Tuesday, December 22, 2009

hijrah....


Salam Maal Hijrah kepada semua kenalan.Hijrah diri adalah satu perkara yang sinonim kepada sesiapa yang ingin gemilang.
Perlu di dalam diri kita seiring dengan perkembangan semasa.Hijrah memerlukan suatu keazaman lantas bakal menjadikan diri kita lebih cemerlang daripada hari semalam.
Penghijrahan dalam diri amatlah penting.Nabi Muhamad dan Saidina Abu Bakar berhijrah dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi mendaulatkan agama Islam yang tercinta di kala umat manusia masih buta dalam hati mereka.
Kita perlu berhijrah ataupun berubah daripada kegelapan kepada cahaya, kejahatan ke arah kebaikan,pecah belah kepada ukhuwwah,kemalasan kepada kerajinan.
Dari situlah akan bermulanya bibit kejayaan pada diri ,masyarakat,dan negara yang kita cintai.


Thursday, December 10, 2009

.......

Bagi masyarakat bukan Islam di barat melihat ia sebagai satu ritual walhal sebenarnya mengucup Hajarulaswad bukanlah ritual dan ia tidak ada kena mengena dengan syarat-syarat ibadat haji atau umrah.
Pertanyaan sebegini pernah dice­tuskan oleh Sayidina Umar al-Khattab. Beliau berkata, "Saya tahu anda adalah sebuah batu yang tidak mendatang­kan bahaya dan manfaat. Jika tidak aku melihat Rasulullah s.a.w. mengu­cupmu, nescaya aku tidak akan men­ciummu:' (Hadis No. 228 Kitab Sahih Muslim).




Adalah satu perbuatan tidak masuk akal jika mereka mengagung­agungkannya kerana ia hanyalah sebuah batu. Namun perlu difahami, umat Islam bertindak mencium dan mengusap batu itu bukanlah bertu­juan untuk menyembahnya. Semua itu adalah saksi ketaatan dan rasa tun­duk umat manusia terhadap perintah Allah s.w.t. menerusi ajaran dan sunah yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda dalam hadis sahih riwayat Imam Bathaqie dan Ibnu Abbas ra bahawa, "Allah akan membangkitkan Hajarulaswad pada hari kiamat. la da­pat melihat dan berkata-kata. la akan menjadi saksi terhadap orang yang pernah memegangnya dengan ikhlas dan benar. Sejarah awal mendedahkan secara kasar, batu itu pernah pecah pada Za­man Pertengahan menjadi lapan ke­pingan batu kecil. Gugusan terbesar dikatakan sebesar buah kurma dan tertanam dalam sebuah batu besar bersalut perak berukuran 25 sentime­ter panjang dan 17 sentimeter lebar.

Orang pertama yang memasang lingkaran pita perak itu adalah se­orang ahli sejarah dari Mekah, Abdul­lah Zubair, selepas berlaku kebakaran pada Kaabah. Pemasangan itu dilaku­kan agar Hajarulaswad tetap utuh dan tidak mudah pecah. Pada tahun 189 Hiirah. Khalifah Uthmaniah. Sultan Harun ar-Rasyid telah melakukan um­rah di Mekah. Baginda memerintahkan seoranq pengukir perak terkenal ketika itu, Ibnu at-Tahnan, untuk menyem purnakan lingkaran perak di sekeliling Hajarulaswad dan membuatnya lebih berkilat dan berkilau.

Kenapa batu itu begitu istimewa di kalangan umat Islam? Tidak lain ke­rana batu Hajarulaswad diriwayatkan permata yang berasal dari syurga dan dibawa turun ke bumi melalui malaikat Jibril. la kemudian diberikan kepada Nabi Ibrahim a.s untuk diletakkan di salah satu sudut Kaabah. Lokasinya kini terletak di sudut timur Kaabah pada ketinggian 1.5 meter dari lantai Masji­dilharam. Hajarulaswad menjadi tanda permulaan dan penghabisan pusingan tawaf di Kaabah.

Mengagumkan, warna asalnya dikatakan lebih putih daripada susu. Menurut riwayat Ibnu Abbas dan Ab­dullah, dahulu batu itu bukan saja ber­warna putih, tetapi juga memancarkan cahaya berkilau yang menyinari dari timur hingga ke barat. Sekiranya Allah tidak memadamkan kilauan itu, tidak seorang pun manusia yang sanggup memandangnya.

Soalnya, kenapa batu itu berubah warna menjadi hitam? Rasulullah s.a.w. bersabda, "Dosa-dosa anak cucu Nabi Adamlah yang menjadikannya sebe­gitu rupa:'Sejak itu, batu ini dinamakan Hajarulaswad yang membawa maksud batu hitam.

Bagaimanapun, saintis Barat sukar mempercayai hal ini, malah terus mem­pertikaikan asal-usul batuan itu. Lalu, ilmuwan Islam dari Mesir, Prof. Dr. Zaghlul An-Najjar, mengalu-alukan saintis dunia mengkaji perkara itu bagi membuktikan asal-usul Hajaru­laswad dari syurga sememangnya adalah benar.


Lapan gugusan batu hitam ini disahkan oleh saintis barat sebagi batuan tertua dan tidak menyerupai mana-mana batuan di bumi ini.


An-Najjar meyakinkan dunia Is­lam bahawa kajian itu tidak akan me­rosakkan batuan tersebut. Justeru, Lembaga Geografi Inggeris begitu teruja menghantar seorang pengkaji mereka ke Mekah.Tiba di sana, penye­lidik itu mengambil dua sampel batu Hajarulaswad bersaiz mikro. Sampel itu kemudian dihantar ke makmal un­tuk diuji kaji. Hasil penelitian itu mendapati, usia batu itu adalah yang tertua di dunia dan kondisi batu itu langsung tidak sama dengan mana-mana batuan yang terdapat di bumi. Mereka kemudian mengesahkan batu Haja­rulaswad bukan berasal dari planet ini kerana ia tidak serupa dengan batuan dalam sistem suria kita. Pembuktian saintifik itu telah mengejutkan dunia Barat. Kesahihan itu sekali gus mele­takkan kebenaran dalam ajaran Islam.

Sesungguhnya, mengucup dan mengusap Hajarulaswad bukanlah satu perbuatan doqmatik semata­mata, tetapi ia adalah perlakuan logis yang tidak perlu diragui dan dipertikaikan lagi. Justeru, kalau ada peluang, kucuplah kerana Siti Aisyah ra meriwayatkan, Rasulullah s.a.w. pernah bersabda: "Nikmatilah (pe­ganglah) Hajarulaswad ini sebelum diangkat (dari bumi). la berasal dari syurga dan setiap sesuatu yang keluar dari syurga akan kembali ke syurga sebelum kiamat:'

Sumber:majalah infiniti

Saturday, December 5, 2009

Nantikan Kemunculannya.....

Tak sangka, ia akan pergi sehingga ke tahap ini jika ianya menjadi realiti! Ini secara langsung

menunjukkan bahawa berita harian ini menjadi tumpuan oleh masyarakat negara yang lain
selain turut diberi liputan luas di negara ini. Bahkan, ia juga menunjukkan bahawa isu semasa ini amat menarik untuk diperhalusi akan kebenarannya yang sebenar! Penangan dan liputan meluas mengenai pembunuhan model dan penterjemah dari Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang dibunuh dan diletupkan dengan kejam menggunakan bom C4 sebelum ini, menyebabkan TVB Hong Kong merancang untuk menayangkan kes pembunuhan Altantuya dalam drama siri emas pada tahun 2010 nanti.

Altantuya Shaaribuu dijumpai mati pada Oktober 2006. Abdul Razak Baginda, kawan rapat kepada Najib dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan membunuh tetapi kemudian dibebaskan. Dua anggota polis Chief Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Korporal Sirul Azhar Umar,36, didapati bersalah dan dihukum mati.

Bekas wartawan Susan Loone mengatakan bahawa Hong Kong akan menghasilkan sebuah drama siri berdasarkan pemberitaan seorang wartawan Perancis, Arnaud Dubus tentang pembunuhan Altantuya dari akhbar La Liberation.

Drama bersiri tersebut akan dinamakan “Ulaanbaatar, Paris, Kuala Lumpur”. Watak Altantuya akan dimainkan oleh Sonija Kwok, Najib Tun Razak oleh pelakon veteran Kwok Fung, Razak Baginda oleh Bill Chan Sek Sau dan Rosmah Mansur oleh Rebecca Chan. Sama ada berita harian ini akan direalisasikan atau tidak , yang pentingnya kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu mempunyai cukup untuk semua elemen yang diperlukan oleh sebuah filem. Cerita ini menglibatkan politik, skandal perempuan, senjata api, pembunuhan, sesuai untuk perfileman.

P/S : Politik itu memang satu drama – Semua nama dan lakonan adalah rekaan semata mata dan mungkin secara kebetulan, tidak ada kena mengena dengan hidup atau yang mati – jangan lupa ayat itu dihujung setiap drama yang beretika.

Anda mungkin juga meminati DRAMA BERSIRI INI Hurm!!!!!

Monday, November 30, 2009


Apa khabar semua?bagaimana hari raya korban pada tahun ini,tentu meriah bukan?bagi kita yang berada di perantauan ape kurangnye.Semperna hari yang begitu bermakna ini,saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan .

Sementara peluang umur yang diberi olehNYA masih ada,marilah kita memohon ampun kepada ALLAH YANG MENGUASAI HARI PEMBALASAN agar mengampuni dosa-dosa kita yang telah kita lakukan yang disedari ataupun tidak.Bagaimana pula dengan ibu kita adakah kita memohon maaf atas kenakalan,kejahatan,keburukan,kedurhakaan yang pernah kita ajukan kepada ibu dan ayah kita?

Jika mereka masih bernyawa,cepat-cepatlah kita memohon ampun kepada mereka,agar hidup kita di dunia ini mereka redho.Jangan disebabkan sikap ego kita yang semakin menebal menutupi hati & limpa,kita bersikap biadap kepada mereka!

Kawanku ,adakah kita pernah mendengar berita,cerita tentang balasan yang diterima oleh anak yang durhaka?adakah peristiwa ini tidak mampu berlaku pada era millenium ini?pernahkah kita mendengar kisah Alqomah yang tidak dapat mengucap 2 kalimah Syahadat gara2 tindakannya yang kasih kepada isteri melebihi dari ibunya.

Cuba kita fikirkan, sementara Allah masih memberi kita akal fikiran,bagaimanakah sikap kita kepada orang tua,guru2,pemimpin ,kawan2,keluarga kita.Ada yang sanggup menyepak terajang emaknya sendiri kerana tidak mahu memberinya duit?sanggup tidak balik ke kampung kerana marahkan sikap emak & ayah di kampung.

Marilah kita bersama bermaafan semperna dengan bulan yang mulia ini.Bulan yang mana telah diselamatkan Nabi Allah Ismail Alaihissalam daripada di sembelih oleh ayahanda Baginda Nabi Ibrahim Alaihissalam.

Sementara mereka masih bernyawa,sebelum mereka (ibubapa)menggelarkan kita anak durhaka,cepat2 meminta ampun.

Insyaallah Allah tidak akan mensia2kan kita...
Kemaaafan dipinta ,sekiranya coretan Idul Adha ini menjentik hati sahabat-sahabiah semua.

Sunday, November 22, 2009

Best

Kenalan yang budiman ,apa persediaan kita untuk majlis hari raya Aidiladha yang akan menjelma tak lama lagi?lembu,kerbau,unta,khorof(biri2)kambing macam ner?dah tempah ke?

Kalau kita yang dah alhamdulillah,macam ner yang lainnya?

Di negara Mesir biasanya harga binatang yang akan dikorbankan akan melonjak tinggi melebihi hari2 sebelum perayaan.
5,6,7 ratus adalah harga biasa bagi seekor kambing.

Harga unta biasanya lebih murah daripada lembu kerana daging lembu lebih banyak.


Oleh itu,kalau nak tempah tu biarlah awal takut 2 harga mahal...

Ganjaran Zulhijjah

ZULHIJJAH, khususnya sepuluh hari awalnya adalah peluang kedua selepas Ramadan untuk umat Islam mendapatkan gandaan keredaan, keampunan dan pahala amalan.

Disebutkan oleh Rasulullah SAW:
“Sebaik-baik hari di dunia adalah sepuluh hari itu.” (Riwayat al-Bazzar: Albani: Sahih).

Allah SWT pula berfirman: “Demi fajar dan hari-hari yang sepuluh,” (Al-Fajr: 1)


Majoriti ulama menyatakan hari sepuluh itu merujuk kepada hari pertama hingga sepuluh Zulhijjah dan bukan sepuluh terakhir Ramadan. (Zad Al-Ma’ad, Ibn Qayyim)



AMALAN-AMALAN UTAMA

Manakala antara amalan yang digalakkan sepanjang sepuluh awal Zulhijjah yang sangat besar pahalanya itu:

1. Zikir: Iaitu dengan memperbanyakkan zikir Subhanallah, Alhamdulillah, La ilaha Illa Allah dan Allahu Akbar.

2. Berpuasa: Digalakkan berpuasa pada satu hingga sembilan Zulhijjah bagi orang yang tidak menunaikan Haji. Hari Arafah (9 Zulhijjah) pula adalah hari terbaik untuk berpuasa.

Nabi Muhammad SAW bersabda mengenai kelebihan hari Arafah: “Tiada hari yang lebih banyak Allah membebaskan hambanya lebih daripada hari Arafah,” (Riwayat Muslim). Rasulullah SAW juga bila ditanya mengenai kelebihan berpuasa pada hari Arafah menjawab, ia menghapuskan dosa yang lalu dan tahun kemudiannya.

3. Melakukan lain-lain amalan seperti bersedekah, membaca al-Quran, solat sunat dan lain-lain. Ini semua termasuk dalam umum hadis yang menunjukkan ia disukai oleh Allah SWT.

4. Menjauhi maksiat dan masa terbaik untuk memulakan taubat bagi sesiapa yang masih menangguhnya. Amat biadap jika umat Islam bersukaria dengan melampaui batas haram pada hari yang agung di sisi Allah ini.

5. Bertakbir: Ibn Abi Shaibah menyebut Ali KW menunjukkan bahawa permulaan takbir bermula sejurus selepas solat Subuh hari Arafah sehingga hujung waktu Asar hari ketiga Tashriq.

6. Berkorban: Allah SWT berfirman: “dan berdoalah dan berkorban.” Allah SWT juga menyebut: “Sesiapa yang membesarkan syiar Allah (berkorban) maka ia adalah daripada tanda ketakwaan hati.” (Al-Hajj: 32)



POTONG KUKU, RAMBUT DAN HUKUM KORBAN

Hukum berkorban adalah sunat muakkad (yang dituntut) bagi orang yang mempunyai lebihan dan kemudahan harta. Demikian pendapat majoriti ulama, termasuk sahabat seperti Abu Bakar as-Siddiq RA, Umar al-Khattab RA, Ibn Mas’ud RA dan lain-lain, kecuali Imam Abu Hanifah berpendapat ia wajib bagi mereka yang berkemampuan.

Bagi menggandakan pahala korban, seseorang yang sudah berniat awal untuk melakukannya digalak menahan diri daripada memotong rambut dan kuku. Ia berdasarkan hadis riwayat Muslim yang sahih iaitu:

“Barang siapa yang ingin menyembelih (berkorban), dan masuk sepuluh awal Zulhijjah), maka janganlah dia memotong apa-apa rambut atau kukunya sehinggalah sampai korban dilaksanakan.” (Muslim, 3/39)

Justeru, majoriti ulama daripada mazhab Maliki, Syafie dan sebahagian Hambali menyatakan makruh hukumnya bagi melanggarnya. Bagaimanapun, ia tidak termasuk dalam kategori haram kerana Aisyah RA pernah meriwayatkan bahawa beliau pernah menempah (menandakan dan membeli binatang) dan diniatkan untuk dilakukan korban.

Dan Saidatina Aisyah RA menyebutkan, tiadalah Nabi Muhammad SAW mengharamkan apa-apa (ketika menunggu masa untuk menyembelih) sehingga sampai waktu sembelihan. Hadis itu adalah sahih riwayat Imam Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, adalah dibenarkan untuk memotong kuku jika ia boleh mengganggu kesempurnaan wuduk dan lain-lain kewajiban.

TIDAK DIBENARKAN juga berkorban hanya dengan membayar harganya atau membeli daging lembu yang sudah disembelih dari pasar lalu disedekahkan atas niat korban.

Tatkala itu, ia dianggap sedekah biasa saja dan bukan korban yang disyariatkan pada Aidiladha. Pahala korban adalah jauh lebih hebat daripada bersedekah.

Ia adalah fatwa oleh majoriti ahli ilmu seperti Imam Abu Hanifah, Malik, Syafie, Ahmad dan lain-lain (Al-Majmu, 8/425; Al-Mughni, 9/436).

Adalah diingatkan supaya meniatkan korban itu adalah kerana Allah SWT semata-mata, menuruti sunnah Nabi Muhammad SAW dan Nabi Ibrahim AS dan bukan untuk menyedekahkan daging atau lain-lain niat.

Firman Allah SWT: “Daging-daging unta dan darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai (keredaan) Allah, tetapi ketakwaan daripada kamulah yang dapat mencapainya. Demikianlah Allah menundukkannya untuk kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-Hajj: 37)



( KONGSI LEMBU ):

Harus hukumnya menurut majoriti ulama untuk berkongsi seekor lembu dengan dibahagikan kepada tujuh bahagian atau seekor kambing berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Jabir RA (Al-Majmu, An-Nawawi, 8/313). Adalah digalakkan juga untuk menyembelih sendiri (jika mampu) atau hadir majlis sembelihan.

Sebuah riwayat hadis pernah mencatatkan nasihat Rasulullah SAW kepada Fatimah yang ingin berkorban: “Hadirkanlah dirimu di waktu sembelihan, diampunkan bagimu dari titisan darah sembelihanmu yang pertama.”



BINATANG TERBAIK UNTUK KORBAN

Yang terbaik adalah unta diikuti oleh lembu, kerbau, kemudian biri-biri, kambing dan jika tidak mampu bolehlah 1/7 daripada unta, lembu atau kerbau. Yang terbaik sudah tentu yang paling banyak dagingnya supaya lebih ramai mendapat merasai dan manfaatnya.



PEMBAHAGIAN DAGING

Daging korban yang siap dilapah boleh dibahagikan seperti berikut:

1/3 kepada tuan rumah yang berkorban.

1/3 kepada fakir miskin, termasuk jirannya dan saudara mara.

1/3 lagi bagi sesiapa yang memintanya.

Ia berdasarkan firman Allah SWT: “Dan makanlah ia, dan berikanlah ia kepada orang yang susah dan fakir.” (Al-Haj: 28) dan juga firman Allah SWT: “Dan makanlah ia, dan berikanlah kepada orang yang memintanya dan yang tidak memintanya.” (Al-Haj: 36).

Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW sebagaimana riwayat Ibn Abbas RA dan Ibn Umar RA. Namun begitu, HARUS (dibenarkan) untuk tidak mengikut cara pembahagian berkenaan sama ada untuk makan keseluruhannya atau kebanyakannya. (Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/200)

Bagaimanapun DILARANG untuk memberi tukang lapah dan penyembelih upah atas usahanya (iaitu dengan ditetapkan dari awal). Bagaimanapun, ia harus jika dia termasuk dari kalangan fakir miskin atau diberi secara sukarela orang ramai sebagai hadiah.

TIDAK DIBENARKAN juga sepakat ulama untuk menjual dagingnya. Namun tidak sepakat berkenaan penjualan kulit, bulunya dan tulang hasil korban. Majoriti mazhab termasuk Syafie tidak membenarkan. (Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusd Al-Hafid, 1/321 (cet Maktabah al-Riyadh al-Hadithiyah); Rawdah At-Tolibin, An-Nawawi, 3/225)

DIBENARKAN untuk menyimpan daging korban walaupun melebihi tiga hari berdasarkan hadis Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh Muslim.



MEMBERI DAGING KORBAN KEPADA ORANG KAFIR

Ulama berbeza pendapat dalam hal ini, sebahagian mazhab mengatakannya HARAM, ada yang mengatakannya MAKRUH dan Mazhab Hambali serta Hanafi mengatakannya sebagai HARUS kerana ia bukan sedekah wajib (Al-Mughni, Ibn Qudamah, 5/201). Namun tiada khilaf, mendahulukan umat Islam adalah lebih utama dalam hal ini.



BERKORBAN ATAU MEMBAYAR HUTANG

Bolehkah seorang yang dibebani hutang bank dan rakan berkorban sekali setahun demi tawaran pahalanya? Saya sudah banyak mengulas berkaitan hutang dan pendirian Islam berkenaannya.


Sila rujuk www.zaharuddin.net.

Friday, November 20, 2009

11 agenda bertidak :

  • Numbered List
  • Tidak akan meninggalkan solat.
  • Hidup berjemaah (persatuan,usrah).
  • Memberi salam.
  • Akan menghomati Ibubapa .
  • Akan menghormati para Ulama,guru,pensyarah.
  • Kurangkan dan kawal diri dari melakukan dosa.
  • Tidak akan membuang masa.
  • Bersedekah.
  • Tidak mengikut orang yang zalim(..............).
  • Tidak berkawan dengan mereka yang tidak berakhlak.
  • Ingat akan kematian .