- Jangan terlalu mudah ketawa,jangan berjalan tanpa tujuan,jangan bertanya tanpa guna dan jangan mensia-siakan harta dunia anda.
- Jangan cenderung kepada dunia anda akan menjadi hina.
- Jangan bersahabat kerana sesuatu hajat.
- Untuk mencari teman sejati,ujilah daya kemarahannya.
- Makanlah bersama dengan orang bertakwa,dan bermesyuaratlah dengan orang alim.
- Ketahuilah bahawa memindahkan batu berat yang besar lebih mudah dari memberi pengertian kepada seseorang yang tak mahu mengerti.
- Jiran yang jahat lebih berat dari mengangkat batu yang berat.
- Takutkan ALLAH dengan sebenar-benar takut akan terlepas dari sifat-sifat putus asa.
- Jauhi diri anda dari hutang kerana akan menjadikan diri anda hina siang dan malam.
- Marah orang tua anda ibarat siraman air kepada tanaman yang kering kontang.
- Orang yang tawadduk adalah orang yang merasa hina semasa beribadat.
- Orang yang bersedia untuk diberi nasihat dan selepasnya insaf akan sentiasa mendapat kemuliaan dari ALLAH.
- Dunia ibarat lautan dalam.banyak manusia karam,jika ingin selamat naikilah bahtera yang bernamaTAKWA,isinya adalah IMAN,layarilah dengan TAWAKKAL.
Friday, April 17, 2009
13 wasiat Luqmanul Hakim
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment