Thursday, July 23, 2009

Buatlah Maksiat Kalau Berani



Bismillahirrahmanirrahim,kepada pembaca yang budiman sekelian.Mudah-mudahan segala yang tercatat disini memberi kita (inzar)peringatan kepada diri saya dan semua.
Allah Taala akan tetap bersama dengan kita dan kita tidak akan terlepas daripada pandangan dan pantauan dari pada dua pencatit yang begitu setia dengan kita iaitu malaikat (Raqib dan Atid).

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham(Aba Ishak).Dia berkata: "Wahai Aba Ishak!Selama ini aku gemar bermaksiat.Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Aba Ishak berkata: "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya,maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya, "Apakah syarat-syarat itu,wahai Aba Ishak?" Ibrahim bin Adham berkata:




SYARAT PERTAMA: "Jika kamu bermaksiat kepada Allah,jangan memakan rezeki-Nya."
Mendengar itu dia mengenyitkan kening seraya berkata: "Dari mana aku mahu makan?Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?" "Ya!"tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya,masih mahukah memakan rezeki-Nya,sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?" "Apakah syarat keduanya?"soal lelaki tersebut. Lantas Aba Ishak menjawab:


SYARAT KEDUA: "Kalau kamu bermaksiat,jangan tinggal di bumi-Nya."
Syarat ini membuat lelaki itu terkejut separuh mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya: "Wahai hamba Allah,fikirkanlah,apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya,sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya.?" "Ya!Anda benar"kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga.Ibrahim menjawab:


SYARAT KETIGA: Kalau kamu masih mahu bermaksiat,carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya.
Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata: "Wahai Ibrahim,ini nasihat macam mana?mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya ,kalau memang yakin demikian,apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?"kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.Ibrahim melanjutkan:


SYARAT KEEMPAT: "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu,katakanlah kepadanya, "Ketepikan kematianku dulu.Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh".Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan tersedar dan berkata: "Wahai Ibrahim,mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?" "Wahai Abdullah,kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu,lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?" "Baiklah,apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab:


SYARAT KELIMA: "Kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di Hari Kiamat nanti,jangan engkau ikut bersamanya."
Perkataan tersebut membuatkan lelaki itu insaf.Dia berkata: "Wahai Aba Ishak,sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim.Air matanya bercucuran . "Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah"katanya sambil teresak-esak.

Tuesday, July 21, 2009

Kemahiran



Kemahiran dalam hidup bermasyarakat merupakan satu tuntutan dalam hidup kita selaku manusia dan bakal membawa mereka ke jalan kebenaran.Bagi mereka yang bergelar mahasiswa Al-Azhar mereka sepatutnya menyedari bahawa mereka adalah pewaris para Nabi.

Mereka perlu mempersiapkan diri dengan apa jua ilmu yang bakal di gunakan semasa,sedang dan masa yang akan datang.Tak kiralah dengan cara bertalaqqi dengan masyaikh(Guru)ke,berpesatuan ke,terlibat dengan program kemasyarakatan ke dan sebagainya.

Menjadi kemestian kepada kita mempunyai ilmu,namun seperkara lagi jangan kita lupa ialah pengalaman kita dalam melaksanakan sesuatu tugasan atau kerja.Kalau orang kampung suruh kita memberi tazkirah kita dapat sampaikan,kalau suruh kita bermain bola kita juga boleh walaupun tak sehebat Ronaldo, Messi atau Maradona.

Ilmu dan pengalaman amat penting agar kita tidak kekok menghadapi segala yang bakal mendatang.

Kelemahan dan sikap tidak cakna dikalangan kita hari ini akan menjadi buah mulut bagi mereka yang benci kepada islam.Mereka ingin melihat kita dapat menyampaikan apa saja kalau diminta.Sahabat dan kawan-kawanku sekelian,walaupun kita tidak dapat menguasai semua ilmu jangan kita tinggalkan ilmu yang lain.

Semoga celoteh saya berguna agar kita tidak terhantuk di kemudian hari.Terima kasih kepada semua yang sudi membantu,mengajar,mendidik,mentarbiah diri ini.

Monday, July 20, 2009

Isra' Dan Mikraj

(artikel: oleh ust.budak Besar )

Satu lagi perayaan yang disambut oleh umat Islam ialah perayaan israk’ dan mikraj,
peristiwa yang besar ini berlaku sendiri pada batang tubuh nabi s.a.w. Mari lah kita sama-sama mengambil pengajaran dari peristiwa mukjizat ini.

Isra’ ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Haram ke Majidil Aqsa. Mikraj pula ialah perjalanan Nabi s.a.w dari Masjidil Aqsa menembusi langit-langit ke sidratul muntaha yang tidak pernah di jejaki oleh sebarang makhluk untuk bertemu dengan Allah Taala… Semua perjalanan ini berlaku dalam tempoh sehari semalam…

Terdapat perselisihan pendapat di kalangan ulama’ tentang terjadinya mukjizat ini. Adakah pada tahun kesepuluh atau tahun sesudahnya. Perkara ini menjadi khilaf di kalangan ulama’. Menurut riwayat Saad peristiwa ini berlaku lapan bulan sebelum peristiwa hijrah Nabi s.a.w.

Jumhur ulama’-ulama’ Islam bersependapat bahawa pristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh Nabi s.a.w. Ini merupakan satu mukjizat yang di kurniakan oleh Allah kepada Nabi s.a.w.

Kisah perjalanan ini disebutkan secara jelas oleh Muslim di dalam sohehnya. Di sebutkan bahawa perjalanan Nabi ini dengan menaiki seekor binatang yang dipanggil sebagai Burak.Binatang ini lebih beser dari keldai dan kecil sedikit dari unta.
Binatang ini berjalan dengan pantas ibarat sekelip mata sahaja.Disebutkan pula nabi s.a.w memasuki Masjidil Aqsa dan bersolat dua rakaat bersama dengan roh nabi-nabi.
Lalu jibril datang kepadanya dengan membawa segelas arak dan segelas susu, lalu Nabi s.a.w memilih susu sebagai minumannya.

Lalu jibril berkata kepadanya “bahawa engkau wahai Muhammad telah memilih suatu perkara yang menjadi fitrah bagi manusia. Kemudian di teruskan lagi perjalanan ke langit pertama, kedua, ketiga sampai lah seterusnya hinggalah ke Sidratul Muntaha.
Disana lah di wahyukan kepada nabi syariat solat yang pada awalnya sebanyak lima puluh waktu.

Keesokkan harinya Nabi s.a.w menceritakan kepada penduduk Mekah tetapi ramai yang tidak mempercayai kata-kata nabi s.a.w. lalu Nabi di tertawakan sehingga Nabi s.a.w menceritakan gambaran di dalam Masjidil Aqsa secara jelas.

Imam Bukhari telah meriwayatkan secara jelas dalam sahihnya.

لما كذبتني قريش قمت فى الحجر فتجلى الله لى بيت المقدس فطفقت أخبرهم عن آيته وأنا أنظر إليه....

Maksudnya:
Ketika kaum quraisyh mendustakan aku, aku berdiri di hadapan Hijir (ismail). Lalu Allah memperlihatkan Baitul Maqdis kepada ku. Kemudian aku khabarkan kepada mereka tentang tiang-tiangnya dari apa yang aku lihat.

Sebahagian daripada kaum musyrikin mengambil peluang dari peristaiwa ini untuk menggoncang aqidah umat Islam pada ketika itu. Mereka juga mengkhabarkan kepada sahabat nabi s.a.w iaitu Abu Bakar r.a. Tetapi jawapan Abu Bakar mengecewakan mereka iaitu “jika Muhammad yang berkata demikian nescaya aku percaya, malah lebih dari itu pun aku percaya.” Dengan peristiwa ini lah Abu Bakar di gelar sebagai As-siddiq

BEBERAPA PENJELASAN


Pertama: penjelasan tentang Rasul dan Mukjizat.Ramai diantara penulis cuba menggambarkan Nabi Muhammad ini sebagai insan biasa.Penulis-penulis barat juga cuba mempamerkan Nabi s.aw ini sebagai pemimpin biasa serupa dengan diktator-diktator lain. Gambaran yang salah ini sedikit sebanyak menggugat aqidah umat Islam. Sedangkan Nabi Muhammad s.a.w dikuniakan dengan banyak mukjizat yang tidak boleh di fikir oleh akal manusia.

Fiman Allah Taala:

قل إنما الأيت عند ألله

Maksudnya:
“sesungguhnya mukjizat-mukjizat itu hanya pada sisi Allah”

Di antara mukjizat nabi lagi ialah, memancarkan air dari celah-celah jari nabi saw.
Peristiwa ini di riwayatkan oleh Imam Bukhari di dalam bab wudhuk, Imam muslim di dalam bab al-fadha’il (keutamaan). Imam Malik dalam al-muwaththa’. Mukjizat yang lain pula ialah peristiwa bulan terbelah. Peristiwa ini bukan di saksikan oleh musyrikin mekah sahaja tetapi disaksikan juga oleh seluruh alam. Satu riwayat menceritakan seorang sahabat nabi dari India datang berjumpa dengan nabi saw ketika melihat peristiwa ini di negaranya.Lalu beliau merantau lalu datang berjumpa dengan nabi dan menghadiahkan nabi dengan sedikit halia, lalu nabi ambil dan memakan halia tersebut.

Israk dan Mikraj ini juga merupakan salah satu daripada mukjizat nabi saw.Malahan ia merupakan mukjizat yang paling besar mengikut pendapat sebahagian ulama’.Tetapi ada sebahagian umat islam memekakkan telinga mereka dari mendengar hadis-hadis yang mutawatir dalam peristiwa ini yang menyebabkan mereka mempertikai peristiwa yang agong ini. Mana pergi ASTORA JABAT LAKNATULLAH??? Yang mempertikai peristiwa ini satu ketika dahulu. Ini merupakan saki baki daripada pengikut-pengikut Abu Jahal dan Abu Lahab kerana mereka tidak percaya dengan peristiwa ini.

Makna di sebalik perjalanan Isra’ ke Baitul Maqdis ialah ingin menggambarkan betapa tinggi nya kedudukan tanah suci umat Islam ini.Baitul Maqdis bukan sahaja tanah bagi orang palestin tetapi ianya juga merukan tanah suci bagi umat Islam keseluruhan nya.
Kita perlu sedar betapa pentingnya kita mempertahankan tanah suci ini dari di ceroboh oleh Yahudi yang tidak bertanggungjawab yang di sokong oleh Amerika dan negara-negara yang sekafir dengannya!!!! Adakah kita membutakan mata dan memekakkan telinga dalam masalah ini?? Apa sumbangan kita bagi membebaskan bumi palestin ini dari Zionis Yahudi laknatullah?? Kita WAJIB memboikot semua barangan-barangan Yahudi dan sekutunya. Apakah umat Islam sedar masalah ini?Kita kihat pada hari ini dalam negara kita ramai mereka-mereka yang masih lagi tidak memboikot barangan-barangan ini.

Professor Dr Yusoff Al-Qaradhawi dalam fatwanya menyebut, “ satu sen kita sumbangkan untuk zionis yahudi ini di ibaratkan kita telah memasukkan satu peluru untuk menembak umat Islam di Palestin. Kita harus merasakam bahawa tanah suci Baitul Maqdis merupakan tanah suci seluruh umat Islam!!!!!

Perajalanan dari Baitul Maqdis dan terus berjumpa dengan Allah Taala bagi menerima fardhu solat.

Ini memberi faham kepada kita bahawa penting solat dalam kehidupan ini dan pentingnya menjaga solat. Bayangkan susahnya nabi saw hendak menerima solat ini, tetapi malang ada diantara kita yang ambil sikap sambil mlewa dalam solat ini.
Cuba kita fikir, dalam usia yang Allah Taala beri kepada kita ini berapa kalikah kita rasa lazat ketika berjumpa dengan Allah swt. Jika kita tidak rasa lazat, bayangkan jika kita dimatikan oleh Allah swt esok hari??? Satu persoalan yang harus kita jawab. Kadang-kadang kita lebih mementingkan kerja dunia berbanding dengan solat.

Tahukah anda semua, bahawa solat ini merupakan hubungan kita dengan Allah secara langsung.Betapa kasihnya Allah kepada kita semua sehingga Allah memberi peluang hambanya merayu untuk mengabdikan diri kepadaNya.Nabi saw di beri pilihan oleh Jibril sama ada hendak meminum arak ataupun susu,namun Nabi saw memilih susu kerana ianya sesuai dengan fitrah dan naluri manusia itu.

Semua agama melarang penganutnya minum arak, ini kerana ia sudah terkeluar daripada sifat manusia yang sebenar.Jumhur ulama’ salaf dan khalaf bersependapat bahawa peristiwa ini berlaku dengan jasad dan roh. Imam Nawawi berkata di dalam SYARHU MUSLIM “ pendapat yang benar menurut kebanyakan ulama’ salaf,semua fuqaha, ahli hadis dan ahli ilmu tauhid, adalah bahawa Nabi saw di isra’kan dengan jasad dan rohnya, semua nas merujuk perkara ini,dan ia tidak boleh di takwil kecuali dengan dalil”.

Diantara dalil yang jelas mengenai peristiwa ini sebagaimana di sebutkan sendiri oleh Allah swt di dalam Al-quran surah Al-Isra’ ayat pertama. Disini dapat dinyatakan bahawa mereka yang menolak peristiwa ini adalah terkeluar daripada agama Islam (KAFIR).


Ekspo Gempak PMRAM 09.




http://egp-pmram.blogspot.com/

Selamat melayari blog ini.Mudah-mudahan kita dapat memeriahkan lagi Ekspo Gempak PMRAM pada kali ini.Segalanya pasti menghiburkan........

Sunday, July 19, 2009

15 Tanda Kematian Mulia




Pernahkah kita meminta supaya kita dimatikan dengan penutup yang baik 'husnul khatimah'?

Sebenarnya bukan kena minta sahaja tetapi kena buru dan kena cari. Antara tanda mati husnul khatimah ialah:

1. Mengucapkan kalimah syahadah ketika wafat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Sesiapa yang pada akhir kalimahnya mengucapkan La ilaaha illallah maka ia dimasukkan ke dalam syurga." (Hadis Riwayat Hakim)

2. Ketika wafat dahinya berkeringat. Ini berdasarkan hadis dari Buraidah Ibnul Khasib. Adalah Buraidah dahulu ketika di Khurasan, melihat saudaranya yang tengah sakit, namun didapatinya ia sudah wafat dan terlihat pada jidatnya (dahi) berkeringat, kemudian dia berkata: "Allahu Akbar, sungguh aku telah mendengar Rasulullah bersabda: Matinya seorang mukmin adalah dengan berkeringat dahinya." (Hadis Riwayat Ahmad, an-Nasai, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, Al-Hakim dan ath-Thayalusi dari Abdullah bin Mas'ud)

3. Wafat pada malam Jumaat. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:

"Tidaklah seorang Muslim yang wafat pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali pastilah Allah menghindarkannya dari seksa kubur." (Hadis Riwayat Ahmad)

4. Mati syahid di dalam medan perang.

5. Mati dalam peperangan fisabilillah.

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Apa yang kalian kategorikan sebagai orang yang mati syahid di antara kalian?

Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah yang kami anggap sebagai orang yang mati syahid adalah siapa saja yang mati terbunuh di jalan Allah.

Baginda bersabda: "Kalau begitu umatku yang mati syahid sangatlah sedikit."

Kalangan sahabat kembali bertanya: "Kalau begitu siapa sajakah dari mereka yang mati syahid wahai Rasulullah?"

Baginda menjawab: "Sesiapa yang terbunuh di jalan Allah, yang mati sedang berjuang di jalan Allah dan yang mati kerana penyakit kolera, yang mati kerana penyakit perut (iaitu disebabkan penyakit yang menyerang perut seperti busung lapar atau sejenisnya), dialah syahid dan orang-orang yang mati tenggelam, dialah syahid."(Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan al-Baihaqi)

6. Mati disebabkan penyakit kolera. Mengenai ini banyak hadis Rasulullah s.a.w meriwayatkan antaranya sebagai berikut:

Rasulullah bersabda, maksudnya: "Penyakit kolera adalah penyebab mati syahid bagi setiap Muslim." (Hadis riwayat Bukhari, ath-Thayalusi dan Ahmad)

7. Mati kerana tenggelam.

8. Mati kerana tertimpa runtuhan/tanah.

Dalil dari dua perkara di atas adalah berdasarkan sabda Rasulullah bermaksud: "Kalangan syuhada itu ada lima; orang yang mati kerana wabak kolera, kerana sakit perut, tenggelam, tertimpa runtuhan bangunan dan syahid berperang di jalan Allah." (Hadis riwayat Imam Bukhari, Muslim, at-Tirmidzi dan Ahmad)

9. Perempuan yang meninggal kerana melahirkan anak.

10. Mati terbakar.

11. Mati kerana penyakit busung perut.

Mengenai kedua perkara ini banyak sekali riwayat dan yang paling masyhur adalah dari Jabir bin Atik secara marfu': "Kalangan syuhada ada tujuh: Mati terbunuh di jalan Allah, kerana penyakit kolera adalah syahid, mati tenggelam adalah syahid, kerana busung lapar adalah syahid, kerana penyakit perut keracunan adalah syahid, kerana terbakar adalah syahid dan yang mati kerana tertimpa runtuhan (bangunan atau tanah gelongsor) adalah syahid serta wanita yang mati ketika hamil adalah syahid." (Hadis riwayat Imam Malik, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad)

12. Mati kerana penyakit Tubercolosis (TBC).

Ini berdasarkan sabda Rasulullah s.a.w, maksudnya: "Mati di jalan Allah adalah syahid dan perempuan yang mati ketika melahirkan adalah syahid, mati kerana terbakar adalah syahid, mati kerana tenggelam adalah syahid, mati kerana penyakit TBC adalah syahid dan mati kerana penyakit perut adalah syahid." (Hadis riwayat Thabrani)

13. Mati kerana mempertahankan harta dari perompak. "Sesiapa yang mati kerana mempertahankan hartanya (dalam riwayat lain; Sesiapa menuntut hartanya yang dirampas lalu ia terbunuh) adalah syahid." (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud, an-Nasa'i, at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

14. Mati dalam membela agama dan jiwa. "Sesiapa mati terbunuh dalam membela hartanya, dia mati syahid; siapa saja yang mati dalam membela keluarganya, dia mati syahid; sesiapa mati dalam membela agama (keyakinannya), dia mati syahid dan siapa saja yang mati mempertahankan darah (jiwanya) dia syahid."

15. Mati dalam berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: "Berjaga-jaga (waspada) di jalan Allah sehari semalam adalah lebih baik daripada berpuasa selama sebulan dengan mendirikan (solat) pada malam harinya. Apabila dia mati, mengalirkan pahala amalannya yang dahulu dilakukannya dan juga rezekinya serta aman dari seksa kubur (fitnah kubur)."

16. Orang yang meninggal ketika mengerjakan amal soleh. Semoga kematian kita dalam husnul khatiimah.

Friday, July 17, 2009

Syukur....


Syukur saya ucapkan kepada Allah Taala yang telah memberi peluang kepada saya untuk berada di bumi Anbia' yang penuh barakah ini.Pada asalnya saya sebenarnya tidak bercita-cita menyambung pelajaran ke Mesir,setelah tamat diploma di Akademi Pengajian Islam Dan Dakwah Sri Manjung,Perak.

Pada mulanya hati ini ingin terus bekerja sebagai Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia(KAGAT).Peluang tersebut terpaksa saya ketepikan dahulu.Alhamdulillah saya dapat menyambung pelajaran ke Bumi Anbia' ini.

Dengan berbekalkan wang kutipan yang saya kutip dan sumbangan daripada orang ramai,pak cik,mak cik,sepupu sepapat akhirnya saya dapat mengumpulkan sejumlah wang yang ingin dibuat pembelanjaan semasa pengajian.

Alhamdulillah,saya akan ke mesir.Pada awal fikiran saya, tergambar bahawa Mesir ini sebuah kawasan yang berpasir,bergunung ganang,di kelilingi pokok kurma,unta yang banyak,dan sebagainya seperti pemandangan yang dilihat di dalam (Jejak Rasul) dalam bulan Ramadhan yang lepas.

Setelah berlepas dari lapangan terbang( KLIA) diiringi dengan linangan air mata ma,ayah,kakak dan adik, maka saya pun berlepas menuju ke destinasi yang ingin dituju.

Saya dan sahabat daripada (APID)seramai 10 orang tiba di lapangan terbang EGYPT dengan menaiki kapal terbang MAS yang pada ketika itu masih beroperasi .Namun selepas beberapa tahun kemudian ia di berhentikan perkhidmatannya,wallahua'lam apa sebabnya.

Walaupun bumi mesir sebenarnya bumi yang sarat dengan bangunan dan penduduknya dan boleh dikatakan maju juga dengan teknologi telefonnya.

Sahabat,kawan-kawan yang dihormati sekelian,marilah bersama kita gunakan sepenuhnya masa yang ada (fursah zahabiah) di bumi Mesir ini.Antara perkara yang perlu kita ambil ialah ilmu dari para masyaikh(tok guru),peluang berbahasa arab,meniru sikap orang mesir yang suka membaca Al-Quran,solat berjemaah,berzikir,budaya memberi salam,zakat,sikap bersungguh-sungguh dalam bekerja,berani,tidak berdendam dan perkara yang paling penting juga ialah peluang kita belajar di Universiti Al-Azhar yang terkenal diseluruh dunia.

Universiti Al-Azhar inilah universiti yang terulung di dunia.Universiti inilah yang sangat menggerunkan orang kafir,kerana telah banyak melahirkan ulama dan mereka yang ikhlas berjuang di jalan Allah Taala.Mereka telah cuba sedaya upaya ingin melenyapkan agama islam salah satu caranya ialah dengan menghapuskan Al-Azhar sedikit demi sedikit.

Semoga celoteh ini dapat memberi kesedaran kepada kita daripada terus terlena dibuai mimpi.



Wednesday, July 15, 2009

Rezeki kITA



http://minda-kembara.com/v2008/wp-content/uploads/2009/06/att00001.jpg

Tu semua wang saku yang diberikan oleh UMNooo di Bukit Gantang,tapi untuk Manik Urai dan tempat yang sewaktu dengannya...saya tak taulah berapa.Mungkin kita semua boleh menyiasatnya...

Moral:

# DAPAT MEMBERI ANAK DAN ISTERI MAKAN.

# MENYOKONG umno DAPAT duit tAPI TAK TAU SUMBER HALAL HARAMNYA.

# dAPAT MENINGKATKAN PENDAPATAN KELUARGA TERCINTA.


Tuesday, July 14, 2009

Rasulullah....









Ya Rasulullah!
Ya Rasulullah,

Kami tidak tahu bagaimana cantik rupa parasmu,
kami merinduimu......
menantimu, agar hadir di dalam mimpi kami..........walau seketika.

Ya Rasulullah!

Pahit jerih ingin melihat tertegaknya Islam,
susah payahmu,
luka berdarah di tubuhmu,
di Taif,
di Uhud,
patah gigimu,
diasak di peperangan Ahzab.........
batu bersusun di perutmu,
namun
semangat dan,
jihad tidak pernah luntur.

Adakah kami layak mendapat syafaatmu,
adakah layak diri ini minum di telaga Kautharmu,
kami bakhil untuk bersolawat ke atasmu,

Ya Rasullullah...

Kami mengaku pejuang Islam, tetapi............
banyak takut dari berani,
banyak kenyang dari berlapar,
banyak tidur dari tahajjud.............

Hati bersalut noda dan dosa,
jiwa kotor,
cakap kotor.

Ya Rasulullah,
Hari demi hari semakin jauh kami darimu,
Semakin kurang ingatan kami padamu,

Kenapa ini terjadi?????
adakah hati kami mencintai dunia lebih dari dirimu?
atau kami telah melupai,
bahawa kami juga akan mati!!!!!!!
Ya Allah....

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati,
tetapkan diri kami dalam agamaMu,
tiada daya dan upaya,
melainkan bentuan dan pertolongan dari Mu...

Nukilan Ust.Halim Nasir& Muhamad Fadil

Manik Urai Menjadi Perhatian.

Jentera BN secara besar-besaran menyerang kerajaan negeri Kelantan dalam pilihan raya 2008 lalu, penyokong PAS di luar Kelantan pulang untuk mempertahankan negeri Tok Guru dari jatuh ke tangan Umno.

Dalam pilihan raya kali ini sekali lagi sejarah akan berulang apabila Umno mengambil pendekatan menyerang Nik Aziz,bakal membuka ruang kepada Abe Uji memenangi pilihanraya pada kali ini,insyaallah.

Dalam pilihan raya kali ini, PAS mengharapkaan sekurang-kurangnya 1,000 dari mereka pulang mengundi kali ini.

Jika mereka benar-benar pulang, harapan untuk menang dengan majoriti yang lebih besar akan menjadi kenyataan.

Monday, July 13, 2009

Motivasi

Kita perlu tanamkan pada diri bahawa kita boleh berjaya sebagaimana orang lain berjaya.Malah jika kita bersungguh-sungguh dalam kita melaksanakan sesuatu urusan kita akan lebih cemerlang daripada orang lain.

Sikap(kita boleh berjaya)adalah amat penting bagi kita selaku umat Nabi Muhamad S.A.W.Kita akan berjaya,dan kejayaan yang gemilang ialah jika kita sandarkan kejayaan yang kita perolehi ini datangnya dari ALLAH Yang Maha Kuasa.

Usaha untuk berjaya amalan yang terpuji.Nabi Muhamad S.A.W pernah berdoa supaya dijauhi sifat malas dan sedih.Umat islam akan lebih berjaya jika berdoa dan bermunajat supaya kejayaan yang di kecapi dan perolehi di berkati olehNya.

Semakin berjaya seseorang itu semakin dekat kepada Penciptanya.Semakin berisi semakin tunduk ke bumi,seperti sifatnya padi.

Kita akan berjaya jika kita tanamkan di dalam diri bahawa kita boleh berjaya.Tidak ada mustahil di dunia ini dengan izin ALLAH S.W.T.

Kejayaan kita adalah kejayaan Islam jua.Orang Kafir semakin hari semakin mara ke hadapan di samping menabur duri dan peluru ke arah umat islam.Kita dapat tengok bahawa mereka sentiasa menghalang umat islam daripada berjaya dan sentiasa mundur.

Bermula dengan rokok,dadah,budaya pemakaian barat yang mendedahkan aurat dan sebagainya.Semua yang dilakukan tidak lain tidak bukan kerana ingin menghalang kemaraan Islam dan penganutnya.

Saya mengajak diri ini dan semua agar kembali bangkit dan segera meninggalkan masalah yang melingkari diri kita.Dan sentiasalah kita berdoa yang berbunyi:

"Allahumma inna Nau zubika minal hammi wal hazan,wa nau zubika minal ajzi wal kasal,wa nau zu bika minal jubni wal bukhl,wa nau zu bikamin gholabatiddaini wa kohrirrijaal".

Amin Ya Rabbana...

Sunday, July 12, 2009

(PmP=Perkhemahan Musim Panas).

Alhamdulillah setelah 3 hari 2 malam saya bersama kawan-kawan mengikuti program (PMP 09)perkemahan musim panas di Mukhayyam Daim Hayyu, Sadis.Kami telah bertolak dari Tanta pada pagi Rabu yang lalu.Program itu telah dirasmikan oleh Presiden Pmram,al-fadhil ust Muiz.

Banyak yang dapat dikutip selama kami berada di sana antaranya ialah mengeratkan silaturrahim sesama cucu Tok Din Tantawi, samada yang lama mahupun yang baru.Disamping bertaaruf,kami juga dapat merehatkan jiwa dan minda setelah hampir sebulan memerah otak masuk ke dewan peperiksaan.

Walaupun program yang dianjurkan berbentuk santai dan suasana ukhuwwah sesama mahasiswa pengajian islam dan perubatan,namun pihak Dewan Mahasiswa Tanta tidak lupa untuk mengadakan program ilmiah untuk ahli.Diantaranya ialah diskusi kitab(Ikhtilaf Fikhiyyah)oleh Ust.Syed Abdul Kadir.

Banyak juga agenda yang telah dilaksanakan diantaranya kuiz,debat,explorer,permainan bola sepak,bakar ayam dan sebagainya.Paling tidak boleh saya lupakan ialah saya bersama 3 ketua kumpulan yang lain dilantik menjadi ahli penal forum pada malam yang terakhir.Masing-masing mengeluarkan hujjah berkisarkan tajuk (Ukhuwwah).Alhamdulillah, walaupun masa yang diberikan untuk persiapan berforum setengah jam saja namun kami berjaya berforum pada malam itu.

Selepas forum masing -masing bergegas ke tempat membakar ayam.Bakar pun sudah,masak pun sudah, tibalah giliran kami semua untuk menyantap makanan yang tersedia.Paling menarik ada diantara kami membuat persembahan. Yang menarik perhatian ialah dikir barat gabungan daripada rakan-rakan Kelantan,Kedah,Pahang dan Selangor.

Program selama 3hari 2 malam ini berakhir dengan upacara majlis penutupan oleh Bp Pmram,al-fadhil ustaz Azdlan B. Mokhtaruddin diiringi ust Azlan.Seterusnya penyampaian hadiah dan alhamdulillah kumpulan kami (Al-Quddus) mendapat kumpulan terbaik.

Saturday, July 11, 2009

Natrah Dan Sejarah Hidupnya

.



KUALA LUMPUR, 10 Julai (Hrkh)
- Bertha Hertogh atau Natrah nama Islamnya pada satu ketika dahulu, dilaporkan telah meninggal dunia di kediamannya di Huijbergen, Belanda Rabu baru-baru ini.

Beliau meninggal akibat leukemia pada usia 72 tahun, demikian menurut Duta Malaysia di Belanda, Dr Fauziah Mohd Taib, menerusi e-mel kepada Bernama Khamis.


Bertha menjadi isu di Singapura pada 1950, akibat per
ebutan terhadapnya antara ibu angkatnya Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.

Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam dan bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.


Namun undang-undang British / Belanda tidak membenarkan wanita di bawa
h umur 18 tahun daripada berkahwin. Natrah akhirnya diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandung di Belanda.

Keputusan mahkamah itu menimbulkan kamarahan masyarakat Islam di Singapura,
sehingga berlaku rusuhan yang dikenali sebagai Rusuhan Natrah.

Dilaporkan seramai 18 orang terbunuh dan kira-kira 200 orang cedera dalam tragedi itu ketika mereka bertempur dengan tentera dan polis British, sehingga Singapura diletakkan di bawah perintah berkurung selama dua hari dua malam.


Dr Fauziah berkata Natrah akhirnya pulang ke Belanda, namun hati dan perasaannya masih melekat di Malaya, ketika itu.


Natrah yang menggunakan nama Bertha pernah kembali ke rantau ini pada 1999 untuk penggambaran filem dokumentari mengenai dirinya oleh sebuah syarikat televisyen Belanda.


"Menurut Bertha, beliau hanya merasa ba
hagia ketika zaman kanak-kanaknya," kata Dr Fauziah melalui emelnya kepada Bernama.

Sebuah filem mengenai Bertha arahan Ben Sombogaart dilaporkan akan dik
eluarkan tahun depan.

TRAGEDI NATRAH: Sumber Dewan Masyarakat, DBP, April 1989


Sumber:
Fatini Yaacob, majalah Dewan Masyarakat, DBP, April 1989 di muka surat 20.


"Umat Islam sangat pantang kalau agama suci mereka disentuh atau dipermain-mainkan. Bila terkenang kembali kisah Natrah (bekas isteri Mansor Abadi) yang mana umat Islam Tanah Melayu membuat rapat umum di Singapura dihadiri lebih 2,000 o
rang, yang mengakibatkan seramai 18 orang mati syahid dan 173 orang cedera parah bagi mempertahankan akidah seorang muslimah.

Kisah Natrah, amat menyayat hati. Baca dan hayatilah.

Photobucket

24 Mac 1937: Natrah dilahirkan di Tjimahi, Jawa, Indonesia dengan nama Bertha Hertogh atau Maria Huberdina Hertogh. Disember 1942 Bertha Hertogh diserahkan untuk dipelihara kepada Che Aminah Mohamad.Usia Natrah ketika itu 5 tahun. Ibunya Adeline dan neneknya Nor Louisenya menyerahkan Bertha dan Benny kepada Che Aminah tanpa pengetahuan bapanya Sarjan Adrianus Petrus Hertogh kerana telah ditawan tentera Jepun.


Che Aminah Mohamad atau Mak Minah seorang peniaga kain di Jawa yang berasal dari Kemaman , Terengganu . Menurut keterangan Natrah, Che Aminah bukan Babu atau pembantu rumah. Maria Hertogh diberi nama Natrah dan hidup dalam suasana dan pendidikan Islam.

15 November 1945: Che Aminah membawa Natrah balik ke Kampung Banggol, Kemaman, Terengganu melalui Singapura kerana orang Indonesia ketika itu meluap-luap membenci orang kulit putih yang dianggap bangsa penjajah.

1945: Bapa Natrah, Sarjan Hertogh dibebaskan selepas Hiroshima dan Nagasaki dibom dengan bom atom oleh Amerika. Dia balik ke Bandung ,Jawa dan mencari anaknya Natrah. Adeline dan Hertogh balik ke Belanda tanpa menemui Natrah. Usaha mencari diteruskan melalui teman-teman dan pegawai kerajaan Inggeris dan Belanda.


September 1949: Natrah ditemui oleh Arthur Locke, Penasihat British di Terengganu sewaktu pertunjukan senaman di padang Sekolah Perempuan Melayu Chukai.

19 Ogos 1949: Polis Semarang memberitahu Andrianus, Natrah berada di Kemaman.


12 April 1950: Che Aminah membawa Natrah ke Singapura atas perancangan dan muslihat Sarjan Hertogh.

22 Mei 1950: Ketua Hakim Mahkamah mengarahkan Natrah diletakkan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat, Singapura.

24 April 1950: Natrah dihantar ke Girls Homecraft Centre, York Hill,Singapura.

28 April 1950: Che Aminah membuat rayuan untuk mendapatkan balik hak penjagaan terhadap Natrah melalui peguambela Encik Ahmad Ibrahim daripada syarikat peguam S.C. Goho & Co.

19 Mei 1950: Peguambela Encik Ahmad Ibrahim menghujah di mahkamah bahawa Che Aminah Mohamad berhak menjadi penjaga Natrah. Profesor Dr. Ahmad Ibrahim menjadi protaganis dan antara tokoh yang amat dihormati dalam kes Natrah di Singapura.

28 Julai 1950: Che Aminah menang kes rayuannya. Natrah dikeluarkan daripada York Hill.

1 Ogos 1950: Kerana takut peristiwa berulang ,Natrah dikahwinkan dengan Cikgu Mansor Adabi secara nikah gantung di rumah bapa angkat Mansor Adabi iaitu En. M.A.Majid di 139, Seranggoon Road, Singapura. Ketika ini Natrah berusia 13 tahun tetapi susuk tubuhnya besar. Usia Mansor Adabi 22 tahun. Dalam Undang-Undang Syariah Islam, perempuan umur 13 tahun dibenarkan kahwin sebagaimana isteri Nabi Muhamad, Siti Aisyah.

2 Disember 1950: Ketua Hakim megeluarkan perintah yang ketiga untuk didengar di mahkamah tentang kesahihan perkahwinan dan hak penjagaan Natrah.Mengikut undang-undang Belanda, seorang anak yang berusia 16 tahun ke bawah, bapanya berhak menentukan kehidupannya. Pendakwa berhujah sama ada Natrah berhak dikahwinkan dan terus menganut agama Islam ataupun tidak. Mahkamah memutuskan, selagi tidak mencapai umur 18 tahun ke atas, hanya penjaga yang berhak ke atasnya. Mahkamah tidak menyebut ibubapa tetapi penjaga. Tiba-tiba daripada isu agama bertukar bertukar kepada isu jagaan.

Dalam kes Natrah ini, mahkamah mengakui Natrah secara rela tanpa dipaksa oleh sesiapa hendak meneruskan kehidupan sebagai seorang muslim. Mahkamah mengatakan pula, siapa yang boleh menafikan hak Natrah daripada didedahkan kepada agama Kristian ? Bapanya lebih berhak ke atasnya.

12 Disember 1950: Hakim menjatuhi hukuman - Natrah mesti dikembalikan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.Bapanya diberi hak dalam menentukan agama anaknya. Natrah telah dihantar pulang ke Belanda, dan seterusnya dipaksa menjadi Kristian.

12 Disember 1950: Rusuhan Natrah berlaku kerana masyarakat Islam di Singapura dan Tanah Melayu kecewa Natrah akan dimurtadkan.

13 Disember 1950: Natrah dan ibu kandungnya meninggalkan Lapangan Terbang Kallang , Singapura menuju Belanda dengan kapal terbang KLM. Ada protes orang Islam di Karachi , Pakistan yang bersimpati dengan Natrah.

15 Disember 1950: Natrah sampai di Lapangan Terbang Sciphol, Amsterdam, Belanda; disambut oleh lebih 4000 orang Kristian Belanda beserta sorakan selamat datang dan sepanduk 'Welcome Back Bertha'. Mereka dari 'Bertha Hertogh Comittee' yang dibentuk oleh bapanya , Sarjan Hertogh.

Di rumahnya di Bergen Op Zoom, kehidupan Natrah sentiasa dikawal ketat oleh polis Belanda. Dia pernah bertanya tentang 'Di mana masjid di Bergen Op Zoom ?'. Natrah minta sejadah, bertanyakan khiblat dan tak lupa sembahyang 5 kali sehari . Ingatannya kepada Mansor Adabi tidak pernah padam terhadap suaminya itu.

Januari 1952: Mansor Adabi menerima surat daripada seorang pemuda Belanda bernama JC Vermeulen tentang kehidupan Natrah. JC Vermeulen adalah pedagang import-eksport Belanda.

9 Januari 1951: Surat 1 daripada Mansor Adabi kepada Natrah dalam tulisan Jawi, berbahasa Melayu.

10 Januari 1951: Surat 2 daripada Mansor Adabi kpada Natrah, antaranya menceritakan nasib Karim Ghani yang masih ditahan.

17 September 1951: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah.

Mac 1953: Surat pertama daripada Natrah kepada Mansor Adabi dalam tulisan rumi berbahasa Melayu-Indonesia. Dia telah menjadi Kristian Katholik dan minta Mansor Adabi jangan menulis kepadanya lagi. Natrah menggunakan nama asalnya 'Bertha Hertogh.

25 Januari 1953: Surat Mansor Adabi kepada Natrah.

20 Julai 1953: Surat Natrah kepada JC Vermeulen disampaikan kepada Mansor Adabi.

1954: Mansor Adabi berpatah arang dan berkahwin dengan anak muridnya Zaiton Jahuri.Mansor Adabi menghantar kad undang perkahwinan kepada JC Vermeulen. Natrah yang mengetahui hal itu sangat kecewa. Kekecewaan itu dicurahkan kepada temannya Johannes Gerrit Vermeulen. Antara murid Mansor Adabi ialah Datuk Abdul Aziz Abdul Rahman, bekas pengarah MAS.

26 Januari 1956: Telegram daripada JC Vermeulen kepada Mansor Adabi menyatakan Natrah ingin kembali bersama Mansor Adabi di Malaysia.

20 April 1956: Natrah berkahwin dengan Johan Gerardus Wolkenfelt, seorang askar ketika Natrah berumur 18 tahun. Umur Wolkenfelt 21 tahun. Wolkenfelt berhenti menjadi askar dan menjadi tukang kayu.

15 Februari 1957: Natrah bersalin anak lelaki pertama. Natrah mendapat 10 orang anak. Nama anaknya Silvija, Carolien, Frans, Marlies, Theo, Huub, Rinie, Marjoline , Hands dan Paul.

20 Januari 1959: Surat daripada Mansor Adabi kepada Natrah menceritakan dia sudah berkeluarga.

3 Februari 1959: Surat Natrah kepada Mansor Adabi. Semua surat-surat Mansor Adabi tersimpan dalam fail 'Personal - Mansor Adabi' di Arkib Perbandaran Bergen op Zoom, Belanda.

25 November 1975: Televisyen Belanda NRVC meriwayatkan kembali kisah hidup Natrah dalam filem dokumentari The Time Just Stool Still selama 20 minit. Natrah, Wolkenfelt dan Mansor Adabi turut dijemput diwawancara dalam dokumentari itu. Ketika itu Natrah telah mempunyai 10 orang anak. Sedangkan Mansor Adabi sebagai seorang guru danpeguam , hidup mewah.

16 Ogos 1976: Natrah didakwa di mahkamah atas tuduhan cuba membunuh suaminya JG Wolkenfelt . Dia dibebaskan atas simpati hakim terhadap latar belakang hidupnya. Natrah dan Wolkenfelt bercerai. Mulanya dia merancang bubuh racun berwarna biru - tak berjaya. Kemudian dia berpakat dengan temannya Tom Ballermans dan Adrie Jansen dan membeli sepucuk pistol revolver. Anaknya Corie menyedari rancangan bunuh itu, dilapor kepada polis dan Natrah ditangkap.

26 Disember 1976: Natrah dilaporkan sakit jiwa oleh Utusan Malaysia. Tetapi hal ini dinafikan oleh anak-anak Natrah.

1976: Che Aminah meninggal dunia di Chukai, Terengganu ketika berusia 70-an.

Disember 1979 Natrah berkahwin dengan Tom Ballermans - lelaki yang selalu datang ke Cafe Natrah dan yang dikatakan bersepakat dengan Natrah untuk membunuh suaminya JG Wolkenfelt. Tom membeli rumah di Ossendrecht , Belanda kira-kira 12 km dari Bergen Op Zoom, Belanda.

1983 Natrah bercerai dengan Tom Ballermans.

1984 Natrah masuk hospital kerana sakit jantung. Tubuhnya semakin gemuk secara mendadak.

15 September 1984: Natrah meninggalkan Belanda ke Amerika Syarikat mencari kehidupan baru bersama Ben Pichel dan hidup tanpa kahwin hingga ...? Ben Pichel ialah seorang lelaki Indonesia berasal dari Jakarta dan bekerja di pasar-pasar malam di Belanda dahulu. Ben kemudian mendapat taraf warganegara Amerika Syarikat.


Natrah kini tinggal di Nevada, tengah Amerika Syarkat dan meninggalkan anak-anaknya di Belanda. Dia pernah bekerja sebagai tukang masak dan pengemas bilik hotel dan motel. Kemudian dia bekerja sebagai pencuci rumah dan bangunan. Natrah hidup dalam keadaan tersiksa jiwa dan raga, kehilangan orang-orang yang disayangi.


Kisah ini diabadikan dalam buku 'Tragedi Natrah' dan 'Maria Hertogh riots' di Singapura dan perpustakaan utama di Belanda.


Pada tahun 1992, kerajaan telah mengharam lagu yang berjudul Natrah nyanyian kumpulan Handy Black yang mengisahkan kisah Natrah ini.






Friday, July 10, 2009

Pesakit HIV Islam di gereja.

Apa khabar semua?sihat ke?Petang yang ceria ini saya mahu mengajak diri ini dan semua kawan-kawan agar kita peka terhadap nasib umat islam di bumi Selangor tercinta.Pesakit-pesakit HIV yang beragama islam telah mendapat perlindungan di gereja.Ke mana perginya muslim dan muslimah yang lain di saat pertolongan diperlukan oleh mangsa HIV ini,sehinggakan bantuan di berikan oleh mereka yang beragama kristian!

anak Melayu terbaring di katil, gambar Jesus menghiasi pintu!

Anak Melayu terbaring di katil, gambar Jesus menghiasi pintu!

Ustaz Amin sempat memberi tazkirah kepada anak2 Melayu HIV+ yang tinggal di gereja tersebut

Ustaz Amin sempat memberi tazkirah kepada anak2 Melayu HIV yang tinggal di gereja tersebut

salah seorang anak Melayu yang dibawa keluar dari gereja itu

Salah seorang anak Melayu yang dibawa keluar dari gereja itu.


Akhir bicara,kami mengucapkan tahniah kepada ustaz Amin dan rombongan yang sanggup menyelamatkan pesakit HIV beragama islam ini.

http://www.ustazamin.com/2009/07/universiti-kehidupan-92-mereka-wajib.html

Tuesday, July 7, 2009

Muslimah Syahid Kerana Mempertahankan Islam



Al-fatihah buat Marwa Al-Syarbani yang meninggal dunia di mahkamah Jerman.Semoga beliau dikurniakan ganjaran Syahid,Amin...

من صاحب الرواية الصحيحة في جريمة اغتيال السمان ورفيقه




غزة – فضائية الأقصى -
بعد يومين فقط من جريمة اغتيال القائد القسامي "عبد المجيد دودين" من قبل القوات الخاصة الصهيونية, تأتي جريمة الاغتيال التي نفذتها أجهزة أمن السلطة في الضفة المحتلة - المتعاونة مع الاحتلال - بحق المقاومة والتي كان ضحيتها قيادي في كتائب القسام ومسئول لواء شمال الضفة المحتلة القيادي "محمد السمان" ورفيقه المجاهد "محمد ياسين".
هذه الحادثة أوجدت تضاربا في الأنباء والتصريحات بين المسئولين في سلطة عباس وتصريحات حركة حماس التي تذكرنا بأيام ما قبل الحسم العسكري الذي حدث في قطاع غزة, وما أدت فيه الأحداث المتسارعة إلى تضارب أنباء من يتحمل المسئولية حول الوقائع والاشتباكات ومن كان سببها ومن يقف ورائها, ومن خلال هذا التقرير سنحاول وضع النقاط على الحروف لنتعرف على ملابسات جريمة اغتيال السمان ورفيقه, ومن صاحب الرواية الصحيحة.

فتح والسلطة وتصريحاتها المتضاربة

الروايات التي صدرت عن قادة سلطة رام الله وقادة حركة فتح كان في مجملها تصريحات متضاربة تظهر الخلافات الواضحة بين هو مع أو ضد ما يحدث في الضفة في مواجهة المقاومة والمجاهدين.
وحسب رواية المتحدث باسم أجهزة أمن عباس " عدنان الضميري" التي قال فيها: إن الحادثة، وقعت "حينما أطلق مسلحان النار من أسلحتهما باتجاه دورية للأمن الوطني كانت تمر بشكل عادي في حي كفار سابا",
أم رواية ما يسمى بـ"تلفزيون فلسطين", بأن الحادثة وقعت عندما بلغ قوات الأمن معلومات عن وجود مجموعات مسلحين تتمركز في عمارة سكنية، فتوجهت دورية الأمن لمعالجة الأمر.

تكامل الأدوار

بدوره, اعتبر المدعو حسين الشيخ أمين سر حركة فتح في الضفة الغربية المحتلة ومسئول ما يعرف بالتنسيق والارتباط مع الصهاينة أن جريمة الاغتيال التي طالت قائد كتائب الشهيد عز الدين في شمال الضفة الغربية المحتلة, نفذت لأن المجاهدين كانا يهددان جميع الاتفاقيات والتفاهمات التي وصلت إليها سلطة رام الله مع الكيان الصهيوني كما أن المجاهدين كانا يهددان الأمن الصهيوني في كل منطقة شمال الضفة المحتلة .
وعقب أمين سر فتح رداً على سؤال لبرنامج الظهيرة في الإذاعة الصهيونية العامة حول وجود مجموعات أخرى قائلاً : " ما يهمنا الآن أن من يهدد الأمن ومن يخرق ويخرج عن القانون سيتم ملاحقته إما بالإعتقال أو التصفية وهم مسئولون عما يجري بحقهم ولن نجعل الأمر يتدهور كما كان في غزة وقد أوضحنا ذلك لجميع الفصائل " .
هذا وتأسف الشيخ على مقتل ثلاثة عناصر من أجهزة عباس في الضفة قائلاً : " ليلة أمس كانت عملية محددة في قلقيلية ضد مجموعة تخريبية كانت تهدد الأمن ، تمت مواجهتهم وللأسف قتل 3 من الشرطة الفلسطينية وتم القضاء على عناصر المجموعة التخريبية أيضا " وذلك على حد قول الشيخ .

حماس تدحض

من جهتها أكدت حركة المقاومة الإسلامية ( حماس ) أن استشهاد السمان ومساعده هو جريمة اغتيال مدبرة ومعد لها مسبقا، وليست وليد صدفة، أو حدثا عابرا كما روجت سلطة عباس.
وقال الحركة : إن هذه الجريمة هي نتاج فعل حثيث ليلا ونهارا من أجل تحقيق هذه النتيجة عن سبق إصرار و ترصد، حيث أننا ننقل و منذ أسبوع أخبار مدينة قلقيلية و ما يجري فيها من اشتداد ملاحقات أنصار حماس و اختطافهم و اقتحام البيوت و نصب الحواجز ، ( وكل ذلك في محاولة للوصول إلى خلية القائد السمان العسكرية والتي تلاحقها قوات الاحتلال الصهيونية منذ 6 سنوات )
وأشارت حماس إلى حملة الاختطافات التي طالب أبنائها, حيث بلغ عدد المختطفين خلال الأيام الأربعة التي سبقت الحادثة أكثر من 40 مختطفا، وكان التحقيق معهم منصبا على محاولة معرفة المكان الذي يتواجد فيه القائد القسامي محمد السمان ورفاقه) .. وهو ما يفند رواية سلطة عباس الكاذبة(, مستغربة من الرواية التي تصدرها سلطة عباس في رام الله على لسان بوقها عدنان الضميري.
كما أكدت حماس أنها تحمل محمود عباس ، وسلطته ، وأجهزته الأمنية ، المسؤولية الكاملة عن هذه الجريمة البشعة و تعتبر الجريمة خطا أحمر غير مسبوق، مشددة على أن هذه الجريمة سيكون له تداعياتها الأكيدة على تقييم حماس لسياساتها و نظرتها تجاه العصابات المسئولة عن الجريمة، و قد ثبتت خيانتهم العظمى و إراقتهم لدماء المجاهدين خدمة و إرضاء للصهاينة و ضباط الشاباك الذين يثنون على صنيعهم هذا .

مباركة الاحتلال دليل على التورط

الاحتلال الصهيوني لم يستطع إخفاء تفاؤله مما تقوم به أجهزة امن عباس (الدايتونية), حيث نقلت وسائل الإعلام الصهيونية تصريحات عدد من قادة الاحتلال الصهيوني والذين عبروا عما يجول في خواطرهم بعد جريمة الاغتيال.
وكشفت وسائل الإعلام أن عملية الاغتيال لاقت صدى كبيراً في الإعلام والمجتمع الصهيوني والذي عكس أهمية جريمة الاغتيال بالنسبة للأجهزة الأمنية الصهيونية ، وقد علق العديد من الوزراء الصهاينة على هذه الجريمة نظراً لأهميتها عندهم ، حيث نقلت ما تسمى بإذاعة الجيش الصهيوني أمس الأحد 31 / 5 /2009 بعض هذه التعليقات .
فقد عبر الوزير الصهيوني المتطرف " هير تشيكوفتس " عن سعادته لانضمام رئيس سلطة رام الله محمود عباس للكيان الصهيوني في مكافحتها "بالإرهاب" حيث قال : " وأخيراً استيقظ أبو مازن وقرر أن يحارب الإرهاب ، إننا نحارب الإرهاب منذ عشرات السنين وأنا سعيد أن أبو مازن انضم لنا ، دعونا نرى هل سيستمر في محاربته للإرهاب أم لا ؟ " .
من جانبه قال الوزير الصهيوني يولي ادلشتين : " إن الطريق أمام أبو مازن والسلطة لكي يسيروا وفق مسار خارطة الطريق وتفكيك البنى التحتية للإرهاب ما زالت طويلة، وإن الإرهاب لا يتوقف مع بعض الاشتباكات هنا وهناك "،
بدوره أبدى وزير شئون الأقليات عن حزب العمل الصهيوني " أفشاي برافرمان " رضاه عن جريمة قلقيلية بالقول : " أبو مازن يقوم بالتزاماته وعلينا أن نخلي المستوطنات " وذلك على حد قول برافرمان .

ويبقى السؤال هنا ماذا بعد هذه الجريمة ؟

Monday, July 6, 2009

Kisah Bidadari Syurga.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua kepada semua bidadari- bidadari tersebut).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar Nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia akan mati,dan kita akan ditanya apakah yang telah kita lakukan semasa usia muda dahulu.

(Kisah Bidadari Syurga):

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi taujihad (khabar-khabar yang menimbulkan semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah).

Baginda bersabda barangsiapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda terlalu ingin untuk mengetahui bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada Nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun pemuda tadi tetap beri nama sebagai salah seorang yang akan keluar berjihad menentang kaum kuffar. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar dipanggil (khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama sahabat-sahabat yang lain tidur bersam.

Dalam tidur tersebut pemuda taditelah bermimpi berada di satu tempat yang sungguh ind lalah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2.

Lalu dia bertanya dimanakah dia sekarang? lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah. Lalu ditunjuknya di suatu arah maka pemuda itu berjalan di suatu pepohon dan beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu,tak pernah dilihat semasa didunia ini. Dia memberi salam dan dia bertanya andakah Ainul Mardhiah?

Wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadam kepadanya. Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama. Bidadari yang ke 2 sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai. Lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia Ainul Mardiah? lalu wanita itu menjawab.
Eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini. Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana.

Lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu. Kecantikannya sungguh mengkagumkan. Apabila dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.

Tidak pernah dia lihat di dunia. Lalu wanita itu berkata akulah Ainul Mardhiah. Aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku.

Apabila lelaki itu mendekatinya, wanita itu menjawab,nantiii kamu belum syahid lagiiii...... tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada seorang sahabat yang lain. Namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW.Tetapi sekiranya dia syahid, barulah ceritakan kepada Nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang syahid tadi.

Dalam menceritakan kisah pemuda itu Nabi menjawab benar... benar... benar... dalam sepanjang cerita tersebut. Akhirnya Nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi,dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.... subhanallah...

Di petik daripada hasil nukilan Fauzynm.




Kuala Lumpur!!!!!!!

Oleh Azizi Abdullah

Kuala Lumpur Bandaraya Kebudayaan Islam?Entah! Tapi semacam ia pernah diisytihar sebagai Bandaraya Kebudayaan Islam. Jika pertanyaan ini diajukan kepada pegawai kebudayaan daerah, pasti juga mereka terpinga-pinga. Tarikh perisytiharaannya tidak gah macam tarikh Malaysia mencapai Kemerdekaan.

Bagaimanapun pasti rakyat Malaysia, khususnya warga KL tentu bangga kerana Malaysia diisytihar juga sebagai agama Islam Hadhari.

Kemudiannya pada 25 Jun 2009 yang lalu muka surat 6, berita bisnes dalam akhbar The Star menyiarkan cerita bahawa KL telah dipilih di antara lokasi di rantau Asia menjadi ‘Host’ sempena Guinness Stout sempena 250 tahun sebagai ‘Arthur Day’ yang jatuh pada 25 September depan.

Ayah seorang murid bernama Muhamad Amin yang tinggal di Ulu Tembeling tak tahupun kerana ia tidak tahu baca orang putih. Maka Ustaz Muhamad Amin, yang di kampungnya menjadi ketua JKKKP pun memberitahu dengan bangga, dipilih KL sebagai lokasi utama di Asia kerana sempena hari ulang tahun Arthur Day Guinness yang sudah dua abad lebih.

Bayangkan, kata Ustaz Muhamad Amin Ketua JKKKP, bagaimana disiplin dan kukuhnya perniagaan ini. Menurut laporan The Star, lebih 150 negara menggunakan Guinness ini dan KL dianggap sebagai bandar yang hebat, maju dan internasional city.

“Orang KL tak mabukkah, ustaz?’ Tanya Wahid, budak bodoh bendul.



Apa yang anda rasa dan peka dengan hal di atas?

Mungkin kerana terlalu ghairah dan gembira kerana pelabur luar menunjuk minat kepada KL, maka yang mentadbir KL tidak terasa apa-apa pun tentang maruah Islam, tentang perisytiharaan Bandaraya Budaya Islam.

Warga KL sendiri pun tetap tidak apa-apa. Mereka bersungut apabila harga minyak naik, tetapi mereka tidak peduli tentang Carlsberg, Guinness atau apa yang dikatakan alkohol, bir.

Mengimbau tahun 2008 merupakan tahun yang paling mencabar bagi rakyat Malaysia memandangkan kenaikan yang begitu ketara terhadap harga minyak dan makanan serta inflasi yang mencecah pada tahap yang tertinggi.

Namun begitu, Carlsberg Malaysia dan Guinness Anchor Berhad, dua syarikat pengeluar utama bir di negara ini telah mencapai tahap pendapatan yang tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Menurut Laporan Tahunan dan Penyata Kewangan Kumpulan dan Syarikat, Carlsberg Brewery Malaysia Berhad menunjukkan kumpulan itu telah mencapai tahap pendapatan sebanyak RM960 juta, iaitu pertumbuhan sebanyak 7% pada tahun kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2008.

Peningkatan ini disebabkan oleh pertumbuhan positif dalam jualan domestik bir dan stout dan keuntungan sebelum cukai pada tahun 2008 telah meningkat sebanyak 4% kepada RM101.3 juta.

Kumpulan Carlsberg Malaysia terus memperkukuhkan dan membina jenama Carlsberg Green Label dan mengembangkan portfolio jenama dan produk yang ditawarkannya dengan pelancaran produk-produk baru.

Mereka juga memperkukuhkan portfolio produknya dengan jenama bir premium antarabangsa seperti Stella Artois, Hoegaarden, Budweiser, Foster’s dan Beck’s dan pasaran bir dan stout di negara ini mendapat faedah pada tahun 2008 kerana duti eksais tidak dinaikkan.

Syarikat Guinness Anchor Berhad pula telah memperolehi pendapatan yang lebih tinggi iaitu RM328.5 juta dan keuntungan sebelum cukai RM46.3 juta untuk suku tahun berakhir pada Disember 2008.

Pendapatan syarikat itu telah berkembang sebanyak 13% daripada RM290.3 juta sementara keuntungan sebelum cukai telah meningkat 28% daripada RM36.3 juta pada suku tahun sebelumnya.

Malaysia merupakan negara yang kesepuluh terbesar dalam pengambilan alkohol di dunia dengan fakta serta angka yang menunjukkan ia semakin bertambah setiap tahun.

Salah satu petunjuk untuk melihat jumlah alkohol yang dijual ialah melalui cukai yang dikutip ke atas minuman alkohol.

Kerana itu amat sesuailah Kl dipilih merayakan genap 250 minuman yang diharamkan oleh Islam dan juga Islam Hadhari.

Cukai ke atas minuman alkohol yang dikutip bagi tahun 1996 telah meningkat kepada RM817 juta daripada RM769 juta pada 1994 dan pada 1995 terdapat 2,360 premis awam berlesen untuk menjual minuman beralkohol dan pada 1996, bilangan ini telah meningkat dua kali ganda.

Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih RM2 bilion ke atas alkohol dalam bentuk bir dan pengeluaran samsu merupakan industri tempatan dengan nilai kira-kira RM180 juta setahun.

Menurut The Globe Magazine, Carlsberg AS Denmark, pengeluar bir terbesar dunia mempunyai pasaran terbesarnya di Asia dan melihat Malaysia sebagai pasaran yang amat menarik dan amat penting. Maka kerana itulah agaknya Malaysia diangkat menjadi pentas ‘Arthur Day sempena 250 tahun.

Syarikat ini telah melabur kira-kira AS$20 juta untuk mengembangkan lagi pengeluarannya sebanyak 25% kepada 125 juta liter setahun dan angka pengambilan alkohol di Malaysia menunjukkan semakin meningkat.

Dianggarkan 1% daripada rakyat Malaysia adalah penagih alkohol. Perkapita dikatakan sebanyak 7 liter. Setiap tahun rakyat Malaysia dikatakan membelanjakan lebih AS$500 juta ke atas alkohol.

Warga Kuala Lumpur, agak-agak nak komen apa? Tak tergamak kalau hendak kata, patutlah selalu banjir di KL.