
Monday, May 31, 2010
PMRAM Bersama Gaza

Misi Kemanusiaan Ke GAZA

Sebuah kapal laut Israel sedang meronda berhampiran pelabuhan Ashdod, Israel, 31 Mei, 2010. Pertembungan berlaku pada pagi Isnin di antara flotila aktivis batuan antarabangsa Gaza dan tentera laut Israel, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang yang terkorban.

Sebuah kapal laut Israel meronda berhampiran pelabuhan Ashdod, Israel, 31 Mei, 2010.



Sebuah kapal laut Israel sedang meronda berhampiran pelabuhan Ashdod, Israel, 31 Mei, 2010. Pertembungan berlaku pada pagi Isnin di antara flotila aktivis batuan antarabangsa Gaza dan tentera laut Israel, menyebabkan sekurang-kurangnya 19 orang yang terkorban.

Sebuah kapal laut Israel meronda berhampiran pelabuhan Ashdod, Israel, 31 Mei, 2010.


************************************************************************************
Berikut adalah nama-nama mereka yang mengikuti Misi Kemanusiaan ke Gaza :
1. Tn Hj Noorazman bin Mohd Samsuddin,
2. Dr Mohd Arbai’e bin Syawal,
3. Dr Syed Muhammad Haleem bin Syed Hasan al-Haddad,
4. Ust Al-Hami Husain bin Suhaimi,
5. Mohd Nizam bin Mohd Awang,
6. Ust Hasanuddin bin Mohd Yunus,
7. Tn Hj Jamuliddin bin Elias,
8. Dr Selamat bin Aliman,
9. Abdul Halim bin Mohd Redzuan, Muslim Care
10. Mustafa bin Mansur,
11. Ashwat bin Ismail, Wartawan ASTRO
12. Shamsul Kamal Latif, Juru kamera ASTRO
Gambar-gambar mereka yang diambil sebelum berangkat ke Turki memulakan misi. Dikutip dari photo album isteri Dr Selamat Aliman. Kenanglah wajah-wajah mereka di dalam do'a-do'a kita moga mereka beroleh kekuatan jika ditangkap dan diinterogasi oleh tentera ISRAEL.



Sumber : muslimeen united, ummuasiah2001.blogspot
Saturday, May 29, 2010
Bantah Jangan Tak Bantah

YDP BKASM Saudara Abdul Muizz bin Abd Talib begitu bersemangat dalam menyampaikan hujah tentang peranan mahasiswa islam berkaitan isu yang berbangkit.


Friday, May 28, 2010
Sinar Islam
Istanbul- Ahad 23 mei 2010. Jam 10 malam waktu Istanbul, di hadapan pejabat IHH Insani Yardim Vakfi di Fateh, bersempena dengan keberangkatan konvoi bantuan kemanusiaan ke Gaza, telah diadakan acara kesyukuran sempena kemasukan Peter Veana, 63 tahun, ke dalam agama Islam. Peter yang merupakan seorang berasal daripada Isle of Wights di Selatan England, kemudiannya menukar nama beliau kepada Muhammad Fatih.
Acara tersebut berlangsung sederhana dan sangat mengharukan, di antara anggota rombongan ada yang memberikan hadiah spontan berupa kopiah, baju jubah dan tasbih. Turut hadir memberikan ucapan tahniah dan doa selamat kepada Peter termasuklah Dr. Nawaf Takruri Ketua Persatuan Ulama Palestina di Syria, Syekh Abdul Ghani Atamimi Ketua Persatuan Ulama Palestina di Luar Negeri, dan juga hadir Ust Ferry Nur, ketua KISPA Indonesia.
Laungan takbir bergema di depan pejabat IHH pada malam itu sebagai ungkapan haru atas hidayah dan anugerah yang telah diberikan Allah kepada Muhammad Fatih. Beliau pernah menyertai rombongan Viva Palestina ke-3 pada bulan Januari tahun 2010 yang lalu, sekarang dengan penuh kesedaran yang tinggi masuk ke dalam agama Islam.
Wajah Peter setelah memeluk agama Islam, Subhanallah.Kita yang sudah lama beragama islam ini macam mana?adakah kita bergembira dan bersyukur dengannya?tepuk dada tanyalah iman.
Sunday, May 23, 2010
Biodata Rasulullah Sallallahualaihi Wasallam
· Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
· Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
· Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
· Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
· Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
· Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
· Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
· Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
·Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).
· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ , jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah 14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah.
USIA 25 TAHUN
· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
· Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
§ Khadijah Binti Khuwailid
§ Saudah Binti Zam’ah
§ ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
§ Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
§ Zainab Binti Jahsy
§ Maimunah Binti Harith
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)
ANAK-ANAK RASULULLAH SAW
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).
SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW
SAUDARA SUSUAN
1.. Thuwaibah
1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad
1. Halimah Al-Saidiyyah
1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza
3.. Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza
4. ‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza
BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW (ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah
5. Al-’Abbas
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya ‘Abdul ‘Uzza)
8. Abdul Ka’bah
9. Hijl 10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13.. ‘Atiqah
14. Arwa
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-’Awwam) ****** Sempat masuk Islam. ## Ulama’ berselisih pendapat tentang Islamnya.
Thursday, May 20, 2010
PMRAM Mengecam Penghinaan Rasulullah S.A.W
| | | | |
|
Bahkan penghinaan yang dilakukan ini bukanlah perkara baru. Sebelum ini juga sebagaimana yang diketahui karikatur yang dilukis oleh seorang pelukis Denmark jelas menghina baginda SAW. Namun kali ini penghinaan yang dilakukan melalui Facebook memandangkan komuniti yang berada di dalamnya sangat besar dan paling disukai ramai ketika ini. Hal ini merupakan jenayah cyber yang digunakan oleh pihak musuh Islam untuk membangkitkan kemarahan umat Islam. Sehubungan dengan itu, Islam Today telah melaporkan Kerajaan Pakistan telah diarahkan untuk menutup laman web sosial di Pakistan sehingga 31 Mei. Pertandingan ini telah digerakkan oleh sebuah kumpulan dalam laman web facebook untuk memburukkan Islam yang dijadualkan berlangsung pada 14 sehingga 20 Mei. Perkara penghinaan kepada Rasulullah adalah perkara yang melibatkan kesucian Islam. Dan ianya telah dikotori oleh tangan-tangan jahat untuk memburukkan Islam dan Rasulullah SAW. Kumpulan tersebut telah menggunakan facebook sebagai mempromosi rancangan jahat mereka, sekali pengguna melayari dan memasuki halaman web Facebook (selagi mana halaman Everybody Draw Mohammed Day! ada) maka ianya telah menyumbang sebanyak $5 kepada kumpulan Yahudi tersebut. Maka, apabila pengguna Facebook mendaftar masuk ianya sekaligus telah menyumbang kepada penghinaan kepada Rasulullah SAW. " Medium penyebaran media merupakan satu wasilah yang sangat luas pada ketika ini. Kita khuatir sekiranya medium ini disalah guna, maka akan menimbulkan kontroversi yang negatif. Kita meminta agar ahli mengambil berat akan perkara ini dan sama-sama mengecam akan tindakan yang biadap tersebut " ujar Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM, Saudara Mohd Faizzudin Ghazali. Justeru, PMRAM mengharapkan kepada seluruh ahli yang mempunyai akaun halaman facebook agar dapat menutup sementara waktu halaman web sosial tersebut sebagai tanda protes dan tidak bersetuju kepada penghinaan kepada baginda Nabi Muhammad SAW. ########################################## Harapan saya kepada kalian semua agar tidak membuka facebook sehingga 21 Mei ini.Mudah-mudahan sekumit usaha yang kita lakukan untuk Nabi kita Muhamad Sallallahualaihiwassalam bakal diganjari pahala, insyaallah. Fidaka Ya Rasulullah... |

