Tuesday, April 6, 2010

Laknatnya.. puak Israel...




Rabu, 07/04/2010 – Monjed Besharat, 26, seorang pekerja rakyat Palestin yang bekerja di “Keryat Shmoonah” telah diserang oleh 3 orang askar rejim Zionis dengan menyimbah air mendidih ke atas muka pemuda itu sehingga menyebabkannya melecur tahap ketiga.

Selepas bekerja di sebuah kilang besi selama lebih 14 bulan, Monjed tidak pernah menyangka akan didatangi oleh 3 askar rejim Zionis yang memakai topi, melompat turun dari motor dan secara tiba-tiba melnyimbah air panas mendidih ke mukanya selepas membelasahnya tanpa sebarang sebab lain kecuali untuk menganiaya jika tidak berjaya membunuhnya.

“Saya dibelasah dengan teruk sehingga tidak sedarkan diri dan selepas itu dibawa ke sebuah tempat yang tidak diketahui lalu disimbah dengan air panas mendidih,” kata Monjed.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

http://palestinkini.info/

Thursday, April 1, 2010

Betul ke...

Yang Kita X tau pasal Presiden Iran Ahmadinejad
Semoga ini menjadi bahan renungan kita, terutama dikalangan orang atasan pejabat dan menteri!!

Presiden Iran saat ini: Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya:


"Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"
Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:
"Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, yaitu melayani bangsa Iran ."

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad yang belum tentu orang ketahui, dan pastinya membuat anda hairan dan bertnya pada sendiri..Ada ke orang yang berpangkat tinggi macm ni????

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden
Beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mengamati bahawa ada ruangan yang sangat besar untuk melayan tetamu VIP,
lalu beliau memerintahkan agar ruang tersebut ditutup dan digantikan dengan ruangan biasa dengan 2 buah kerusi kayu sahaja.


3. Di banyak kesempatan yang ada beliau akan bergurau senda dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presoden

4. Langkah pertamanya ketika bergelar presiden adalah dengan mengumumkan kekayaan dan hartanya yang terdiri daripada sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977,
sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah Kumuh di Teheran.
satu-satunya hasil pendapatan yang diperolehinya adalah wang gaji bulanannya.

6. Satu hal yang membuat staff di pejabat presiden kagum dgn beliau adalah beg yg selalu dibawa olehnya pada setiap hari yg berisikan sarapan;
roti isi atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan
menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.


7. Saat beliau menginap di hotel, beliau meminta diberikan kamar tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar
kerana beliau tidak suka tidur di atas kamar tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.
Apakah perbuatan seperti gambar tersebut menjatuhkan maruah seorang presiden?



8. Sepanjang mengerjakan solat, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di baris paling hadapan..



9. Bahkan ketika suara azan berkumandang,
beliau terus mengerjakan solat walaupun dimanapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa



10. Semasa majlis perkahwinan anak lelaki beliau....majlis hanya dilakukan secara ringkas dan sederhana...tidak berlebih-lebihan,tidak seperti kita di sini sanggup berbelanja sampai beratus-ratus ribu ringgit untuk majlis perkahwinan...


11. Sebagai tambahan informasi, Presiden sehinnga kini masih tinggal di rumahnya.Hanya itulah yang dimilikinya sebagai seorang presiden dari negara yang hebat dari segi strategi, ekonomi, politik, serta kelantangan dalam memerangi Amerika syarikat dan sekutunya.
Bahkan ia tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya.

sumber :jiwa baru

Mengatasi masalah anak degil,nakal dan suka melawan cakap orang tua.



Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Selamat mencuba.

Wednesday, March 31, 2010

Jangan terkejut dalam rokok ada campuran darah babi..EEEii


http://www.kimag.es/share/83372513.jpg

http://resources3.news.com.au/images/2010/03/30/1225847/667191-cigarettes.jpg



Berita sadis bagi penghisap rokok tegar sedunia. Filter rokok anda mungkin mempunyai zat babi didalamnya. Menurut Professor Universiti Kesihatan Awam Sydney,Simon Chapman - didalam kajian di Holland terdapat 185 kegunaan babi didalam industri. Salah satunya didalam industri tembakau. Hemoglobin babi dalam bentuk protein digunakan didalam filter rokok. Hemoglobin babi ini efektif dalam menyerap bahan toksik yang terdapat didalam asap rokok!

Setakat ini hanya rokok yang dijual di Greece yang confirm menggunakan filter babi kerana menurut legislation tempatan semua kandungan rokok WAJIB diberitahu kepada orang awam. Di negara-negara lain isi kandungan pembuatan filter tidak wajib diberitahu. Maka ada kemungkinan hemoglobin babi digunakan dalam rokok yang dijual di Malaysia!

Tuesday, March 30, 2010

Pengurniaan


KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.

Menteri Besar dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara.

Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.

Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad.

Manakala penerima Anugerah Geralaran Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai ialah Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Penerima Anugerah Kebesaran bagi gelaran Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Selain itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan bekas Adun Banggol Judah, Yahya Othman.

Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Penerima gelaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.

Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Manakala seramai 10 orang menerima pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Keseluruhan penganugerahan tersebut membabitkan penerima seramai 84 orang.

Sementara itu seramai 555 lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujiandian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tiga anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar pula disenarai penerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

Senarai penerima tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri pada sidang media di Istana Balai Besar semalam.

“Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan.

“Ia adalah semata-mata merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri,” katanya.

Sunday, March 7, 2010

Jom pakat ingat...

Mari bersama mengenali nasab(keturunan)Nabi kita Muhammad Sallallahualaihiwasallam yang telah banyak mengorbankan harta,jiwaraga,keluarga,darah,peluh demi perjuangan untuk mendaulatkan agama yang kita anuti selama ini.

Kita teramat beruntung kerana kita memeluk agama Islam tanpa perlu bersusah payah.Namun begitu, berapa ramaikah dikalangan kita yang ingat kepada Baginda???saya yang menulis ini pun teramat kurang menyanjungi dan berselawat kepada Nabi Sallalahualaihiwasallam.

Adakah kita layak bergelar umat Nabi?

Mudah-mudahan Allah mengampuni dosa&kealpaan ini.Demi sesungguhnya ALLAH ITU MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG.

Marilah bersama kita berselawat kepada Baginda Sallallahualaihiwasallam.Ingatlah akan sabda Nabi yang berbunyi: :

"Man Solla Alayya Solatan,Sollallahualaihi Asyara"

(Barangsiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan membalas selawatnya sepuluh kali).

نسب النبي صلى الله عليه وسلم

عدنان



معدّ



نِزار



مضر



إلياس



مدركة(عامر)



خزيمة



كنانة



النّضر(قيس)



مالك



فِهر(قريش)



غالب



لؤَي



كَعب



مُرّة






كِلاب



قصي (زيد)



عبد مناف (المغيرة)



هاشم (عمرو)



عبد المطلب (شيبة)



عبد الله



محمد
صلى الله عليه وسلم


Nasab Ibu kepada bapa Baginda S.A.W (Nenek)

مرة



يقظة



مخزوم



عمران



عائذ



عمرو


فاطمة

Thursday, March 4, 2010

Telefon Mudah Alih...fuyoo...



Salam ,kembali bertemu di ruangan Siber ini...

Terbaru keluaran MyIman,sungguh mempesona,anggun,menawan hati bakal pembelinya.Mudah-mudahan telefon mudah alih ini akan menandingi telefon mudah alih keluaran Nokia,Samsung,Motorola,Sony,Lg dan sebagainya.

MYIMAN TELEFON AL QURAN / HANDSET AL QURAN / FON AL QURAN

MYIMAN TELEFON AL QURAN / HANDSETS AL QURAN / FON AL QURAN
JAMINAN 1 TAHUN

BERMINAT SILA TELEFON ATAU SMS
AHMAD FUAD 0193480049

HARGA SEBUAH RM390.00

BAYARAN POS DITANGGUNG PEMBELI

SEMENANJUNG RM6.00

SABAH DAN SARAWAK RM10.00

Bersama-samalah kita menaikkan ekonomi umat Islam dengan membeli produk yang halal dan terjamin bermutu tinggi.