Saturday, July 17, 2010

Program PMI



Pada Khamis 16 Julai 2010 yang lalu, Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta telah mengadakan program (PMI) Persiapan Mahasiswa Islam, untuk mahasiswa yang akan pulang ke tanah air.Sambutan yang telah diberikan oleh ahli amat memberansangkan.




Diantara acara pada hari tersebut ialah pembentangan kertas kerja azan, tahnik dan akikah oleh ustaz Muhamad Aswan B.Abdul Aziz, pembentangan kertas kerja pengurusan jenazah teori dan praktikal oleh ustaz Nazirul B. Sabri di bahagian ikhwah dan akhawat oleh ustazah Shahidah Bt Ab Manaf ( isteri tercinta) , pembentangan kertas kerja penyembelihan teori dan praktikal oleh ustaz Hasbul B. Zakaria dan penerangan oleh tetamu dari Malaysia.



Tengah sembelih arnab...Alhamdulillah


khusyuk mendengar pembentangan bersama sahabat


Alhamdulillah banyak yang diperolehi dari program yang telah dilaksanakan.Ia amat bertepatan sekali dengan mahasiswa dan mahasiswi yang bakal pulang nanti.Syabas kepada DPMT dan seluruh ajk dan ahli yang menyerikan majlis tersebut.




Insyirah masak bersama amu-amunya di dapur

Bersama-sama juga kita menyertai PMP (Perkhemahan Musim Panas) pada 24-26 Julai yang akan diadakan di Mukhyyam Da'im.Banyak agenda yang menanti anda di sana.

Kita PMRAM.

Wednesday, July 14, 2010

Anak Derhaka

KUALA LUMPUR: Perbuatan anak tidak bertanggungjawab hingga memaksa ibu bapa membawa kes ke mahkamah semata-mata untuk bersua muka adalah satu antara ribuan contoh derhaka ‘moden’ yang semakin melingkari generasi masa kini.

Pakar motivasi dan penceramah bebas, Zawawi Yusoh berkata, seorang anak berdosa kerana mengabaikan tanggungjawab kepada kedua-dua ibu bapanya dan apabila dia derhaka, ia mengundang kemurkaan Allah.


Katanya, apabila Allah murka disebabkan derhaka kepada ibu bapa, maka kehidupan seseorang itu sukar bahagia walaupun mungkin bergaji besar atau mempunyai status sosial tinggi dalam masyarakat.


“Apalah ertinya kehidupan kita di atas muka bumi ini jika Allah sudah murka sedangkan semua yang ada di dunia ini termasuk tanah yang kita pijak dan udara yang kita sedut milik Allah,” katanya ketika dihubungi semalam.


Semalam, Harian Metro melaporkan seorang warga emas, Mustafa Ismail, 64, memfailkan permohonan tuntutan nafkah ke atas anaknya, Nasrun Mustafa, 37, di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Terengganu dengan harapan dapat bersua muka dengan anaknya itu.


Dalam tuntutan difailkan melalui peguamnya, Fazru Anuar Yusoff, warga emas berkenaan menyatakan Nasrun meninggalkan seorang anak perempuan berusia enam tahun dan anak lelaki berusia sembilan tahun kepadanya selepas bercerai dengan isteri pertama pada 30 Disember 1998 sebelum kedua-duanya berkahwin lain. Nasrun yang berkhidmat sebagai pengurus di sebuah syarikat cari gali minyak di Kuala Lumpur dengan pendapatan RM17,000 sebulan gagal dihubungi bapanya menyebabkan Mustafa yang tidak bekerja dan bergantung kepada wang simpanan nekad memfailkan permohonan tuntutan di mahkamah. Zawawi berkata, tidak salah untuk ayah itu membuat tuntutan melalui mahkamah kerana ia haknya selain secara tidak langsung sudah mengambil langkah menuntutnya di dunia sebelum anaknya dituntut di akhirat kelak.


“Seorang lelaki pernah mendatangi Nabi Muhammad saw pada suatu hari dan bertanya mengenai kehendak bapanya yang mahukan hartanya, nabi menjawab ‘kamu dan harta kamu adalah milik ayah kamu’,” katanya.


Katanya, jawapan itu cukup untuk menunjukkan seseorang bapa itu mempunyai hak terhadap harta anaknya, maka tidak salah untuk seorang ayah membuat tuntutan di mahkamah supaya anaknya itu bertanggungjawab bukan saja terhadap ibu bapanya tetapi kepada anak-anaknya sendiri.


Zawawi berkata, pelbagai bentuk derhaka berlaku sekarang dan ia bukan semata-mata melukakan hati ibu bapa malah sikap sesetengah anak mengabaikan tanggungjawab menjaga anak sendiri dengan menyerahkan kepada ibu bapanya juga adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan.

Penerbitan Harakah Dipantau

PUTRAJAYA, 15 Julai: Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang berpuashati dengan penjelasan terhadap surat tunjuk sebab memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan Harakah dengan diberikan ‘amaran keras’ supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran KDN, Datuk Zaitun Ab Samad dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Berikut adalah kenyataan penuh beliau.

1. Kementerian Dalam Negeri ingin memaklumkan bahawa pihak penerbitan HARAKAH telah memberikan perhatian yang serius terhadap Surat Tunjuk Sebab yang dikeluarkan oleh Kementerian ini dan telah menunjukkan kerjasama yang baik kepada Kementerian.

2. Pengerusi Jemaah Pengarah HARAKAH, Dato’ Mustafa bin Ali dan Pengarah Urusan HARAKAH, Dato’ Kamarudin bin Jaffar telah datang berjumpa Ketua Setiausaha, Kementerian Dalam Negeri pada 12 JULAI 2010 (ISNIN) untuk memberikan penjelasan.

3. Pihak penerbitan HARAKAH juga telah menjawab Surat Tunjuk Sebab Kementerian pada 13 JULAI 2010 (SELASA) dengan mengemukakan penjelasan serta beberapa akujanji seperti berikut:-

i. Akan mematuhi semua syarat-syarat permit penerbitan, garis panduan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (AMCP) 1984;

ii. Akan mencetak perkataan “UNTUK AHLI SAHAJA” di muka hadapan setiap keluaran dan naskhah penerbitan HARAKAH sebagai peringatan kepada pembeli; dan

iii. Akan menghantar lapan (8) naskhah setiap keluaran penerbitan HARAKAH ke Kementerian sebaik sahaja ianya dicetak.

4. Dengan mengambil kira kerjasama, penjelasan serta janji pihak penerbitan HARAKAH untuk mematuhi syarat-syarat permit penerbitan serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, Kementerian Dalam Negeri dengan ini berpuashati dan memutuskan untuk memperbaharui permit penerbitan HARAKAH dengan diberikan AMARAN KERAS supaya hanya dijual di markas dan pejabat urusan PAS sahaja.

5. Kementerian akan sentiasa memantau penerbitan HARAKAH untuk memastikan pemantuhan. -Hrkh

HAMAS Dan ZIONIS LAKNATULLAH

Kita telah maklum bahawa peralatan perang milik Zionis Israel serba canggih, HAMAS dengan sayap militernya Briged Izzuddin Al-Qassam 'hanya' menggunakankan senjata-senjata 'hand made' hasil modifikasi dari senjata-senjata yang sudah ada. Berikut peralatan tempur yang digunakan HAMAS dalam menyerang Israel :

Roket Al-Qassam

Al-Qassam-1, pertama kali diluncurkan terhadap sasaran Israel pada bulan Oktober 2001, telah mampu menjangkau jarak 3 kilometer. Pada tahun 2007, Al-Qassam-1 jangkauannya meningkat menjadi sekitar 10 km. Untuk sasaran jarak pendek diproduksi Al-Qassam-2 dengan berat 35 kg (77 lbs), memiliki diameter 115 mm dan berat 8 kg untuk hulu ledaknya, panjang 180 cm , dan mampu menjangkau jarak 6-7 kilometer . Juga diproduksi Qassam-2 yang digunakan untuk sasaran jarak jauh , dengan berat 50 kg (110 lbs), panjang 250 cm (sekitar 8 kaki), memiliki diameter 115 mm dan 8kg untuk hulu ledaknya, dan telah mampu mencapai maksimum jarak 10 km (6 miles) .

Hamas juga memproduksi sebuah model roket dengan mesin yang terpisah yang pada dasarnya adalah standar roket jenis Grad. Model mesin terpisah ini, pertama kali diluncurkan pada bulan Jun 2006, dengan berat 40-50 kg, (88-110 pounds), memiliki diameter 115 mm, hulu ledak dengan berat 10 kg, dan dapat menjangkau hingga jarak 10 km.

Al-Qassam-2 telah mampu menyerang masyarakat Israel dan aset-aset strategik Israel di dekat ke Jalur Gaza. Pada tanggal 28 Ogos 2003, Operasi Hamas di Jalur Gaza telah menembakkan roket Al-Qassam-2 ke bahagian selatan kota pelabuhan Israel Ashkelon. Roket tersebut mendarat berhampiran tempat pembuatan bir Carlsberg,dan nyaris menghancurkan pusat jana elektrik di sana.

Pada bulan September 2005, Hamas melaporkan mengembangkan roket Al-Qassam dengan jangkauan 16.5 kilometer (10 mil) yang ditembakkan ke Ashkelon dari dari Jalur Gaza.

Pada Januari 2006, laporan media menunjukkan bahwa roket-roket Al-Qassam telah mampu menjangkau 10-40 kilometer (6-25 mil). Pada bulan Februari dan Mac, Jihad Islam mengembangkan roket yang berbasik pada roket Al-Qassam dan berhasil menghancurkan tempat-tempat strategik di Ashkelon.

Pada bulan Jun 2006, Hamas menembakkan roket Al-Qassam yang dilengkapi dengan dua mesin.

Roket Al-Bana Al-Yassin (Roket Anti Tank)

Kedua roket ini diproduksi oleh HAMAS yang merupakan modifikasi rudal PG-2 Rusia yang mampu menghancurkan kereta kebal Merkava dalam radius 500 meter.

Roket Al-Batar

Roket anti kereta kebal Al-Batar dilengkapi dengan hulu ledak seberat 3,5 kilogram dan memiliki jangkauan lebih dari 3,000 meter (1,86 mil).

Roket Al-Samoud

Roket kaliber 120mm Al-Samoud memiliki jangkauan hingga 8 kilometer (4,97 mil).

Rayyan Roket Anti Serangan Udara

Pada bulan November 2004, HAMAS telah mengembangkan Rayyan roket anti Serangan Udara pertama di Palestin. Menurut salah satu komandan Briged Al-Qassam, Nizar Rayan (yang telah syahid), roket ini mampu menjatuhkan helikopter Israel, UAV, dan pesawat-pesawat yang beroperasi di atas Jalur Gaza. Sumber HAMAS mengatakan projek roket anti Serangan Udara ini didasarkan pada keahlian dan pelatihan yang diberikan oleh Iran dan Hizbullah. Hamas telah berusaha untuk menghasilkan varian dari roket asal Soviet SA-7 – yang digunakan oleh Hizbullah di Lebanon selatan.(fq/dr berbagai sumber)

sumber

Karnival DAMAI 2010

Karnival DAMAI 2010

Keluarga Penuntut-penuntut Terengganu (KPT) dengan kerjasama Badan Kebajikan Mahasiswa/wi Islam Pahang (BKMIP) akan menganjurkan Karnival DAMAI 2010 pada 18, 19, 20 & 21 Julai 2010, hari Ahad hingga Khamis bertempat di Dataran Hayyu Asyir.

> Pelbagai aktiviti menarik yang akan dianjurkan, antaranya:-

Pameran – Kuiz & Pertandingan – Acara Sepak Takraw – Sambutan Ulangtahun KPT & BKMIP – **Gerai Jualan Bazar – Malam Kesenian – dan banyak lagi acara-acara menarik menanti pengunjung-pengunjung karnival, nantikan!!

** Permohonan tender gerai terbuka kepada semua ahli KPT, ahli BKMIP dan umum.

Borang permohonan tender gerai boleh didownload di sini.

atau boleh didapati melalui AJK Pelaksana Karnival DAMAI 2010:

> ikhwah : Ustaz Abdullah Haris (Timbalan Pengarah) 0115173738 / Ustaz Alias (Unit Tender & Promosi) 0166293597.

> akhawat : Ustazah Wan Rokiah (Naib Pengarah 1) 0116968346 / Ustazah Siti Salwa (Unit Tender & Promosi) 0112213244.

> Syarat-syarat permohonan boleh dirujuk bersama borang tersebut.

> Tarikh tutup permohonan : 13 Julai 2010, sebelum jam 11 malam.

“Kesatuan Dibina, Ekonomi Terjana”

[anjuran bersama : KPT & BKMIP sesi 2009/2010]

> YahooM Rasmi KPT : info_kpt1964@yahoo.com

> FaceBook Rasmi KPT : http://facebook.com/infokpt

Saturday, July 10, 2010

Jadual Pengajian Masjid Al-Azhar


Berikut adalah jadual dauroh di Jami' Al Azhar dan Mudhoyyafah :

AL-AZHAR

Ahad
Selepas Zuhur :
Syuzur Az-Zahab & Maqamat Hariri (Syeikh Ibrahim)
Selepas Asar :
5.00-6.30 : Muqaddimah Tafsir Li Ibn Taimiah (Syeikh Mohd Abd Sami')
6.30-Maghrib : Sughro As-Sughro (Dr Jamal Faruq)

Isnin
Selepas Zuhur :
Mirath (Syeikh Ibrahim)
Selepas Asar :
Matan Abi Syuja' (Syeikh Syed Syaltut)
Selepas Maghrib :
Mirath (Syeikh Mohd Syalabi)

Selasa
Selepas Zuhur :
Syuzur Az-Zahab & Maqamat Hariri (Syeikh Ibrahim)
Selepas Asar :
5.00- 6.30 : Nukhbah al-Fikar (Syeikh Kholid Imron)
6.30-Maghrib : Tafsir (Dr Ali Jumuah)
Selepas Maghrib :
Tuhfah Saniah (Syeikh Ali Soleh)

Rabu
Selepas Asar :
Sughro As-Sughro (Dr Jamal Faruq)
Selepas Maghrib :
Al-Mabahis Al-Asliah (Dr Muhammad)

Khamis
Selepas Zuhur :
Tanqih Al-Azhariah & Mulhatul I'rob (Syeikh Ibrahim)
Selepas Asar :
Matan Abi Syuja' (Syeikh Syed Syaltut)

Sabtu
Selepas Zuhur :
Tanqih Al-Azhariah & Mulhatul I'rob (Syeikh Ibrahim)
Selepas Asar :
Matan Abi Syuja' (Syeikh Syed Syaltut)
Selepas Maghrib :
Muqaddimah Majmu' (Syeikh Ahmad Hajin)


MUDHOYYAFAH

Sabtu
Selepas Asar :
5.00-6.30 : Unwan Al-Zorf fi Fan As-Sorf (Syeikh Ali Soleh)
6.30-8.00 : Matn Kafi -Arudh- (Syeikh Ali Soleh)

Isnin
3.00-4.30 :
Matan Al-Ajurumiah (Syeikh Fathi Hijazi)
5.00-6.30 :
Jauhar Maknun (Syeikh Fathi Hijazi)
6.30-8.00 :
Nukhbah Fikar (Syeikh Amru Wardani)

Selasa
Selepas Asar :
Matan Al-Waraqat (Dr Abdullah Rabi')

Gambar Sekitar Hari Sukan Piala Pengerusi & Exco





Dibebas Dan Ditangkap Kembali ish,ish,ish




Oleh : Cina Islam
Saya baru menerima sms dari YDP Lenggong yang memaklumkan Ust. Ibrahim atau nama asalnya Muhammad Zulkifli bin Zakaria telah sampai di KLIA dan dia masih ditahan disana.

Sehingga ini saya masih tidak dapat mengesahkan siapakah yang menahan dan status tahanan yang dimaksudkan dalam SMS yang asalnya dikirim oleh Ust. Ibrahim yang memaklumkan dia sudah sampai di KLIA dan dia ditahan.

Kelmarin saya melaporkan dia telah dibebaskan di Mesir dan sempat saya menerima makluman sms bahawa kapalterbang yang dinaikinya sempat transit di Kuwait.

Marilah kita mendoakan kesejahteraan dan ketabahan kepada Ust. Ibrahim dalam menghadapi ujian getir ini.

Friday, July 9, 2010

SubhanALLAH

kalimah Allah

Lihat tiga titik hitam di tengah-tengah gambar kalimah Allah di atas selama 10 saat, kemudian lihat dinding/ruang kosong yang berhampiran dengan anda.

Tunggu 10 saat. Lihatlah keajaibannya. Subhanallah..rasa sangat kagum dengan ilusi mata kurniaanNya.

Blogger Oh Blogger


Image Hosted by ImageShack.us

KDN tubuh jawatankuasa pantau berita palsu - Hishammuddin

PUTRAJAYA 9 Julai – Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah menubuhkan jawatankuasa untuk merangka strategi komunikasi kerajaan selain menangani berita palsu yang disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, jawatankuasa itu turut dianggotai Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz; dan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim.

Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri adalah sebagai urusetianya.

"Selama ini kerajaan tidak mengambil tindakan undang-undang yang tegas, tetapi kali ini kerajaan berpendapat, jika pembohongan dan berita palsu ini dibiarkan berterusan, pihak tidak bertanggungjawab ini akan menganggap tindakan mereka betul dan rakyat akan terus tertipu,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hishammuddin berkata, pada mesyuarat pertama jawatankuasa itu tiga hari lepas, dua ketetapan telah diambil iaitu mewujudkan satu pasukan bertindak tahap tinggi dan mengadakan mesyuarat jawatankuasa itu sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Mesyuarat pertama jawatankuasa itu, yang turut dihadiri Nazri dan Rais, membincangkan juga pindaan undang-undang, latihan untuk pegawai penyiasat, layanan terhadap saksi dan definisi “berita palsu”. – Bernama

Sapa bakal mangsa KDN tu?
sudah tentulah para blogger penyampai suara rakyat.

Bersama blogger mengembalikan kegemilangan islam.

Tuesday, July 6, 2010

Panglima Islam Dengan Panglima Kafir


Suatu Malam.. Richard the lion Raja England , musuh salahuddin sedang sakit didalam khemah tentera kristian..

Tiba2 ada satu kelibat manusia datang kepada Richard the lion untuk merawat penyakitnya.. siapa sangka manusia itu musuh Richard sendiri.. Solahuddin Al-Ayubi.. Beliau sanggup menyamar dan membuang perasaan benci untuk merawat musuhnya sendiri. Subhanallah..

Pernah diceritakan, Salahuddin Al-ayubi pernah berhadapan Richard the lion untuk menunjukkan kehebatan dan kemahiran masing2. Richard the lion yang berbadan sasa mengambil pedang dari sarungnya dan dengan penuh tenaga menghunus kearah sebiji batu besar.. batu itu terbelah..

Apabila tiba giliran Salahuddin.. Salahuddin lantas mencampakkan sehelai kain sutera kelangit dan menghulurkan pedangnya,. Kain sutera dengan perlahan jatuh dan hinggap dimata pedang.. Kain itu terpotong dua kerana tajamnya mata pedang salahuddin.

Dalam medan peperangan beliau bagaikan seorang ibu yang
garang kehilangan anak tunggal akibat dibunuh oleh
tangan jahat.

Beliau akan bergerak dari satu hujung medan
peperangan ke hujung yang lain untuk mengingatkan
tenteranya supaya benar-benar berjihad di jalan Allah
semata-mata. beliau juga akan pergi ke seluruh pelosok
tanah air dengan mata yang berlinang mengajak manusia
supaya bangkit membela Islam.

Ketika mengepung Acre beliau hanya minum, itupun
selepas dipaksa oleh doktor peribadinya tanpa makan.
Doktor itu berkata bahawa Salahuddin hanya makan
beberapa suap makanan semenjak hari Jumaat hingga
isnin kerena beliau tidak mahu perhatiannya kepada
peperangan terganggu ..

Asakan Tentera Islam teramat dashat
Memaksa Tentera Kristian menyerah kalah.
tiada lagi pertempuran berlaku

Ketua tenteta kristian menunggang kuda menuju kearah Salahudin Al-Ayubbi didepan Baitul Maqdis..

"Adakah kamu orang islam akan memperlakukan kami seperti mana kami memperlakukan keatas orang2 kamu terdahulu?" Kata Ketua Tentera Kristian

Semasa Kristian berjaya menawan Baitul Maqdis dahulu,jalan-jalan
di jerusalem 'tersumbat' dengan mayat-mayat, orang-orang Islam
yang tidak bersenjata disiksa, dibakar dan dipanah
dari jarak dekat di atas bumbung dan menara
rumah-rumah ibadah. Darah merah mewarnai bumi palestin akibat pembunuhan orang islam beramai2.

" Kami orang islam tidak seperti kamu" Jawab Salahuddin Al-Ayubi.

Jawapan ini telah menyebabkan ramai orang kristian memeluk islam akibat keindahan akhlak yang ditunjukkan Salahuddin Al-ayubbi..

Salahuddin tidak membalas tindakan mereka membunuh orang islam yang tidak bersalah semasa orang kristian menawan baitul maqdis. Bersesuaian dengan tuntutan Islam, Orang awam tidak boleh dibunuh dalam peperangan..


Hari itu, Langit begitu Cerah
Laungan "Allahhu Akbar" dan "Tiada tuhan melainkan
Allah" telah memenuhi langit..
Para tentera tersenyum girang..
Pada jumaat,
27 Rajab 583H
bersamaan dengan tarikh peristiwa iskraj mikraj Rasulullah SAW.
Baitul Maqdis Ditawan Tentera Mukmin.
Ramai orang yang terdiri dari ulama,
pembesar-pembesar, peniaga dan orang-orang biasa
datang merayakan gembira kemenangan ini
Selepas menunggu hampir 90 tahun
kini sembahyang Jumaat telah diadakan
semula di Baitul Muqaddis. ALLAHUAKBAR!
Salib yang terpampang di 'Dome of Rock' telah diturunkan.
Betapa Hebatnya hari itu hanya allah yang tahu..
Kemenangan Seluruh Umat Islam
Kemenangan Atas Kemenangan.

Sinopsis Kalam Tok Guru



"Perjuangan Islam yang kita galas pada hari ini bukanlah satu pilihan, tetapi ia merupakan satu kewajipan yang terpikul di atas bahu kita semua."

"Sesungguhnya, ideologi PAS ialah Islam. Tanpa Islam, PAS umpama jasad tanpa nyawa. Justeru, saya sekali lagi ingin mengingatkan bahawa perjuangan kita bukan bermula pada hari ini, ia merupakan perjuangan yang dimulakan oleh para anbiya’ yang terdahulu. Kita hanyalah mata rantai di dalam perjuangan ini, kita mempusakainya dari generasi yang terdahulu, dan kita menyambung mata rantai itu serta akan mewariskannya pula kepada generasi yang terkemudian."

"Siasah PAS adalah politik-dakwah. Maka, kita bergerak sebagai parti politik dan kita berdakwah (berkempen) ketika bertanding dalam pilihan raya dan selepasnya demi mencapai cita-cita untuk mempersembahkan Islam yang sebenar kepada masyarakat. Dalam perjuangan inilah, PAS telah melalui sejarah panjang yang dipenuhi dengan peristiwa jatuh bangun di dalam arena politik-dakwah."

"Perjalanan kita masih panjang, noktah perjuangan kita masih jauh. Namun, tanda-tanda kemenangan sudah kelihatan. Walaupun guruh di langit bukan menandakan hujan akan turun, namun sekurang-kurangnya harapan ada untuk menyaksikan kemarau akan berakhir."

"Demi memastikan orang-orang Melayu turut bersama kita di dalam pelayaran bahtera perubahan ini, PAS perlu bergerak dengan lebih efektif agar diterima rakyat. Jika ditanya Kelantan apakah formulanya, saya suka menjawab bahawa formulanya ialah mendidik jiwa rakyat dengan agama, suburkan sanubari mereka dengan taqwa kepada Allah agar hati mereka tidak mati, tidak keras untuk menerima siraman hujan kebenaran."

"Alhamdulillah, saya melihat fobia terhadap PAS sudah terhapus di kalangan orang-orang bukan Islam. PAS sebelum ini dijadikan sebagai hantu oleh UMNO untuk menakutkan Nonmuslim. Hantu itu sudah tidak wujud lagi, bahkan jika ia wujud juga, maka UMNO-lah hantunya. Tinggalkanlah UMNO dengan labu-labu kebangsaannya. PAS perlu terus melihat ke hadapan mengorak langkah memperkenalkan Islam sebagai cara hidup yang lurus."

"S
ebarkanlah keyakinan kepada masyarakat bahawa hidup ini tidak hanya tamat setakat di dunia sahaja, tetapi akan dinilai semua amalan di akhirat kelak. Jika masyarakat dapat diyakinkan dengan aqidah ini, saya yakin perjuangan PAS secara automatik akan diterima kerana inilah tujuan sebenarnya PAS bergerak."

Sunday, July 4, 2010

Maha Suci Allah

http://www.ibtesama.com/vb/imgcache2/55279.gif


Maha Suci Allah SWT yang telah mencipta sesuatu yang terlalu halus dan detail sehingga tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia, DNA ciptaan Allah SWT mampu menyimpan segala maklumat perbuatan manusia semasa mereka menjalani kehidupan di dunia sehingga sampai ke Akhirat.

Segala-galanya akan terbukti apabila kita memerhatikan Firman Allah SWT di bawah:

Surah Al-Hasyr.Ayat : 24. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyai Asmaaul Husna. Bertasbih kepadaNya apa yang di langit dan bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Saturday, July 3, 2010

Antara seorang Yahudi dan ribuan rakyat Palestin

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Nasib Arab 'kabur ' meskipun mereka memilih jalan perdamaian sebagai strategi yang berkesan bagi menghadapi tentangan zionis. Lebih menyedihkan lagi, pihak tertinggi di Palestin meletakkan syarat kepada HAMAS supaya menyatakan persetujuan ke atas sebahagian agenda pelan damai 'road-map', inisiatif perdamaian Arab dan persepakatan PLO dalam agenda perdamaian untuk mencapai pembaikan dalaman Palestin. Jika tidak berbuat demikian, konflik dalaman Palestin tidak akan selesai, menurut suara itu.

Sumber karikatur, web berita Al-Jazeerah

Samakan isu? Dunia hanya melihat seorang tentera Israel yang ditawan pejuang Palestin di Gaza tetapi dunia tidak mengendahkan jumlah ribuan penduduk Palestin dari kalangan golongan tua, muda, wanita dan kanak-kanak yang berada dalam penjara-penjara Israel. PBB dan EU juga susah untuk mengeluarkan kenyataan menghentam operasi penangkapan ke atas penduduk Palestin tetapi terlalu mudah membangkitkan tentang seorang tentera Israel yang ditawan. Mana keadilan dunia?


http://map2street.blogspot.com/