Thursday, February 24, 2011

Ingat Jangan Tak Ingat


Kerdau-Sewaktu berceramah dalam sessi penamaan calon DUN Kerdau semalam, Sdr Mat Sabu menjelaskan bahawa kejatuhan regim-regim di Arab sekarang adalah kerana kebebalan pemerintah yang bukan sahaja tidak menghormati demokrasi , malahan mereka telah tidak menjalankan amanah dan tangung jawab yang di harapkan rakyat.

" Pemerintah bukan sahaja kaya raya, tapi rakyat miskin.Bukan itu sahaja , keengganan membenarkan rakyat mendapat maklumat yang tepat seperti penggunaan FB, menjadikan pemerintah mahu menyekatnya"

Beliau juga mengingatkan pemerintahan negara ini agar tidak dengan sewenang-wenangnya menyalahgunakan jentera kerajaan yang diangap sebagai harta rakyat dan bukan kegunaan parti politik tertentu, malahan betita dan tv di gunakan bagi menghalalkan tindakan yang di anggap tidak demoratik.

"Ingat, saya ingin memberikan amaran keras kepada pemerintah Najib, Jika SPR disalahgunakan sebagai jentera untuk memenangkan jentera BN , maka, kita tidak teragak-agak mengunakan pilihanjalanraya" disambut dengan laungan takbir puluhan ribu yang hadir walau pun dalam keadaan hujan lebat.

Jauhi Zina

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh2h6bsKxjtobsxT35vKurvBAUI6uXwS8p2x14LITrzD-hntWOn-7ORrEURx2ka12PMCZ_F4Yw47D5jMthkp3jqBWLpOopdYIznxowNvxZFdyXzst19bfHE_hgXYLH6xkTYgBHFrquknBo/s1600/Papisma.jpg

Tuesday, February 15, 2011

Perutusan Maulidurrasul

Oleh Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul SAW yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti tauladan Nabi Muhammad SAW yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah. Jasa besar Nabi Muhammad saw adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama
manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.



Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah SAW telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad SAW inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah SAW yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam. Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad SAW.

12 Rabiul Awal 1432 H / 15 Februari 2011






UMNO Perompak Wang Rakyat

Monday, February 14, 2011

Rasulullah

Salam Maulidur Rasul kepada semua kenalan yang mengenali diri ini.Alhamdulillah kita masih di panjangkan umur olehNya.Semakin kita bertambah usia kita semakin dekat dan hampirnya kita kepada kematian.Kematian tidak mengenal umur muda dan tua,miskin atau kaya kita tetap dipanggil menemuiNya.Hayatilah pengorbanan Baginda dan para sahabat dalam menegakkan Islam.