Wednesday, April 28, 2010

Wakil Safarah?


Nak minta maaf secara terbuka kepada mahasiswa? sori lee.. getik akuu.. Tak kesioorr akuu.. (loghat Perak)

Saya terfikir, agaknya mungkin inilah yang dikatakan oleh Khairi di dalam hati beliau. Sehingga ke hari ini, masih lagi enggan meminta maaf setelah terang-terang memfitnah Pengerusi PMRAM Cawangan Tanta.

Di dalam blog atasependidikan, beliau menjelaskan isu lain, yang tiada sebarang "tanda" menunjukkan dia itu bersalah. Bila dah fitnah orang, buat sardin saja. Sedih. Bukan susah nak minta maaf. Tapi, ia begitu liat bagi orang yang ego dan takbur. Antara kalamnya di blog tersebut ialah..

3. Apa yang berlaku itu bukanlah fitnah tetapi dakwaan seolah-olah sebagai wakil Kedutaan berdasarkan kewujudan polis..

Jelas menunjukkan bahawa apa yang dikatakan seolah-olah bukan fitnah. Bila masa pulak Pengerusi DPMT mengaku sebagai pegawai Kedutaan sepertimana yang dikatakan oleh Khairi? (link)

Pengerusi DPMT telah bergerak ke Hotel ‘Arafah untuk bertemu dengan KJ. Pertemuan tersebut berlaku di tingkat tujuh. Setelah berbincang dan pengerusi telah menjelaskan perkara yang sebenar, KJ mendakwa Pengerusi atas satu kesalahan yang besar iaitu :

Pengerusi menggunakan nama Safarah seolah-olah beliau (Pengerusi DPMT) adalah wakil Safarah ketika berurusan dengan Amnu Daulah di Tanta...

Ini merupakan tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas. Di manakah buktinya?

Aih.. bila masa pulak.. Tiba-tiba je dia mengatakan demikian. Perasan!

Tapi ini bukan kali pertama, Prof Jamil pun mengamalkan rentak yang sama. Apabila menyekat Program Pembacaan Kutub Sittah, sehingga ke hari ini membisu, tidak mahu berdialog dengan mahasiswa.

Kenapa? Dari dulu lagi persoalan ini timbul. Kenapa tidak berani (atau pengecut) untuk berdialog atau memohon maaf secara terbuka kepada mahasiswa? Adakah dibimbangi mahasiswa pakat-pakat pukul pegawai? Macam tak logik.

Tetapi hakikatnya mereka terus senyap dan akan senyap. Entah. Sehingga kucing tumbuh tanduk, baru nak bersuara. Tapi hakikatnya mereka sengaja menanam "kebencian semulajadi" di dalam diri mahasiswa. Kemudian labelkan mahasiswa itu dan ini. Pandai betul buat fitnah.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar

Tuesday, April 27, 2010

Surat daripada Mudirah Qiraat kepada pihak Safarah Malaysia

Sepertimana yang telah saya ceritakan tadi, mudirah Qiraat Mansurah telah mengeluarkan surat menyatakan bahawa "sekiranya tiada sebarang senarai mahasiswi sampai, maka mereka tidak dibenarkan masuk periksa". Ya, beliau mengatakan bahawa senarai nama masih belum dihantar oleh pihak safarah.


Terjemahan :

Pejabat Maahad ad Daqhaliyyah
Maahad Qiraat Perempuan Mansurah

Said Sahib al Fadhilah,
Wakil Ketua Maahad Azhar ad Daqhliyyah

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh

Dengan segala hormat, ingin meletakkan pendirian terhadap Mahasiswi Qiraat Tahun Satu, berbangsa Malaysia, samada membenarkan mereka daripada memasuki peperiksaan atau tidak. Ia disebabkan fail senarai nama mereka belum diberikan oleh pihak safarah Malaysia sehingga sekarang, dan jumlah mereka seramai 39 orang.

Sekian, terima kasih.


Sepertimana yang dijangkakan, memang benar. Mahasiswi Qiraat yang berada di Mansurah tidak dibenarkan masuk peperiksaan sepertimana yang tertera pada surat di atas ini. Ia adalah surat yang ditulis oleh Mudirah kepada setiap mantiqah supaya menggesa pihak safarah untuk menghantar senarai nama.

Sekiranya tidak, mereka tidak akan dibenarkan masuk peperiksaan. Sebuah catatan yang saya petik daripada Us Adham, Penasihat DPM Mansurah.. sila baca (link)

Masalah yang ada di Mansurah kali ini lebih meruncing apabila keputusan yang dibuat oleh Mantiqah Al-Azhar cawangan Mansurah yang bahawasanya pelajar-pelajar tahun satu Qiraat Mansurah tidak boleh menduduki peperiksaan selagi mana Kasyful Asma' ataupun fail-fail pelajar masih lagi tidak sampai di Mantiqah tersebut.

Namun usaha terus dibuat diperingkat Maahad Qiraat Fatayat Al-Mansurah sendiri untuk mendesak melalui surat yang saya lampirkan. Berdasarkan perbincangan pihak persatuan kita DPMM bersama pihak Mudirah Maahad pada jam 1.30 petang tadi, insya Allah surat ini akan dihantar oleh pihak Maahad ke Mantiqah. Surat itu terkandung di dalam juga maklumat supaya desakan daripada pihak Mudirah Maahad kepada pihak Mantiqah sendiri supaya mendesak Safarah Malaysia supaya disegerakan fail-fail tersebut.

Dan apa yang menyedihkan, apabila kita menghubungi pihak Safarah iaitu Encik Khairi Jalaluddin supaya ada tindakan dari pihak Safarah. Apa yang pasti pada hari khamis (29 April 2010) ini adalah tarikh imtihan syafawi (ujian lisan) bagi pelajar-pelajar tahun satu. Dan insya Allah pada 8 Mei 2010 adalah tarikh bagi imtihan tahriri (ujian bertulis). Sekiranya fail-fail ini tidak sempat sampai, maka menjadi satu sejarah buat pelajar-pelajar Qiraat untuk tidak menduduki peperiksaan.

Kami juga terus berhubung dengan pihak DPM Syoubra. Pihak DPM Syoubra juga sudah merujuk di Qita' Maahad Al-Azhar dan mendapat maklumat yang sama bahawa fail-fail dari Safarah masih tidak sampai lagi. Namun melalui budi bicara pihak Mudir Maahad Qiraat Syoubra membenarkan untuk pelajar-pelajar tahun satu untuk menduduki peperiksaan.

Andaikata sejarah ini berlaku, nescaya pihak Safarah akan bertanggungjawab di dalam masalah ini. Dan saya harap kepada pihak pelajar-pelajar Qiraat dapat bersabar sekiranya berlaku. Seluruh pihak seperti PMRAM, DPM Syoubra, DPM Mansurah sudah cuba buat apa yang terdaya. Insya Allah kebenaran akan menyebelahi kita. Sirru ala barakatillah.

Semoga usaha mereka yang ingin menghapuskan mahasiswa Islam digagalkan oleh Allah. Ya Allah, hapuskanlah mereka yang ingin menghapuskan pejuang agamaMu! Kami yakin, Engkau pasti akan perkenankan doa kami yang dizalimi.

Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil
Fakulti Usuluddin, Jabatan Akidah dan Falsafah
Universiti al Azhar.

Monday, April 19, 2010

Ya ALLAH,sembuhkanlah dia.

Tolong sebarkan email ini di blog anda

Saya Rohaiza Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar. Tujuan saya menulis email ini ialah untuk memohon belas kasihan dari pembaca kerana anak kedua saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika bersalin, anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40 minit sebelum saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila doctor scan (MRI) otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak saya terencat akal kerana sel-sel otak telah mati kerana kekurangan oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.
Kaki bagaikan tidak jejak ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah lagi. Hampir 3 minggu saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang doctor terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti saya iaitu anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak mereka terencat akal. Tetapi kuasa Allah mengatasi segalanya dan anak mereka alhamdulillah sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan menasihati saya agar perbanyakkan solat hajat, baca yassin dan bersedekah. Alhamdulillah. Saya melakukan semua nasihat yang mereka berikan. Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum boleh menghisap dan menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan terus ke perut. Suction machine pula digunakan untuk menyedut air liur kerana anak masih tidak boleh menelan.

2 minggu lepas anak dimasukkan ke hospital kerana jangkitan kuman pada paru2. Ketika itu keadaan anak terlalu lemah menyebabkan doctor sukar mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.
Sekali lagi anak saya diduga iaitu selepas 3 hari kaki anak bengkak. Apabila doctor buat x-ray, rupanya kaki anak saya patah kerana dicucuk ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya Allah tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub, tak tahu menelan…kaki pula bersimen.
Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu besar ujian untuk anak saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah ujian yang maha-maha besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat meluangkan masa untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya terlalu berat permintaan saya, bacakanlah Al-Fatihah. Jika permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak saya sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya. Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah yang mampu membalas budi kalian.

Saya juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan kalian agar dapat membantu anak saya. Kesihanilah anak saya kerana dia terlalu kecil untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman dan ilmu..emailkanlah kepada saya rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya sertakan panduan sembahyang hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan jika ingin memohon sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat
1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x, dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.
Ayat Kursi
Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.


Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju. Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan melalui mulut.



Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.




Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas ujian yang diberikan. Saya redha.



Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.
Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

Wednesday, April 14, 2010

عمان تستدعي السفير الإسرائيلي احتجاجا على قرار ترحيل الفلسطينيين



فلسطينيون يرفعون علم بلادهم بالقرب من حاجز إسرائيلي في بلدة بيت لاهيا

عمان- أعلن مصدر حكومي أردني الأربعاء أن وزار الخارجية استدعت السفير الإسرائيلي في عمان داني نيفو وسلمته مذكرة احتجاج شديدة اللهجة حول قرار الحكومة الإسرائيلية إبعاد آلاف الفلسطينيين عن أرضهم.
وقال المصدر ليونايتد برس انترناشونال إن المذكرة شددت على رفض الأردن وإدانته واستنكاره الشديدين لهذا القرار الباطل والمرفوض ووجوب الوقف الفوري لتنفيذه مؤكدة على حق الشعب الفلسطيني في الإقامة والتنقل بحرية في أي مكان على ترابهم الوطني.

وأشارت المذكرة إلى أن القرار يشكل خرقا صارخا للقوانين والاتفاقيات والشرائع الدولية والإنسانية كافة، وخرقا فاضحا لالتزامات إسرائيل بوصفها القوة القائمة بالاحتلال على الأراضي الفلسطينية وهو باطل قانونيا ومنعدم حكما.

وأكدت المذكرة موقف الأردن الثابت بإقامة الدولة الفلسطينية المستقلة ذات السيادة المتواصلة جغرافيا وعاصمتها القدس الشرقية على خطوط الرابع من حزيران عام 1967 ضمن سياق إقليمي يحقق السلام الشامل في المنطقة.

وكانت الحكومة الأردنية أدانت بشدة الأربعاء قرار الحكومة الإسرائيلية إبعاد آلاف الفلسطينيين عن أرضهم وفق قانون منع التسلل الذي يشمل نحو70 ألف شخص من سكان الضفة الغربية.

وشددت الحكومة في بيان أصدرته الأربعاء على رفضها واستنكارها المطلقين لهذا القرار الذي وصفته بغير القانوني وغير الشرعي، واعتبرته خرقا صارخا للقوانين والاتفاقيات والشرائع الدولية والإنسانية، وخرقا فاضحا لالتزامات إسرائيل بوصفها القوة القائمة بالاحتلال على الأراضي الفلسطينية واعتبار أي إجراءات أو تدابير تقوم بها إسرائيل بهذه الصفة باطلة قانونا ومنعدمة حكما.

ورأت الحكومة الأردنية أن هذا السلوك يشكل خطوة أخرى من شأنها عرقلة أي جهد للسلام ويزيد التوتر وعدم الاستقرار في المنطقة ويخلق أوضاعا من شأنها تهديد السلم والأمن الدوليين.

وشددت على ان الضفة الغربية وقطاع غزة وفي القلب منها القدس الشرقية تشكل وحدة جغرافية واحدة ومتكاملة للدولة الفلسطينية وللشعب الفلسطيني الحق الكامل في الاقامة والتنقل بكل حرية في اي مكان فيها.

وطالبت الحكومة المجتمع الدولي بالتحرك الفوري الحازم لضمان وقف إسرائيل إجراءاتها احادية الجانب في جميع الأراضي الفلسطينية المحتلة وعدم تكرارها.

وبحسب البيان الحكومي، فقد أجرى وزير الخارجية ناصر جودة وبتوجيهات من الملك عبد الله الثاني اتصالات مكثفة مع العديد من وزراء الخارجية على هامش مشاركتهم في قمة الأمن النووي التي عقدت في واشنطن، أكد خلالها على ضرورة تحمل المجتمع الدولي مسؤولياته والتحرك الفوري والحازم لوقف إسرائيل قرارها بتمكين سلطات الاحتلال من إبعاد آلاف الفلسطينيين عن أرضهم ووقف جميع إجراءاتها احادية الجانب وانتهاكاتها واستفزازتها المستمرة في الأراضي الفلسطينية المحتلة بما فيها القدس الشرقية.

وكانت صحيفة هآرتس الاسرائيلية ذكرت الأحد أن الجيش الإسرائيلي أصدر أمرا جديدا يهدف إلى منع التسلل إلى الضفة الغربية ويدخل حيز التطبيق الثلاثاء ومن شأنه ان يسمح باعتقال الاف الفلسطينيين المقيمين هناك وترحيلهم.

واضافت إن القرار الجديد سيطبق أولا على الفلسطينيين الذين يحملون بطاقات هوية من غزة وعلى الاجانب المتزوجين من فلسطينيين والذين يقيمون في الضفة الغربية.

وينص على عقوبات قد تصل إلى السجن سبعة أعوام، اضافة إلى غرامة قيمتها 7500 شيكل (1500 يورو).

ونفى جيش الاحتلال الإسرائيلي الاثنين وجود نية لديه لإجراء ملاحقات واسعة بحق فلسطينيين مقيمين في الضفة الغربية بعد القرار العسكري.

http://www.alquds.co.uk/index.asp?code=qfi

Tuesday, April 6, 2010

Laknatnya.. puak Israel...




Rabu, 07/04/2010 – Monjed Besharat, 26, seorang pekerja rakyat Palestin yang bekerja di “Keryat Shmoonah” telah diserang oleh 3 orang askar rejim Zionis dengan menyimbah air mendidih ke atas muka pemuda itu sehingga menyebabkannya melecur tahap ketiga.

Selepas bekerja di sebuah kilang besi selama lebih 14 bulan, Monjed tidak pernah menyangka akan didatangi oleh 3 askar rejim Zionis yang memakai topi, melompat turun dari motor dan secara tiba-tiba melnyimbah air panas mendidih ke mukanya selepas membelasahnya tanpa sebarang sebab lain kecuali untuk menganiaya jika tidak berjaya membunuhnya.

“Saya dibelasah dengan teruk sehingga tidak sedarkan diri dan selepas itu dibawa ke sebuah tempat yang tidak diketahui lalu disimbah dengan air panas mendidih,” kata Monjed.

sumber : The Palestine Telegraph
penterjemah : salwa

http://palestinkini.info/

Thursday, April 1, 2010

Betul ke...

Yang Kita X tau pasal Presiden Iran Ahmadinejad
Semoga ini menjadi bahan renungan kita, terutama dikalangan orang atasan pejabat dan menteri!!

Presiden Iran saat ini: Mahmoud Ahmadinejad, ketika di wawancara oleh TV Fox (AS) soal kehidupan peribadinya:


"Saat anda melihat di cermin setiap pagi, apa yang anda katakan pada diri anda?"
Jawabnya: "Saya melihat orang di cermin itu dan mengatakan padanya:
"Ingat, kau tak lebih dari seorang pelayan, hari di depanmu penuh dengan tanggung jawab yang berat, yaitu melayani bangsa Iran ."

Berikut adalah gambaran Ahmadinejad yang belum tentu orang ketahui, dan pastinya membuat anda hairan dan bertnya pada sendiri..Ada ke orang yang berpangkat tinggi macm ni????

1. Saat pertama kali menduduki pejabat presiden
Beliau menyumbangkan seluruh karpet Istana Iran yang sangat tinggi nilainya itu kepada masjid-masjid di Teheran dan menggantikannya dengan karpet biasa yang mudah dibersihkan.

2. Beliau mengamati bahawa ada ruangan yang sangat besar untuk melayan tetamu VIP,
lalu beliau memerintahkan agar ruang tersebut ditutup dan digantikan dengan ruangan biasa dengan 2 buah kerusi kayu sahaja.


3. Di banyak kesempatan yang ada beliau akan bergurau senda dengan petugas kebersihan di sekitar rumah dan pejabat presoden

4. Langkah pertamanya ketika bergelar presiden adalah dengan mengumumkan kekayaan dan hartanya yang terdiri daripada sebuah kereta Peugeot 504 tahun 1977,
sebuah rumah sederhana warisan ayahnya 40 tahun yang lalu di sebuah daerah Kumuh di Teheran.
satu-satunya hasil pendapatan yang diperolehinya adalah wang gaji bulanannya.

6. Satu hal yang membuat staff di pejabat presiden kagum dgn beliau adalah beg yg selalu dibawa olehnya pada setiap hari yg berisikan sarapan;
roti isi atau roti keju yang disiapkan oleh isterinya dan
menghentikan kebiasaan menyediakan makanan yang dikhususkan untuk presiden.


7. Saat beliau menginap di hotel, beliau meminta diberikan kamar tanpa tempat tidur yg tidak terlalu besar
kerana beliau tidak suka tidur di atas kamar tetapi lebih suka tidur di lantai beralaskan karpet dan selimut.
Apakah perbuatan seperti gambar tersebut menjatuhkan maruah seorang presiden?



8. Sepanjang mengerjakan solat, anda dapat melihat bahawa beliau tidak duduk di baris paling hadapan..



9. Bahkan ketika suara azan berkumandang,
beliau terus mengerjakan solat walaupun dimanapun beliau berada meskipun hanya beralaskan karpet biasa



10. Semasa majlis perkahwinan anak lelaki beliau....majlis hanya dilakukan secara ringkas dan sederhana...tidak berlebih-lebihan,tidak seperti kita di sini sanggup berbelanja sampai beratus-ratus ribu ringgit untuk majlis perkahwinan...


11. Sebagai tambahan informasi, Presiden sehinnga kini masih tinggal di rumahnya.Hanya itulah yang dimilikinya sebagai seorang presiden dari negara yang hebat dari segi strategi, ekonomi, politik, serta kelantangan dalam memerangi Amerika syarikat dan sekutunya.
Bahkan ia tidak mengambil gajinya, alasannya adalah bahwa semua kesejahteraan adalah milik negara dan ia bertugas untuk menjaganya.

sumber :jiwa baru

Mengatasi masalah anak degil,nakal dan suka melawan cakap orang tua.



Oleh: Ibnuumar Asseluluni

Secara fitrahnya semua ibu bapa mahukan anak-anak yang menghormati ibu bapa, mentaati hukum agama, sentiasa menjauhi maksiat serta tidak terjebak dengan gejala sosial.

Pengalaman penulis di Darussyifa’ sering bertemu dengan ibu bapa yang mengadu tentang anak-anak mereka yang terjebak dengan gejala sosial seperti anak-anak yang lari dari rumah, bergaul dengan remaja yang rosak akhlak, berzina, menagih dadah, melawan ibu-bapa, kasar serta biadab dengan ibu bapa dan seumpamanya.

Ibu bapa yang datang ke Darussyifa’ ini meminta perawat mengikhtiarkan sesuatu supaya anak-anak mereka boleh dipulihkan. Di antara yang biasa dilakukan oleh perawat ialah;

Kaedah Pertama:

Membaca doa-doa tertentu pada air seperti Surah al-Fatihah, Doa Pelembut Hati (Surah Taha ayat 1 hingga 5), Selawat Syifa’, Selawat Tafrijiyah, Doa Menghindar Maksiat (Surah al-Mu’min ayat 3) dan beberapa doa-doa yang lain. Air yang telah dibacakan dengan doa ini diberi minum kepada anak-anak yang bermasalah ini juga dibuat bilasan mandi.

Selamat mencuba.