Thursday, August 27, 2009

Cuba anda bezakan hukum mana yang lebih zalim?

SEBAT CARA ISLAM







SEBAT CARA SIVIL






Maklumat Ringkas:
SEBAT CARA ISLAM
1. Panjang rotan tidak lebih 1.22 meter , tebal tidak lebih 1.25 sm
2. Jika pesalah hamil, hukuman dilaksanakan selepas 2 bulan melahirkan anak.
3. Sebatan tidak boleh kena muka, kepala, perut, dada atau bahagian sulit.
4. Pesalah lelaki disebat berdiri manakala perempuan dalam keadaan duduk.
5. Sebatan dengan kekuatan sederhana.
6. Tukang sebat tanpa mengangkat tangannya melebihi kepala.
7. Tidak melukakan kulit pesalah.

SEBAT CARA SIVIL
1. Rotan yang digunakan terdiri daripada berbagai-bagai saiz.
2. Pesalah akan ditanggalkan pakaiannya dan digantikan dengan pakaian cawat.
3. Pakaian cawat hanya menutupi bahagian kemaluan depan sahaja.
4. Bahagian daging punggung akan terdedah untuk disebat.
5. Pesalah akan dibaringkan secara berdiri pada patung yang dikhaskan dan diikat kedua kaki dan tangan.
6. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara terus.
7. Sesetengah tukang sebat menyebat dengan cara sentapan.
8. Sebatan dengan cara sentapan lebih menyakitkan kerana pesalah dapat merasakan cebisan kulit tersentap keluar.




Oleh Presiden PAS

Isu hukuman sebat kepada pesalah minum arak telah menarik perhatian pelbagai pihak untuk memberikan pandangan dan komen masing-masing. Hukuman yang dirujuk sebagai pelaksanaan hukum Islam di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Agama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 4 enakmen sama (Pindaan) 1987 sebenarnya masih tidak mengikut prinsip syarat hukum Islam yang sebenar. Di bawah hukum Islam, kesalahan meminum arak adalah diletakkan di bawah hukum hudud, iaitu satu hukum yang dinaskan mengikut Al-Quran dan Hadis Rasulullah s.a.w. Apabila asasnya adalah nas, maka ianya adalah aspek agama Islam yang wajib untuk dilaksanakan kepada penganutnya – kerana ianya berkait dengan tanggungjawab antara manusia dengan Tuhan, antara dosa pahala serta pembalasan di hari akhirat.

Jika bersandarkan kepada nas, maka hukuman ke atas peminum arak untuk penganut Islam setelah sabit kesalahan ialah sebatan antara 40 – 80 rotan jumlahnya. Apa yang paling penting untuk difahami ialah cara sebatan yang dilaksanakan di dalam penjara sekarang adalah sangat berbeza dengan kaedah sebenar hukum Islam, kerana mengikut Islam sebatan ini perlu mengambil kira keadaan dan kesihatan pesalah, selain dari memastikan pesalah dalam keadaan sepenuhnya berpakaian menutup aurat. Alat sebatan dan kaedah merotan hendaklah juga sederhana, antaranya bila sebatan dilaksanakan tangan tidak boleh diangkat sehingga menampakkan ketiak. Sebatan juga tidak boleh sampai mencederakan, dan sebatan dilakukan di beberapa tempat pada badan dan bukannya pada satu tempat sahaja.

Dalam Islam, hukuman ini bukan bersifat untuk menyeksa tetapi bersifat mendidik pelaku kesalahan serta mendidik masyarakat awam supaya gerun untuk melakukan perbuatan itu lagi. Aspek pencegahan inilah yang perlu ada dalam melaksanakan hukuman dalam undang-undang Islam. Ianya memerlukan pindaan supaya proses undang-undang Islam yang adil dapat dilaksanakan. Oleh yang demikian, kita meminta supaya pihak berkuasa tidak gopoh dalam pelaksanaan itu sehingga memberi gambaran salah mengikut syariat Islam. Dalam masa yang sama kita berharap supaya wanita yang disabitkan itu bertaubat kerana Allah Maha Pengampun dan Penyayang.

Apa yang seharusnya berlaku ialah arak haruslah di haramkan penjualannya secara menyeluruh terlebih dahulu kepada semua orang Islam. Masyarakat dan kerajaan juga perlu dididik supaya faham bahawa arak adalah haram di sisi agama Islam. Haramnya arak adalah tidak mengira tempat – samada restoran kecil atau besar, atau hatta di dalam rumah sendiri.
Menjalankan hukuman terhadap peminum arak tanpa menghapuskan puncanya – adalah seumpama menghadapi nyamuk aedes dengan menamparnya sahaja, tetapi longkang-longkang dibiarkan berselerak sehingga menjadi tempat pembiakan nyamuk yang membawa denggi !

Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

http://presiden.pas.org.my

Monday, August 24, 2009

Perihal orang Mukmin

Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?
" Maka jawab Rasulullah saw : "Umat dikenal kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan ,mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan. Maka memanggillah dari zat yang memanggil.

Bukanlah debu itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki alam syurga, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.

Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa 10 orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :

1. Para Nabi
2. Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak

9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman.

Di dalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra, Sabda Rasulullah saw:
Apabila datang hari qiamat dan orang -orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:

" Wahai Ridhwan , sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( ahli puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga.Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah buahan syurga.

Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua" "anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa " dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.

Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang diFirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :

"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."

Sunday, August 23, 2009

Kenangan Ekspo Gempak PMRAM 09

Salam Ukhuwwah kepada sahabat dan sahabiah agar sentiasa di rahmati dan dinaungi olehNya.Alhamdulillah telah 2 hari kita berpuasa menunaikan amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada umat islam.

Sebelum masuknya bulan Ramadhan Al-Mubarak,pihak Pmram telah menganjurkan program EGP 09 yang telah bermula pada 9-11.8.2009.Berbagai acara yang telah dipertandingkan di antaranya ialah nasyid,pidato 3 bahasa,debat,bola tampar,sepak takraw dan banyak lagi.Diantara pertandingan yang memukau hati penonton ialah acara bola tampar dan persembahan nasyid dari Tanta.

Di sini saya sertakan rakaman nasyid al-irsyad dari DPM TANTA.Sama-samalah kita menyaksikannya.


Saturday, August 22, 2009

Puisi Bait Muslim


Bait Muslim Tanta menjadi idaman,
Buat akhawat dan ikhwah yang kesunyian,
Dengan menjaga adab dan sopan ,
Terjalinlah ikatan yang dibenarkan Tuhan,
Berdasarkan borang yang diberikan

Bait muslim saya yang ditaklifkan,
Tugas pengarah bukan sebarangan,
Perlu ada sambutan dan sokongan ,
Barulah cemerlang masa hadapan

Bait Muslim ada beberapa perancangan,
Pasangan yang hendak berkahwin perlu teruskan,
Jangan tunggu jika ada kesanggupan,
Diredhai Allah bersemperna Ramadhan,
Jangan malu,jangan segan,
Semua insan hidup berpasangan.

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Dan Kelebihannya.


Sesungguhnya bulan Ramadhan juga disebut sebagai bulan ibadat bagi umat Islam. Ini diperkuatkan dengan terdapat banyak hadis yang menyebut tentang keutamaan dan keistimewaan beramal di bulan Ramadhan ini. Antaranya ialah:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, Bahawa Rasulullah s.a.w pernah bersabda: “Ketika datang bulan Ramadhan: sesungguhnya telah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, diwajibkan ke atas kamu untuk berpuasa, dalam bulan ini pintu Jannah dibuka, pintu Neraka ditutup, syaitan-syaitan dibelenggu. Dalam bulan ini ada suatu malam yang nilainya sama dengan seribu bulan, maka diharamkan kebaikannya bagi siapa yang tidak beramal baik di dalamnya, sesungguhnya tidak mendapat kebaikan di bulan lain seperti di bulan ini”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad, Nasai dan Baihaqi)

Dari Abi Hurairah r.a, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Solat lima waktu, solat Jumaat sampai solat Jumaat berikutnya, puasa Ramadhan sampai puasa Ramadhan berikutnya, adalah menutup dosa-dosa (kecil) yang diperbuat di antara keduanya, bila dosa-dosa besar dijauhi”.

(Hadis riwayat Imam Muslim)

Dari Abdullah bin Amru, bahawa sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Puasa dan Al-Quran itu memintakan syafaat bagi seseorang hamba di hari kiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhanku, aku telah mencegah dia memakan makanan dan menyalurkan syahwatnya di siang hari, maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Dan berkata pula al-Quran: Wahai Rabbku aku telah mencegah dia tidur di malam hari (kerana membacaku), maka berilah aku hak untuk memintakan syafaat baginya. Maka keduanya diberi hak untuk memintakan syafaat”.

(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Dari Sahal bin Sa’ad, sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Bahawa sesungguhnya bagi Jannah itu ada sebuah pintu yang disebut “Rayyaan”. Pada hari kiamat dikatakan: Di mana orang yang berpuasa? (untuk masuk jannah melalui pintu itu), jika yang terakhir antara mereka sudah memasuki pintu itu, maka ditutuplah pintu itu”.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Rasulullah s.a.w bersabda: “Barangsiapa puasa Ramadhan kerana beriman dan ikhlas, maka diampuni dosanya yang telah lalu dan yang sekarang”.

(Hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Dari Jabir r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka”.

(Hadis Riwayat Imam Ahmad)

Sebagai kesimpulan daripada kesemua hadis di atas, dapatlah dikatakan bahawa ia memberi pengajaran kepada kita tentang keutamaan dan keistimewaan bulan Ramadhan serta keistimewaan beramal di dalamnya bagi mereka yang ikhlas untuk mencari keredhaan Allah S.W.T. Di antaranya ialah:

( Keistimewaan Bulan Ramadhan ):

>Bulan yang penuh Barakah
>Pada bulan ini pintu Jannah di buka dan pintu Neraka ditutup
>Pada bulan ini syaitan-syaitan dibelenggu
>Dalam bulan ini ada suatu malam yang keberkatan beramal di dalamnya adalah lebih baik dari beramal selama seribu bulan, iaitu Malam Al-Qadar.
>Pada bulan ini juga setiap hari akan ada malaikat yang menyeru dan menasihati umat Islam supaya berbuat baik dan menjauhi perkara maksiat.

Wednesday, August 19, 2009

Sikap Si Laknat Israel!!!!


KEADAAN jenazah Bilal Achmed Ghanan, 19, yang didakwa dilapah tentera Israel untuk dijual di AS.


BAITULMAQDIS - Kekejaman tentera Israel bukan sekadar menyekat kemasukan makanan ke wilayah Gaza malah mereka dipercayai melapah organ penduduk Palestin untuk diperdagangkan.

Akhbar Sweden, Aftonbladet pada Isnin lalu mendakwa, wujud kaitan antara tuduhan tersebut dengan penahanan seorang lelaki Yahudi warga Amerika Syarikat (AS) berhubung penyeludupan organ manusia baru-baru ini.

Di bawah tajuk Anak-anak kami dibunuh kerana organ mereka, akhbar tersebut menyiarkan gambar jenazah seorang pemuda Palestin yang dipenuhi jahitan pada dadanya. Gambar tersebut dirakam selepas satu bedah siasat.

Lelaki Yahudi itu didakwa cuba mengimport satu ginjal dari warga Israel untuk dijual kepada seorang pesakit AS dengan harga mencecah AS$160,000 (RM567,400).

Penulis artikel itu, Donald Bostrom mendakwa ia ditulis berdasarkan keterangan beberapa penduduk Palestin di Tebing Barat dan Genting Gaza yang dikenali hanya dengan nama pertama mereka.

Menurutnya, terdapat kekurangan organ untuk pembedahan pemindahan di Israel pada masa kini dan rejim Zionis pernah melancarkan kempen menderma organ pada 1992.

"Ketika kempen ini diadakan, ramai pemuda Palestin hilang dan jenazah mereka dihantar pulang beberapa hari kemudian dengan kesan dilapah.

Tuesday, August 18, 2009

Sunday, August 16, 2009

Syukur Selamanya...


Syukurku panjatkan kepadaMu Ya Allah kerana telah memberikan banyak nikmat dan rahmat kepadaku sekeluarga.Sebenarnya jika diri ini menghitung segala kurniaan yang Dikau telah anugerahkan nescaya tidak mampu kami mengiranya.Terlalu banyak dan terlalu melaut kurniaan kepada kami.

Namun Ya Tuhanku, adakah daku bersyukur diatas segala nikmatMu?Ya Allah jangan jadikan kami ini golongan yang tidak bersyukur dan melupai akan diriMu.

Ya Allah,kami selalu berterima kasih kepada mereka yang memberikan kami hadiah dan cenderahati kepada kami,tetapi jarang sekali kami bersyukur kepadaMu Tuan Pemilik seluruh diri dan nyawa ini.

Ya Tuhan yang memiliki Arasy yang mulia,adakah kami bersyukur diberikan akal yang membezakan insan dan haiwan.Sedangkan mereka yang tidak berakal seperti belalang,ikan,kambing sentiasa bertasbih,berzikir memujiMu tetapi kami senantiasa melupai diriMu.

Firman Illahi yang bermaksud:

(" Sekiranya kamu bersyukur,pasti(ta'kid)Aku tambah nikmat kepadamu,sekiranya kamu kufur(tidak bersyukur)sesungguhnya azabKu adalah amat pedih ").

Thursday, August 13, 2009

H1N1,dan Doa.



Di antara bacaan yang baik dibaca agar dipelihara dari ditimpa bala bencana yang mendadak adalah dengan mengamalkan membaca doa di bawah ini sebanyak 3x di waktu pagi dan 3x di waktu petang.

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Dalil:

عَنْ أَبَانَ بْنَ عُثْمَانَ رضي الله عنهما قَالَ: سَمِعْتُ عُثْمَانَ بْنَ عَفَّانَ رضي الله عنه يَقُوْلُ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صلى الله عليه وآله وسلم: مَا مِنْ عَبْدٍ يَقُوْلُ فِيْ صَبَاحِ كُلِّ يَوْمٍ ، وَمَسَاءَ كُلِّ لَيْلَةٍ : بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ ثَلاَثَ مَرَّاتٍ، لَمْ يَضُرَّهُ شَيْئٌ

فَكَانَ أَبَانُ رضي الله عنهما قَدْ أَصَابَ طَرْفٌ فَالِجٌ ، فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَنْظُرُ إِلَيْهِ ، فَقَالَ لَهُ أَبَانُ رضي الله عنهما: مَا تَنْظُرُ؟ أَمَّا إِنَّ الْحَدِيْثَ كَمَا حَدَّثْتُكَ، وَلَكِنِّيْ لَمْ أَقُلْهُ يَوْمَئِذٍ لِيَمْضِيَ اللهُ عَلَيَّ قَدَرَهُ (رواه أحمد وأبو داود والترمذي والنسائي)

Ertinya : Dari Aban bin ‛Usman رضي الله عنهما, beliau berkata : Saya mendengar ‛Utsman bin ‛Affan رضي الله عنه berkata: Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda: “Tidak ada dari seorang hamba yang mengucapkan do‛a ini pada waktu pagi dan petang setiap hari :

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي اْلأَرْضِ وَلاَ فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

sebanyak tiga kali, nescaya tidak memudharatkannya sesuatu apapun.

Maka pada suatu hari Aban رضي الله عنهما telah ditimpa penyakit lumpuh (stroke), lalu seorang laki-laki memandang (curiga) kepada beliau, maka Aban رضي الله عنهما pun berkata kepadanya: Apa yang kau pandang? Adapun sesungguhnya hadits ini benar seperti apa yang aku riwayatkan kepadamu, akan tetapi pada suatu hari aku tidak membacanya, sehingga Allah pun menimpakan kepadaku ketentuanNya (qadar)“

Di dalam riwayat lain disebutkan, Aban رضي الله عنهما mengatakan; Demi Allah aku tidak mendustakan Utsman رضي الله عنه dan Utsman رضي الله عنه juga tidak mendustakan Rasululllah صلى الله عليه وآله وسلم , cuma pada hari aku ditimpa kelumpuhan ini, aku sedang marah dan aku lupa membacanya.

(Hadits riwayat Imam: Ahmad, Abu Daud, at-Tirmidzi, an-Nasa’i dan lain-lain)

Perhatian:

1. Perbanyakkan Istighfar
2. Perbanyakkan Selawat ke atas Nabi
3. Yakin dengan pertolongan Allah
4. Ikhlaskan diri ketika berdoa.

Hari Lahirku.

Assalamualaikum,salam ukhuwwah kepada semua yang membaca coretan saya pada kali ini.Lama sudah tidak menulis,rasa rindu tersebut terubat kembali,alhamdulillah.
Esok tanggal 14.08.2009,genaplah diri ini 27 tahun.Selama 27 tahun saya telah menikmati kehidupan ini ,namun apakah yang telah saya lakukan?adakah pernah saya mensyukuri atas segala nikmat yang Dikau anugerahkan?apakah sumbangan saya kepada Islam,adakah amalan kebaikan semakin bertambah seperti tumbuhnya cendawan selepas hujan?adakah kejahatan yang dilakukan semakin berkurangan?

Syukur kepada Illahi,kerana masih memanjangkan umurku.Namunku takuti jika umur ini berlalu dengan melakukan kejahatan,sedangkan Dikau Ya Allah selalu memerhatikanku.
Ya Allah,jangan Engkau membiarkan diri ini tanpa bimbingan dan pertolongan dariMu.

Ya Muqallibal Qulub,Thabbit Qalbi Ala Diniq Wa To Atiq.
Amin,amin Ya Rabbal Alamin...