahu mengerti.
  7. Jiran yang jahat lebih berat dari mengangkat batu yang berat.
  8. Takutkan ALLAH dengan sebenar-benar takut akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.
  9. Jauhi diri anda dari hutang kerana akan menjadikan diri anda hina siang dan malam.
  10. Marah orang tua anda ibarat siraman air kepada tanaman yang kering kontang.
  11. Orang yang tawadduk adalah orang yang merasa hina semasa beribadat.
  12. Orang yang bersedia untuk diberi nasihat dan selepasnya insaf akan sentiasa mendapat kemuliaan dari ALLAH.
  13. Dunia ibarat lautan dalam.banyak manusia karam,jika ingin selamat naikilah bahtera yang bernamaTAKWA,isinya adalah IMAN,layarilah dengan TAWAKKAL.

Monday, April 13, 2009

JANGN MEMBUANG MASA

Salam IMTIHAN untuk semua.

Apa khabar sahabat sekelian?bagaimanakah keadaan kita hari ini? adakah bersedia untuk menghadapi imtihan yang bakal MENGHAMPIRI KITA? rata ratanya bagi mahasiswa pengajian Islam akan menghadapi peperiksaan pada 15 hb 5,manakala mahasiswa perubatan pada 20 hb4 ini.Sedarilah sahabat sahabiah semua,masa yang berbaki hanya tinggal beberapa minggu dari sekarang.INGATlah bahawa kita adalah Duta bangsa.Hindarilah perangai malas mengulangkaji,bersembang perkara yang melalaikan,banyak tidur dan sebagainya.Perasaan tersebut boleh diatasi dengan meminta perlindungan dari ALLAH SUBHANAHUWATAALA contohnya melalui doa,solat hajat dan taubat,melawan sifat mazmumah dan bersungguh-sungguh dalam mengulangkaji pelajaran.Masa yang ada kita gunakan dengan sebaik mungkin jangan kita menangguhkan pembacaan kita demi masa depan Islam yang tercinta.